Bab 9

128 7 0
                                    

"Tashfeen buat apa kat Kishwar? Kishwar dah sedih", tanya Faakhira pada Tashfeen bila melihat wajah mencuka Kishwar.

"Biaq pi tang dia lah", angkuh Tashfeen menjawab namun pada akhirnya...

"Kish ni. Dia mintak pujuk pulak", keluh Tashfeen.

"Kishwar, Kish, acey Kish nyomey Kikish", panggil Tashfeen serupa memanggil bayi 2 bulan.

Diam. Kishwar mengendahkan panggilan Tashfeen. Masih tidak puas hati dengan isu bidadari kontot. Hm.

"Kish aku tak pandailah pujuk orang. Arghh,
lantaklah Kish. Merajuklah Kish", putus Tashfeen.

Namun 5 minit kemudian...

"Kish, asal Kish ni. Janganlah marah-marah", pujuk Tashfeen lagi.

"Kishwar jangan marah-marah. Nanti takut lekas tua. Tashfeen setia orangnya. Kishwar jangan kecewa. Kishwar, Tashfeen kekal kekal selamanya. Kishwar jangan marah-marah. Takut nanti lekas tua. Tashfeen setia orangnya. Kishwar jangan pernah kecewa. Kishwar marah, Kishwar comel, jangan marah-marah. Kishwar jangan marah-marah ewah", nyanyi Tashfeen dengan 'joget Pak Maun' nya.

Tidak dapat terus-menerus diam akhirnya pecah juga tawa Kishwar mendengar nyanyian Tashfeen. Hancur lirik Dinda oleh Masdo kerana seorang Zayn Tashfeen. Yang dipersembahkan nan hado, HAHAHA.

Namun melihat Tashfeen diam sambil memandangnya membuatkan Kishwar terhenti tawa.

Saling memandang. Mata bertentang mata. Bagai menyalurkan rasa pada diri masing-masing. Cehh. Sesaat berganti 2 saat pecah tawa mereka serentak. Bahagia.

...

'I nak jumpa you boleh?'

Pesanan ringkas daripada Nazia dipandang sekali lagi.

Baharu sahaja balik daripada tempat kerja, dia sudah menerima sesuatu yang mengusutkan otak. Sudahlah badan sedang menuntut rehat, kini otaknya pula dikerah untuk berfikir.

Mengapa gadis itu muncul lagi setelah beberapa bulan menghilang. Bukankah dia sudah bahagia bersama yang baru? Tashfeen berkira-kira samada mahu bersetuju atau tidak dengan ajakan Nazia. Entah mengapa dia berasa tidak sedap hati melihat pesanan mesej itu.

Tashfeen mengusutkan rambutnya, badan dihempas kasar di sofa ruang tamu rumah sewanya. Mata dipejam rapat. Lengan diletakkan diatas dahi. Serabut

"Bro, aku keluar dulu", suara Mateen memecah sepi.

"Kau nak gi mana?", soal Tashfeen malas.

"Faakhira", pendek jawab Mateen sambil tersengih-sengih angau.

Tashfeen memutar bebola matanya. Geli. Faakhira dan Mateen boleh dinobatkan sebagai partnership paling cringe di abad ini.

"Cau", tangan dilambai ceria ke arah Tashfeen yang kusut. Sneakers Adidas disarung sambil bersiul riang. Tak sabar ingin berjumpa dengan Faakhira.

Baru sahaja Tashfeen ingin memejam matanya setelah mendengar bunyi pintu utama ditutup, suara Sufi menegur pula membantutkan niatnya sekali lagi.

Tashfeen merengus kasar. "Apa pulak kalini?"

"Halah-halah orang tua ni. Sikit-sikit badmood, sikit-sikit badmood. Menopause ke?", sebal Sufi bertanya.

"Apa kau nak? Straight to the point. Aku penat ni", mendatar sahaja suara Tashfeen.

"Ni tengok ni, FYP aku sekali lagi penuh dengan video kau menyanyi untuk Kishwar", skrin telefon pintarnya diajukan dihadapan wajah Tashfeen kemudian tawa besar dilepaskan. Senak perutnya melihat sweet-sweet orang tua ni. Comel, HAHAHA.

Takdir KitaWhere stories live. Discover now