CHAPTER 10 : Pujuk

12 2 0
                                    

Aayan pov :

Waktu makan malam tiba, Aayan terpaksa menjamah makanan di meja seorang kerana Elissa telah pergi ke kelas piano. Daddy nya masih belum pulang. Dan dia sudah terbiasa dengan perasaan ini. Perasaan sunyi dan kosong. Tidak berminat akan suasana riuh dan meriah seperti kanak-kanak lain idamkan kerana semuanya dialami oleh Aayan sejak kecil. Christie dan Mak Kiah jugalah yang sentiasa ada di samping Aayan.

Garfu dan sudu diambil. Menu makan malam dimasak Mak Kiah ialah ayam masak lemak cili api. Sesekali bagi sentuhan melayu pada masakan untuk Aayan rasa. Elissa tiada masalah dengan masakan melayu. Hanya perlu melayan kehendak Aayan yang selalu memilih dalam makanan.

Aayan mulakan menjamah nasi setelah Mak Kiah selesai mencedok lauk atas pinggan.

"Mak Kiah letak cili sikit. Tak pedas sangat pun. Ayam Mak Kiah guna bahagian dada,"  beritahu wanita tua itu

Aayan mengangguk faham. Permintaan nya dituruti. Kuah masak lemak cili api dihirup sikit. Masakan ini boleh masuk tekaknya. Antara salah satu masakan melayu dia boleh terima cuma perlu tentukan pedas dan bahagian ayam yang digunakan.

"Sedap,"  puji Aayan terhadap masakan Mak Kiah.

"Aayan nak air apa? Mak Kiah pergi ambil," 

Budak Aayan ni pelik sikit perangainya. Orang lain atas meja makan lengkap makanan dan air sekali. Kalau dia, air ambil kemudian.

"Saya minum air masak jelah Mak Kiah.," ujarnya

Mak Kiah pantas ke dapur mengambil air masak untuk Aayan dan kembali ke meja makan menuangnya.

"Terima kasih,"  ucap Aayan sambil cuba bersantun dengan Mak Kiah. Jarang-jarang dia lakukan.

Mak Kiah hanya mengangguk tanda dia membalas ucapannya.

Sebelum dia mengenyangkan perut, sudut meja makan dipandang sepi. Meja besar tetapi dia seorang sahaja yang ada. Kebiasaannya bersama Elissa. Sedihnya, semakin mereka membesar, semakin jauh hubungan dia dan daddynya. Tidak tahu jika Elissa turut merasakan yang sama. Muka Aayan kendur sepanjang renungan itu. Sedikit sebanyak dia sedih kerana dia tidak seperti keluarga lain. Lihat saja contoh terdekat, keluarga Dada Zahir dan Uncle Haziq. Mereka sangat berbeza dengan kehidupannya. Mengeluh banyak pun tidak guna. Inilah kehidupan seorang Tengku Aayan Idlan. Tidak ditentukan namun telah menjadi kebiasaan sehingga menjadi sebati dalam diri.

"Christie, tell me when daddy coming"

"By tomorrow sir"

"Okay thanks,"

Christie membalas dengan anggukan. Aayan nampak berselera walaupun makanan yang dijamah tetap tak habis. Asalkan dia makan. Dia rasa kosong. Mahu makan pun seperti tidak lalu. Tetapi dia makan demi menjaga hati Mak Kiah yang telah memasak untuknya. 

Aayan bangun dari kerusi lalu melangkah ke biliknya. Muka yang dipaparkan pun mendatar. Dia merenung satu bingkai gambar di atas meja besar dalam ruangan bilik. Gambar seorang wanita manis bertudung yang dia sangat sayangi. Syurganya, iaitu Elyana Maisarah Binti Tuan Rayhan. Perlahan-lahan dia menapak mendekati meja tersebut dan memegang bingkai sambil merenung dalam.

"Mummy... I miss you..very much. I hope you to be by my side everyday.  But you can't.  You are far far away. Mummy.. tomorrow is your day. Like usual, I will visit you. Wait for me, mummy..,"  dalam tak sedar air matanya terjatuh. Apabila dia berseorangan, perkara yang dia akan lakukan ialah merenung gambar mummynya. Hidup diteruskan tanpa sosok seorang ibu di sisi. Perasaan yang tidak dipaparkan di mana-mana dan tersirat dalam hatinya. Tiada siapa tahu jika dia sedih dan gembira. Hakikatnya, dia menangis setiap kali teringat akan ibunya.

Ending : The Descendants Where stories live. Discover now