Prolog

266 7 2
                                    

Seusai menukar pakaian setelah habis bertugas, Husniya melangkah keluar dari pangkalan menuju ke kawasan meletak kenderaan. Dia masuk ke dalam keretanya sebelum menghidupkan enjin dan memandu balik ke rumah.

Sesampainya di rumah, dia sambut mesra oleh para pembantu rumah. Anggukan serta senyuman dia lemparkan kepada mereka sebagai balasan dek kerana dirinya terlalu penat.

Husniya mengorak langkah perlahan menuju ke bilik tidurnya, baju yang dikenakan dia campakkan ke dalam bakul pakaian kotor sebelum mencapai kain tuala yang digantung di dalam almari.

Setelah beberapa minit, Husniya melangkah keluar dari bilik dengan mengenakan pakaian yang bersih. Dia keluar menuju ke tingkat bawah dan mencari kelibat umminya.

Segenap ruangan rumah diperiksa sebelum dia bertanya pada salah seorang pembantu rumah yang kebetulan lalu disitu.

"Iman, mana ummi?"

"Puan tak ada dekat rumah, Husniya," Iman menjawab sambil menundukkan kepalanya sebagai tanda hormat.

"Oh, dia ada bagitahu tak dia pergi mana?" Soal Husniya.

"Puan kata tadi dia pergi kedai runcit." Jawab Iman.

"Naik apa?"

"Siapa hantar?" Soal Husniya.

"Dia pergi dengan Hafiy, guna Bugatti Husniya," Husniya mengangguk.

"Thanks Iman,"

"Sama-sama, Husniya," Iman kemudian berlalu pergi meninggalkan Husniya berdiri sendirian disitu.

"Bertuah punya lelaki tak guna, kereta kesayangan aku juga yang kau nak guna untuk bawa ummi aku," Gumam Husniya sendirian sebelum dia berjalan kearah pintu rumah.

Husniya mencapai satu lagi kunci kereta yang tergantung di pintu rumah iaitu kunci kereta untuk kereta kedua miliknya sebelum keluar ke halaman rumah.

.

.

.

.

Husniya meletakkan keretanya bersebelahan dengan kereta Bugatti miliknya setelah mendapati parkiran yang berada di sebelah kereta mewah itu kosong.

Dia masuk ke dalam untuk mencari kelibat Humaira Balqis dan Hafiy Mikhail dan berjaya menjumpai kelibat wanita itu yang sedang mengambil beberapa barangan dapur untuk diletakkan ke dalam troli yang ditolak oleh Hafiy.

Husniya segera melangkah untuk mendekati Humaira dan Hafiy namun secara tiba-tiba, dia telah melanggar seseorang tanpa sengaja. Mengakibatkan dirinya jatuh ke lantai.

Apabila berasa seperti ada impak seperti dilanggar oleh seseorang dari velakang, Zikry memusingkan badannya sebelum pandangan ditundukkan ke atas lantai.

Lelaki itu melihat seorang gadis yang mengaduh kesakitan sambil terduduk, barangkali kerana sakit akibat jatuh.

"I'm sorry, miss" Ucap Zikry sebelum dia menghulurkan tangan untuk membantu gadis itu berdiri.

"Tak apa, saya yang salah sebab tak perasan ada orang tadi," Husniya bangun dengan sendirinya tanpa memperdulikan tangan yang dihulur untuk membantunya

Husniya melihat mendongak kearah jejaka yang telah dilanggarnya tadi dan secara tidak sengaja mata mereka bertembung.

Zikry berdehem sebelum kembali berbicara.

"Maaf," Katanya sekali lagi.

"It's okay," Kata Husniya.

"You seems like you're in hurry, tengah kejar kekasih ke?" Gurau Zikry. Husniya tertawa kecil sebelum menggeleng.

Husniya Batrisya: His Corazón [Editing]Where stories live. Discover now