بسم الله الرحمن الرحيHai sugars sekalian. Cringe kan? Nvm, bukan itu yg sy nk ckp.
Untuk prolog or epilog, whatever u call it, sy just nk buat sikit jee. Before baca this story, sy just nk bagi tahu yang vocab and grammar sy dlm b.melayu ni tak sehebat author ii yang lain, tau. So silalah terima kekurangan saya dengan hati yang terbuka🤗
Enjoy ❤____________________________________
Langkah kaki dilajukan. Dia mengerling ke arah belakang sambil tersenyum riang. Tiga orang kanak-kanak, atau lebih tepat, sepupunya sedang mengejar.
"Slow dowh, kau!"
Jerit Quinn kepada Kenzo yang masih berada jauh di belakang. Aurella manakala sudah mara di hadapan, bersama Zayan.
"Ish, aku penatlah! Woi!"
"Cepatla, Ken! Siapa lambat, kena mandikan Missy."
Ujar Zayan dengan threat yang diberikan kepada Kenzo. Aurella beserta Quinn hanya menghamburkan tawa sambil mempercepatkan larian.
Missy merupakan seekor kambing milik Pak Samad, salah seorang pekerja ladang milik atok mereka.
Sampai sahaja mereka di sebuah pondok yang menjadi titik persahabatan mereka sejak kecil. Mereka melabuhkan punggung disitu, masih mencari nafas setelah berlari laju. Main kejar-kejar!
"Jahat dho, korang. Aku hampir jatuh dalam sungai, tahu tak!"
Marah seorang Kenzo, 8 tahun, sama seperti Zayan. 7 tahun umur Aurella dan Quinn.
Quinn menghamburkan tawa sekali lagi bersama yang lain.
"Siapa suruh kau slow sangat."
"Ntah. Tu la, orang suruh minum susu, tak nak. Kalsium, tahu tak?"
Tutur mereka hanya dihadiahkan satu jelingan tajam Kenzo.
"Weh, korang."
Kini, fokus mereka semua hanyan kepada Aurella apabila dia memecahkan kesunyian.
"Kita kawan sampai mati tau?"
"Opkoz, la! Kalau tak kawan pun, kita kan dah memang family,"
Tutur kata Zayan mendapatkan anggukan daripada semua. Quinn meletakkan tangan kirinya di atas papan kayu pondok itu.
"Honey stars?"
Nama kumpulan persahabatan mereka diseru. Kini, tangan mereka menyentuh satu sama lain.
"Kita sama-sama janji untuk jadi kekalkan friendship ni, tau?"
Ujar Kenzo dengan suara comel miliknya. Namun, masih terselit nada ketegasan. Dia ingin persahabatan mereka kekal sehingga tua tanpa ada pecah-balahan.
"Janji,"
"Yup, janji."
"Promise."
Senyuman lebar terukir di bibir masing-masing.
YOU ARE READING
Talking To The Stars [PAUSED]
RomanceAurella Elvyana. Nama seorang wanita yang telah melalui pelbagai rintangan dan tragedi dalam hidup. Kesihatan mentalnya semakin pulih hari demi hari. Ariq Zayan Ezeqeil. Seorang yang berbadan uniform yang ditekan oleh ibunya sendiri dalam hal perkah...