''Yang mana aku rasa bila aku kena kutuk anak luar nikah, aku yang rasa tau. Kalau sekali dua aku boleh terima tapi bila berkali-kali, aku rasa macam tak guna untuk pertahankan'', luah Tashfeen dengan perasaan yang bercampur-baur. Dia menyayangi gadis dihadapannya ini namun dia juga manusia biasa yang lemah tika dihina. Dia merasakan hubungan tanpa restu ini hanya menyakitkan kedua pihak.
''Kalau itu keputusan kau, aku ikut. Sebab aku pun dah penat. Aku nak bersendirian. Taknak dah jaga hati sesiapa'', balas Kishwar dengan sebak yang mencengkam dada. Butir mutiara yang menitik dipipi gebunya itu dibiarkan sepi.
''Betul, aku pun sama. Aku rasa kita bawak haluan masing-masing lagi baik'', sejurus itu kaki panjangnya meninggalkan gadis yang pernah bertakhta disanubarinya itu tanpa menoleh lagi.
Kishwar hanya mampu memerhatikan langkah jejaka kesayangannya itu dengan mata yang berkaca. Jauh di sudut hati, dia mengharapkan Tashfeen menarik balik kata-katanya. Namun hampa.
Kishwar melarik segaris senyuman hambar. Senyuman yang menunjukkan ini kali terakhir dia akan menangis kerana lelaki. Hatinya hancur, semangatnya patah. Lelaki yang selama ini dia anggap sebagai anugerah yang takkan pergi meninggalkannya, akhirnya mengulangi sejarah yang pernah menoreh luka dihatinya.
...
Keretanya dipacu laju. Fikirannya kini sesak. Dia merasakan bebas namun hatinya tidak tenang. Raut wajah Aina Kishwar kembali bermain dibenak akalnya. Stereng dipusing kasar untuk memberhentikan kereta dibahu jalan.
''Kishwar, maaf sebab aku cintakan kau'', lirihnya sayu. Tanpa amaran air mata jantannya mengalir lesu dipipi. Kepalanya dihantuk ke stereng berulang kali. Dia kesal.
Kadang hatinya menyoal, adakah seorang Zayn Tashfeen tidak layak mengecapi bahagia? Apakah dosa lalunya sehingga diuji sebegini rupa?
''Allah aku ingin bahagia'', lirih Tashfeen pilu.
YOU ARE READING
Takdir Kita
RomanceMengisahkan tentang liku-liku perjalanan dua hati untuk bersatu. ''Kalau nanti kita harus berpisah, aku nak kau tahu; aku nak kau jadi seperti bunga ros. Aku adalah tanah, walaupun kau telah dicabut; paling tidak dalam hidup kau, aku pernah buat kau...