CHAPTER 1 : Our Beginning

73 6 0
                                    

Nama aku Tengku Aayan Idlan, satu-satunya anak lelaki kepada Tengku Aali Irshad. Siapakah itu? Sila ingat kembali siri atau karya pertama Rannais. Aku mempunyai kembar lain jantina bernama Tengku Elissa Medina. Perbezaan lahir kami 2 minit sahaja. Hidup aku tidak begitu bahagia dan tidak begitu sedih. Sedang-sedang. Keluarga aku kecil, tak termasuk keseluruhan sepupu sepapat. Yang ada daddy, Elissa dan aku.Mummy kandung? tiada sejak aku dan Elissa berumur 3 tahun. Keluarga besar kami barulah termasuk Tengku Luth Zhafran,  Tengku Zeyra Ammira dan kembar dia, Tengku Zayra Ammira. Senang betul Dada Zahir dan Mummy Lia pilih nama kembar tu. Beza perkataan depan je. Belakang letak sama. Dalam kalangan kami, aku dan Elissa paling tua. Kalau Dada Zahir dan Mummy Lia kahwin awal sempat juga merasa anak-anak mereka sebaya. Di sekolah, aku dan Elissa akan pergi ke mana-mana berdua. Tidak meninggalkan antara satu sama lain.

Tengku Luth Zhafran, anak lelaki Dada Zahir dan Mummy Lia. Dia sajalah aku boleh sembang sama jantina. Man to man. Ahli keluarga kami ramai perempuan. Dia ni muda daripada aku tapi cara macam sebaya. Perangai dia boleh dikatakan lebih baik berbanding aku. Dia seorang yang sentiasa ceria. Tak tahulah mana dia dapat tenaga kekal gembira sepanjang masa. Adik beradik semua berperangai sama. Ceria sungguh harian mereka. Aku, Elissa, Luth, Zayra, Zeyra selalu ada masa bersama selepas sekolah. Maklumlah, itu tradisi kami untuk sentiasa ada dan meluangkan masa bersama. Aku akan ceritakan kisah kami yang mungkin agak berbelit ini...hmph kisah yang palingggggggggggg stress buat Rannais, sebabtu dia hilang lama, katanya nak buat korang pun sama stress, tak tahulah apa pandangan korang terhadap kisah aku ni, harap enjoy okay....ke tak????......

"Wake up Elissa Medina!"   suara Aayan bergelumang dalam rumah agam mereka

"I need more sleep. Jangan kacau El"   ujar kembarnya dalam keadaan mata terpejam.

"Berapa lama nak tidur? Baik tidur selama-lamanya terus. Tak payah bangun pun tak apa" Aayan dah mula bagi ayat pedas. 

"Watch your mouth. Nak El mati betul-betul ke?"  dia pun mulut boleh tahan cuma tak sekasar si kembar lelaki.

"Tahu pulak marah. Then, please wake up, time to Fajr prayer!. Daddy dah tunggu. Nak daddy marah?"  

Elissa pantas berubah kedudukan. Sebut tentang daddy baru dia segera bangun. Tidak mahu daddynya bertukar emosi kerana lambat mengerjakan solat subuh bersama. Kaki Elissa mencari bilik air untuk menyucikan diri dan sekaligus mengambil wudhu'.

"Yayan tunggu kat luar. Jangan lambat"  Aayan memesan. Risau kalau kembarnya sambung tidur dalam bilik air karang. Tapi berani ke El nak sambung tidur? 

Selesai berwudhu, Elissa keluar biliknya lengkap bertelekung. Kembarnya dari tadi terpacak depan pintu tunggu dia. Mahu ke bilik daddy mereka bersama-sama. So sweet.. definisi kembar sejati..

"Aayan, Elissa kenapa lambat?"  Aal menegur anak-anak setelah melihat kelibat mereka di dalam  biliknya.

"Her fault"   senang-senang Aayan menunding jari ke sebelah di mana Elissa berdiri. Tak boleh bertolak ansur langsung! Kut ya pun, janganlah terus tunding jari ke dia!

Aal mengalih kepala ke anak perempuannya meminta penjelasan. Muka macam nak marah pun ada.. 

"Sorry daddy, El tidur lambat semalam"  ayat hujungnya diperlahankan tak nak daddy dengar.

"I will talk about that later. Sekarang kita solat dulu"   tutur Aal sambil menghamparkan sejadah di hadapan dan menjadi imam untuk solat berjemaah itu. 

Usai solat berjemaah, Aal menghadap kembar itu. Niatnya sebentar tadi diteruskan. Wajah Elissa ditenung lama. Aayan macam biasa tiada eskpresi lain, Elissa saja yang beriak takut.

Ending : The Descendants Where stories live. Discover now