Aurella mengeluh kecil. Mata kembali tertancap pada skrin telefon miliknya, memerhati satu persatu assignment yang perlu disiapkan.
'Seminggu je lagi, Aurella. Lepastu, kau dah boleh balik.' Pujuk dirinya sendiri.
"Ehem."
Aurella menoleh apabila telinga menangkap suara jejaka yang familiar. Kenzo.
"Nah. Kau tak makan lagi, kan?" Ujar Kenzo membuka bicara seraya meletakkan plastik yang berisi makanan.
Aurella menerbitkan senyuman kecil buat Kenzo. Syukurlah ada jugak sorang daripada sepupu dia yang baik.
"Thanks, Ken." Aurella mengeluarkan bekas yang berisi nasi goreng itu sebelum penutupnya dibuka. Sudu yang tersedia dicapai dan dia menyuapkan satu sudu nasi kedalam mulut.
Kenzo mengambil duduk di hadapan Aurella, memerhati gadis itu. Cantik. Perkataan itu sesuai untuk describe seorang Aurella Elvyana.
"Sedap? Aku masak tau."
"Really? Sedap sedap. Pandai kau masak." Aurella hanya melayan gurauan Kenzo. Dia kembali menikmati makanan itu.
"Aurella.." Panggil Kenzo apabila teringatkan sesuatu. Kini, pandangan Aurella beralih kepadanya.
"Yours?" Kenzo mengeluarkan satu papan ubat dari dalam poket bajunya.
Aurella seakan tersedar. Dia memandang ubat yang berada di tangan Kenzo itu. Patutlah tak jumpa haritu. Dia mengambil papan ubat itu lalu mengangguk.
"Yup. Jumpa kat mana?"
"Kau tertinggal dekat café haritu."
Aurella mengangguk sekali. Dia menyambung menghabiskan nasi goreng itu. Lapar.
Kenzo mula memproses segalanya. Tentang Aurella mengenai ubat yang dia jumpai itu.
"Kau hidap-"
"Kenzo.."
Suara wanita tua yang masih terlantar itu mematikan percakapan Kenzo. Dia memalingkan tubuhnya ke arah nenda.
Talking To The Stars 💫
Perlahan-lahan tubuh lemahnya dibaringkan ke atas katil yang sudah lama tidak digunakan. Mata meliar keliling ruang bilik besar itu. Ya, Dato' Sasmizah sudah kembali ke rumah agam miliknya.
Aurella keluar dari bilik itu apabila terasa dirinya tidak diperlukan lagi. Dia membawa langkah keluar, kini berdekatan dengan kolam ikan koi.
Mindanya kosong. Dia seperti tidak wujud disitu. Mama ada urusan lain, ayahnya pula sibuk menguruskan barangan nenda. Yang lain? Aunty-aunty durjana tu? Lagi lah.
"Curi tulang nampak." Aurella menghembuskan nafas berat. Suara kecil itu cukup dikenalinya.
"Kau jangan ingat bila nenda dah balik, kau bebas." Ujar Quinn dengan nada sinis. Aurella pandang Quinn malas.
"Talking to a mirror?" Balasnya, mendapat jelingan seorang Quinn.
"Don't put the blame on me, Aurella. Kau tetap kena jaga nenda."
"Kan ada maids. Plus, dia kaya kan. Upah je la nurse peribadi."
"Tak sedar diri. Selamba betul mulut kau tu."
Aurella menahan geram. Namun wajahnya masih tenang, tidak mahu menunjuk Quinn yang dia sedang merendahkan kesabaran Aurella.
"Dah la, Quinn. Aku balik dulu. Tak nak buang masa cakap benda yang tak berfaedah."
Ujarnya sebelum dia beredar dari situ. Quinn pula tidak puas hati. Ingatkan boleh tolak member tu dalam kolam.
Talking To The Stars 💫
Kaki melangkah masuk. Betapa rindunya dirinya pada tempat, suasana ini.
Sebelum sempat dirinya pergi jauh, dia terasa bahunya ditarik sedikit dari arah belakang.
Pandangan mata kemudian dipenuhi oleh susuk tubuh yang dirindui. Leana menariknya ke dalam pelukan.
"Vy! Finally my baby's back!"
Kata-kata yang keluar dari mulut Leana itu berjaya membuatkan Aurella tergelak kecil. Dia membalas pelukan.
"How are you, amore mia?" Ejek Aurella.
"Ish, aku rindu kau gila! Kesian dekat aku tak ada partner untuk projek-projek yang madam bagi."
"Eleh. Kau je yang memilih, kan? Amir ada. Fae ada."
"Ye la, tapi tak sama dengan kau. Kalau dengan kau, aku tak perlu buat banyak kerja." Leana tayang muka selamba apabila die menuturkan ayatnya itu.
"Dah lah. Jom, pergi class." Lia mengangguk sebelum tanganya ditarik oleh Aurella.
Mesti Prof Malek happy nak jumpa dengan anak murid kesayangannya.
Tiba di makmal, Leana menyiku lengan Aurella, bibir dijuihkan ke arah seseorang.
Aurella berpaling ke arah yang ditujukan. Ternampak susuk tubuh Amir yang sedang duduk di mejanya bersama menyilangkan tanganya di dada.
Wajah tampan itu berpaling, mata mereka bersatu. Satu senyuman kecil dihadiahkan kepada Amir sebelum Aurella mula bergerak menuju ke arahnya.
"Miss me?"
"Who doesn't?" Jawab Amir. Tenang.
Aurella tergelak kecil. Mata mula melilau pada susuk tubuh Amir itu. Rindu. Rindu-rindu kawan, bukan crush!
"Sedap tak kena bebel dengan madam?"
Amir menjongketkan bahu. Ekspresi mukanya menunjukkan wajah tenang dan polos.
"Rutin saya tu. Maklumlah, partner saya tak ada kan. Terpaksalah saya tanggung sendiri."
"Biasalah tu. But not gonna lie, I'm glad."
Amir mengulingkan mata, berpura-pura untuk annoyed.
Talking To The Stars 💫
YOU ARE READING
Talking To The Stars [PAUSED]
RomansaAurella Elvyana. Nama seorang wanita yang telah melalui pelbagai rintangan dan tragedi dalam hidup. Kesihatan mentalnya semakin pulih hari demi hari. Ariq Zayan Ezeqeil. Seorang yang berbadan uniform yang ditekan oleh ibunya sendiri dalam hal perkah...