PENDAFTARAN

132 2 0
                                    

Angin pagi menampar lembut muka, membuatkan aku mula tersedar dari angan-angan. Cuti sebulan terasa sangat singkat dan sekarang aku sudah melangkah ke alam sekolah menengah. Aku berdiri di hadapan salah satu sekolah terkenal di Kuantan bersama dua beg yang berisi pakaian dan kelengkapan harian dan satu beg galas Nike merah. Sedang aku termenung melihat pintu gerbang sekolah, aku terdengar suara daripada belakang lembut memanggil aku.

"Tuan Aqil, saya pergi dulu. Tuan Halim menunggu saya di rumah." Kata Encik Samsul sambil melangkah masuk ke dalam kereta.

Lalu LEXUS IS 250 terus bergerak laju meninggalkan aku keseorangan. Aku hanya mampu mengeluh tanpa memalingkan muka sedikit pun sewaktu kereta itu berlalu pergi.

"Kerja, Kerja, Kerja. Nak hantar aku pun tak sempat" keluh aku sambil mengangkat beg dan mula melangkah melepasi gerbang dan berjalan masuk ke pekarangan sekolah.

Nama aku Aqil bin Halim, anak tungal keluarga perusahaan yang terkenal di Kuantan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nama aku Aqil bin Halim, anak tungal keluarga perusahaan yang terkenal di Kuantan. Di kaca mata masyarakat, keluarga aku sememangnya disanjung kerana kekayaan dan kebaikkan ayah aku dalam membantu keluarga fakir miskin di sekitar Kuantan namun di kaca mata aku sebaliknya. Aku bagaikan tidak wujud bagi mereka, keseorangan tanpa ibu bapa kerana semuanya sibuk dengan urusan masing-masing. Hanya Encik Samsul dan ibu Ayu sahaja tempat aku berkongsi cerita sepanjang 12 tahun, aku di rumah.

Aku berjalan memasuki ruangan sekolah dan sejenak terpegun melihat landskap sekolah ini sangat indah dan bersih seperti berada di taman

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku berjalan memasuki ruangan sekolah dan sejenak terpegun melihat landskap sekolah ini sangat indah dan bersih seperti berada di taman. Dengan keindahan tanaman pagar bunga soka merah di sepanjang laluan pejalan kaki dari pintu gerbang sehinggalah ke susur gajah. Bunga clematis yang berkembang mekar di sebahagian pagar sekolah dan banyak lagi tumbuhan di sekitar sekolah ini. Sedang leka dengan keindahan sekolah ini, rupanya aku telah sampai ke dewan tertutup sekolah ini. Masuk sahaja di dewan tersebut, aku langsung disapa oleh pengawas sekolah dan aku terus berjalan lalu duduk di kerusi yang disediakan.

Dihadapan aku sekarang sedang berlangsung sesi taklimat daripada wakil pentadbir sekolah, beliau agak tegas semasa menerangkan peraturan sekolah dan peraturan asrama. Aku cuba menumpukan perhatian pada apa yang diucapkan oleh wakil pentadbir tersebut namun tumpuan aku terganggu ketika melihat mereka yang sebaya dengan aku datang bersama keluarga masing-masing. Ada yang datang bersama ibu bapa, ada yang datang bersama atuk nenek dan ada yang membawa satu kampung. Seronok melihat reaksi mereka semua tetapi aku sebaliknya, yang hanya duduk berseorangan tanpa sebarang teman. Aku sekilas teringat semasa aku menyampaikan hasrat kepada ayah.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 23 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

DIBALIK ASRAMAWhere stories live. Discover now