𝕄𝕊ℍ ( ℙℝ𝕆𝕃𝕆𝔾 )

58 2 0
                                    

Khayla Medina, gadis manis yang bertudung dengan penampilan ayunya. Gadis pendiam itu kini berdiri dihadapan cermin, menatap dirinya yang sedang mengenakan gaun pengantin.

Ya... hari ini adalah hari pernikahannya, pernikahan yang dipaksakan. Bukan kerana ummi dan abahnya ingin menjualnya, tetapi kerana permintaan dari ibu bapa calon pengantin lelaki. Khayla pun akhirnya menyetujui perancangan itu, dengan perasaan yang jadi satu antara kecewa dan marah pada dirinya sendiri dan orang sekelilingnya.

Klik...

Suara pintu dibuka, tampaklah seorang wanita separuh umur yang masih kelihatan cantik dengan pakaian muslimah dan tudung yang lebar. Itu Ummi nya yang datang menghampiri anaknya.

"Dah ready sayang?" Soal Ummi Khadijah.

Khayla hanya mengangguk.

"Jom kita keluar, semua tengah tunggu Khayla." Ujar Ummi.

Khayla pun diiringi oleh Umminya dan dibawa keluar menemui suaminya.

Seluruh keluarga besar telah berkumpul di rumah agam milik Tengku Hud. Semua mata tertuju pada Khayla yang tampak semakin cantik.

Tengku Hud tersenyum saat memandang Khayla dibawa dan didudukan disampingnya.

Tengku Hud menyarungkan cincin di jari manis Khayla dan mencium keningnya, dan sebaliknya giliran Khayla menyarungkan cincin dijari Tengku Hud, ia pun mencium tangan Tengku Hud.

Kemudian Tengku Hud memegang kepala lalu membacakan ayat-ayat suci Al-Quran.

----------~°<•◇•>°~----------

M

Majlis berlanjut di hotel milik orang tua Khayla, undangan yang datang tidak berhenti-henti. Hingga Khayla pun kelelahan. Tengku Hud melihat wajah isterinya tampak lelah.

"Kau penat ke?" Soal Hud.

Khayla hanya mengangguk.

"Pergi berehat dulu."

"Nak rehat macam mana, kalau tetamu dari tak berhenti-henti datang." Jawab Khayla dengan nada geram.

Hud hanya menggelengkan kepalanya.

Majlis pun sudah berakhir, semua orang sudah membubarkan diri dan kembali kerumah masing-masing. Tinggallah Khayla dan Hud yang akan menginap dihotel milik Tengku Hud.

Khayla berjalan lebih dahulu dan masuk kedalam bilik air, tidak lupa dia juga telah membawa baju ganti untuk dirinya.

Hud melepaskan pakaiannya, dia membuka satu persatu kancing kemejanya, kemudian dia melabuhkan punggung di atas sofa untuk meregangkan otot.

Setengah jam kemudian, Khayla keluar dari bilik air. Dia telah melepas tudungnya, dan hanya menggunakan piyama berlengan panjang. Khayla berjalan melewati Hud sambil mengeringkan rambutnya. Hud yang sedang merenung kearah Khayla dibuat terkejut sewaktu Khayla menjeling kearahnya.

"Tak pernah tengok perempuan cantik ke?" Sinis Khayla dingin.

Hud menahan tawanya dan memilih menuju ke bilik air. Didalam bilik air, Hud meraup seluruh wajahnya.


Lima belas minit kemudian, Hud keluar dari bilik air. Hud melihat Khayla dihanyut lena.

Hud mendekati Khayla, dia membetulkan selimut Khayla.

"Khayla cantik, lagi-lagi tengah tidur." Ujar Hud sambil mencium pipi Khayla. "Selamat malam sayang."

Hud berjalan ke sisi sebelah Khayla, Hud berbaring dan mulai memejamkan matanya. Tidak lupa membaca doa sebelum tidur.

My Sweet HusbandWhere stories live. Discover now