Motor Skuter merah jambu memecut laju, dia lambat. Sudah lah hari ini hari pertama dia bekerja.
Sesampai sahaja di depan pintu TR Nique Hotel. Darin berlari masuk seraya memasuki bilik Tuanie Adran.
"Pahal kau lambat? Kau tengok jam ke tidak? Hah! " bapak singa betul !
"Sa-, er saya... " Takkan lah dia nak kata perkara sebenar? Malu nanti.
"Saya apa!? "
"Saya tertidur dalam tandas masa saya mandi tadi. Ups... " Tangan naik menutup mulutnya sendiri. Mulut sudah derhaka dengan tuan.
" Tidur? Kau boleh tidur dalam tandas? "
Membulat mata Tuanie dalam keadaan muka bengis.
" Ter..."Darin memperbetulkan ayat bosnya. Sudah jadi bos dia hari ini .
"Kau dah baca Yassin belum sebelum datang tadi? "
"Hah? Kenapa perlu baca Yassin pula bos? " terkebil - kebil mata mendengar soalan Tuanie.
"Kau tidur mesti berdengkur. Kalau kau berdengkur mesti mulut kau terbuka. Kalau mulut kau terbuka dalam tandas mesti syaitan jin banyak masuk dalam mulut kau. Jadi kalau nak keluarkan syaitan yang ada dalam mulut kau. Kau mesti kena baca Yassin. Faham cik kak? " pelbagai andaian disertakam disitu , muka dingin masih dibanggakan
" Wajib ke?" Belum sempat di jawab, ada orang yang masuk di dalam bilik itu. Penyelamat.
" Bos, mana bakal personal asisstant bos? "tanya seorang perempuan, CANTIK ! Indahnya ciptaan tuhan.
Tidak jawab , malah hanya membalas jawapan sambil menjeling mata kearah Darin.
" Ouh, Hai nama saya Nafilia Dialya. Saya personal asisstant semut. Eh, personal asisstant Romaszie. Boleh panggil saya Fil. " Kata Nafilia sambil menghulur tangannya untuk berjabat.
" Saya Darin Aura Nayla. Panggil Rin je , " tangan yang dihulur disambut.
"Nafilia bawa perempuan ni keluar.Aku ada kerja nak buat. Kau ajar dia elok -elok nanti kalau dia buat kerja tak elok, kau orang pertama aku cari." Liur Nafilia ditelan payah.
" Ba - baik bos. "Terus Darin dan Nafilia berlalu keluar.
_______________________________________
"Okey Rin, first kalau nak jadi personal asissfant Tuanie . Awak perlu menjadi seorang yang kemas. Contoh kalau bercakap jangan gagap , kerja semua wajib siap dalam tempoh yang diberi dan jalankan tugas suruhan yang dia beri dengan sempurna , " Darin hanya mengangguk tanda faham.
"Saya nak cerita serba - serbi tentang Tuanie. Karang awak tersilap langkah memang masuk mulut singa," Erk, singa macam mana tu.
"First dia seorang tegas, kalau dia marah awak jangan nangis. Second, dia baik tapi kasar. Next, dia kejam. Just it. "
"Dia kejam? "Soal Darin.
"Aik, awak tak tahu lagi ?"
Gelengan dari Darin cukup dapat difahami Nafilia.
" Dia mafia. "Tenang Nafilia menjawab tetapi tidak untuk Darin. Terkedu lama perempuan itu sehingga hampir pengsan.
"Oh my god, saya nak tarik diri daripada menjadi personal asisstant boleh? "
"Sorry Fiori , you are late. " Satu suara garau dari belakang. Tahu dah siapa. Tak tahu nak buat apa. Darin hanya mengeras disitu.
"Mulai hari ini kau akan tinggal di personal room aku dekat tingkat penthouse aku. So kau takkan lambat ke kerja dah. Kalau aku datang tengok kau belum ada. Memang aku pecah masuk bilik tu. Kalau kau ada dalam tandas sekali pun aku akan pecah masuk dalam tandas tu. Faham ?" Ugutan dari Tuanie. Seorang Tuanie Adran memang akan bertindak mengikut katanya.
Darin hanya mengangguk faham.
"Tetapi saya kena balik rumah dulu. "
"Aku dah suruh pekerja aku ambilkan semua harta engkau dekat rumah tu. "Senang dia jawab.
"Tetapi itu rumah ayah saya, saya kena balik dulu. "
"Ayah kau dah punggah rumah tu. Dia buang semua harta engkau. Ayah kau nak kakak kau tinggal dekat situ. "Dengan wajah beku dia menjawab.
"Bos, jangan main - main. "
"Kau ada nampak muka aku main - main ke? Lagi satu, ayah kau nak kau bayar bil elektrik dan air untuk kakak engkau tu. " Sampai hati ayah Darin .
Terus terduduk Darin. Dia baru ingin memulakan kerja, ayahnya sudah suruh dia sara kakak kandungnya. Kenapa dia diperlakukan begitu sekali? Setelah mamanya sudah tiada. Di diperlakukan seperti hamba dirumah itu. Di perlu berdikari sehingga hal pelajaran dia pun dia perlu bayar sendiri. Darin menangis teresak - esak. Memang ayahnya sudah tidak sayang kepadanya selepas kematian arwah mamanya.
"Rin, sabar Rin. Nanti saya tolong awak uruskan bil kakak awak tu ya? " Nafilia cuba menenangkan Darin. Tuanie sudah berlari keluar .' Kenapa dia keluar? Memang tak ada hati perut. At least tolong aku. ' Bisik hati Darin.
Fiori (italian):Bunga
