Aileen memulakan langkah keluar dari rumah untuk ke mall kerana disuruh ibunya Safina Aliya. Dia memandu kenderaan Myvi miliknya untuk ke destinasi tersebut.
Dalam perjalanan, dia mengambil telefonnya untuk call seseorang.
Nombor kawan baiknya Farah Elyana di dail menggunakan telefonnya."Assalamualaikum Farah, awak sihat? " tanya Aileen Kaluna dengan sopannya.
"Waalaikumussalam Leen, saya baik je Alhamdulillah, awak pulak? " tanya semula Farah kepadanya.
"Saya okay je Alhamdulillah,Hmmm... Farah, awak buzy tak sekarang, kalau tak, awak boleh tak temankan saya buat assignment dekat Mawar's Cafe kejap lagi? " kata Aileen kepada kawan baiknya.
"Hmm.. bolehlah, bila? " tanya Farah.
"Dalam pukul lima petang, sebab saya dalam perjalanan ke mall untuk beli barang yang ibu saya kirim tadi, " jawab Aileen untuk menjelaskannya kepada Farah.
"Hmm.. sorry Leen, aku ada hal pukul lima nanti, " kata farah dengan nada kurang gembira.
"Yeke.... Takpelah, sorry sebab ambik masa kau, "
"Eh.. Takpe takpe, it's okay jaga diri elok-elok tau, Byeee... See you again,"pamit Farah.
" Hm.. Okay, see you again,"pamit Aileen sebelum meletakkan panggilan telefon dengan kawan baiknya itu.
Aileen telah tiba di destinasi iaitu di mall dan dia masuk ke dalam mall untuk membeli barang yang dikirim oleh ibunya sebentar tadi. Dia mengambil sebuah troli untuk membeli belah di dalam pasaraya mall itu.
Aileen pergi ke bahagian makanan sejuk beku untuk mengambil ayam mentah, ikan, dan nugget untuk ibunya memasak makan malam nanti.
Selepas selesai mengambil semua makanan sejuk beku yang dikirim oleh ibunya, Aileen menuju ke bahagian makanan ringan untuk mengambil jajan yang diingini olehnya
"Hmm... Ambil yang mana ek, yang pedas ke yang manis, "kata Aileen keliru untuk memilih jajannya.
"Yang pedas nampak sedap, "kata Aileen sambil meletakkan snack itu ke dalam troli yang penuh barang sejuk beku.
Tujuan terakhir Aileen untuk menuju ke bahagian coklat untuk mengambil coklat kegemarannya iaitu kinder bueno. Matanya meliar mencari coklat kegemarannya itu.
" Ish, mana ni, "keluh Aileen.
Dia melihat coklat itu berada di atasnya.Dia tidak dapat mengambil coklat itu kerana tinggi dan susah untuk dicapai olehnya.
Aileen ingin meminta tolong pekerja yang berdekatan di situ tetapi ada seorang lelaki di sebelahnya mengambil coklat kinder bueno itu dan memberikannya kepada Aileen. Aileen ingin mengucap terima kasih kepada lelaki itu.
"Terima ka-, " baru sahaja wanita itu ingin mengucap terima kasih tetapi lelaki itu sudah beredar dahulu.
"Peliknya, " katanya seorang diri disitu.
Aileen menuju ke kaunter bayaran untuk membayar barangan yang telah diambil olehnya tadi. Aileen mengangkat dan meletakkan barang-barang yang diambil olehnya di atas kaunter bayaran. Cashier mengambil barang yang diletakkan olehnya dan scan harga barangan tersebut.
Setelah selesai membeli barangan yang dikirim oleh ibunya, dia menuju kerumah untuk menyimpan barang-barang yang dibelinya di rumah.
Dia tiba dirumah dan meminta tolong ibunya untuk membawa barang-barang yang berada di dalam bonet kereta bersama-sama.
"Ibuu.., tolong kakak angkat barang ni, " minta tolong Aileen kepada ibunya.
Setelah selesai mengangkat barang masuk kerumah, mereka menyusun dan mengasingkan barang tersebut.
Selesai sahaja mengemas barang, Aileen pamit kepada ibunya untuk naik ke bilik tidurnya.
"Ibu, Aileen naik ke bilik dulu ya, " pamit Aileen.
"Okayyy anak ibu, " jawab ibunya.
Aileen berehat sementara untuk melelapkan matanya yang tidak tidur dari semalam lagi untuk menyiapkan tugasannya.
YOU ARE READING
Mi Salvador
Romance"Aku akan pastikan kau akan mati hari ni, " senyum adik tirinya Elysha sambil memegang pisau dapur itu. "Kenapa kau benci sangat dengan aku? " tanya Aileen dengan ketakutan. "Kau dah rampas kebahagiaan aku, " tengking adiknya yang sudah bersedia u...