1 -

85 2 8
                                    

Mata aku melilau daripada tempat parking motor, cuba untuk mencari cara menyelinap masuk paling selamat ke dalam kelas tanpa perlu lalu kelas-kelas lain. Dah pukul 7.20 pagi, jadi mestilah dataran dah mula ada orang.

Turun sahaja dari motor, aku terus berlari anak melalui jalan yang jauh sedikit dari kelas. Daripada situ, dataran tak nampak sangat, jadi aku rasa aku tak perlu datang perhimpunan. Lantaklah, apa yang penting, aku tak perlu hadap muka-muka judgemental budak-budak kat sini. Reaksi muka diorang ada aura minta penampar.

Macam tak biasa datang lambat diorang ni.

Lalu sahaja bahagian parkir kereta staf, microphone sekolah berbunyi. "Assalamualaikum dan selamat pagi pelajar-pelajar. Pagi ni kita mulakan perhimpunan dengan ummul kitab Al-Fatihah."

Aku baca Al-Fatihah dalam hati sambil kening berkerut. Sejak bila pula perhimpunan daripada pejabat ni? Bukan selalunya dekat dataran? Aku cuti sehari terus berubah peraturan ke?

Aku endahkan apa yang dikatakan selepas itu. Aku nak cepat masuk kelas ni, lagu Negaraku tengah on pun aku main redah je. Nampak macam rakyat Malaysia yang derhaka, tapi kalini je esok aku tak buat lagi.

Mungkin. Tengoklah aku lambat lagi ke tak esok.

Berjaya. Aku berjaya pergi ke kelas tanpa jumpa manusia-manusia lain. Jumpa cikgu Mariam je, hampir kena tulis nama jugalah tapi lepas janji tak akan datang lambat lagi, dia terus lepaskan aku.

Masuk sahaja kelas, kesemua 29 pasang mata pandang aku. Tak sukanya.

Mata aku terus pandang lantai. Malas nak tengok muka masing-masing, kaki aku terus berjalan ke tempat aku. Daripada gaya diorang, perhimpunan macam dah habis.

"Nis, semalam kau ada kata yang pasal abang dia tu kan?"

"Ya. Lepastu kan do, aku dengar abang Rie-"

"Kau ni, janganlah sebut nama! Dia dengar nanti kang"

Suara Nis dan Haura yang sebenarnya kuat tapi diorang ingat tengah berbisik buat aku tertarik. Telinga aku tiba-tiba jadi besar. Kenapa nama aku kena sebut ye? Apa tea korang pasal aku ni?

Duduk sahaja atas kerusi, aku pura-pura mengambil barang dalam beg. Baru sahaja nak menfokuskan telinga untuk mendengar, aku kena sergah.

"Baik kau mengaku Rie, apa lagi yang kau tak bagitau aku," Maira, classmate dan orang yang paling aku rapat dalam sekolah ni tepuk belakang aku. Nampak macam tak kuat, tapi dah kalau belakang aku rasa berdesing, memang berbekaslah nanti.

"Sakit, gila."

"Sorry do. Aku ingat tak kuat."

Aku diam sekejap sambil jeling Maira yang tengah tersengih. Dia ingat tangan dia tak kuat? Dia kena sedar diri yang dia atlet bola tampar.

"Anyway, seriouslah abang kau gangster?"

"Hah? Apa yang kau mengarut ni? Kau tertelan ubat gamat ke?"

"Cepatlah jawab!"

"Tak, sekarang ni, bila masa pula aku ada abang? Aku anak tunggal. Dah 16 tahun dah hidup sedih macam ni," tangan kanan aku tekapkan ke dahi Maira. Tak panas pun. Habis tu otak dia ke yang problem sekarang ni?

Kena bawa pergi hospital ni. Kalau dia gila, siapa nak jadi sumber meniru aku? Dialah satu-satunya yang aku boleh harap. Sebab apa? Sebab kalau tengok orang lain, baik aku belajar sendiri. Tak faham. Cara Maira tulis kena dengan level pemahaman aku.

Maira terdiam. Dia macam cuba nak cari kebenaran untuk apa yang aku cakap. Mata dia tengok aku, tajam.

Ah sudah, janganlah tengok mata aku. Dah berapa hari dah aku stay up baca novel. Barai dah mata ni. Malulah kita.

"So, Ryui Hazieqq is not real?"

"Siapa pula tu?"

"Abang kaulah!"

"Aku tak ada abang!"

"Rie, abang kau datang!," jerit Badrul yang masih dengan beg sekolah daripada pintu kelas. Dia tu baru sampai kot.

Kepala aku automatik berpusing untuk tengok 'abang' aku. Manalah tau rupanya abang sedara ke?

Tak, aku tak kenal mamat tu. Langsung.

Muka dia tak ada langsung aura yang boleh ingatkan aku pada mak ayah aku. Iras sikit pun tak ada. Ke dia anak kutip?

Atau sebenarnya aku anak kutip?

Aku geleng sambil tengok Badrul.

"Tu bukan abang aku."

Lelaki yang diorang claim abang aku tadi pandang aku dengan muka pasrah. Macam muka annoyed pun ada juga. Mungkin sebab dia rasa cubaan nak menculik aku akan gagal.

Badrul angkat bahu tanda tak tahu dan kemudian duduk ditempat dia. Sebabkan dah macam tu, aku ambil tak endah lelaki tadi. Biarlah, kejap lagi cikgu datang dia kena halaulah tu.

"Habistu, tu siapa?," Maira sambung soal aku. Aku angkat bahu.

"Tak tahu, penculik kot."

"Elok sikit mulut tu," sekali lagi, dia tampar belakang aku. Aku terjerit sikit tapi sebab kelas sedikit bising, suara aku tenggelam.

Mungkin sebab dah malas nak tanya, Maira duduk balik tempat dia.

Aku keluarkan buku teks fizik dan letak atas meja. Lepas dah pastikan line clear, aku keluarkan telefon dan main secara tersorok.

Sambil-sambil tu, aku tengok juga arah pintu. Nak tengok lelaki tadi masih ada atau tak.

Dia masih ada. Kalini tengah bercekak pinggang sambil pandang tajam ke arah aku. Aih mamat ni, blahlah. Sibuk je datang kelas orang.

Sebelum mata aku kembali ke skrin telefon, aku ternampak dia tengah bercakap dengan Yana, classmate aku yang tempat duduk dia dekat dengan pintu. Aku syak dia nak suruh panggil aku lagi, jadi aku rasa aku kena pergi tandas. Aku kena elak.

Baru sahaja hendak bangun, aku nampak cikgu Hanafi dekat pintu kelas. Dia tengah berborak dengan lelaki tadi.

Kacau line sangat ya cikgu ni. Baru nak lari.

"Ayriena, awak dah kenapa biar abang awak kat sini? Lama dia tercegat dekat sini tunggu awak," cikgu Hanafi halau aku dari kelas.

Aik, ini dah kenapa aku pula yang kena halau? Bukan patutnya dia?

"Tapi, saya tak kenal dia cikgu."

Selepas beberapa minit 'bergaduh' dengan cikgu Hanafi, aku pasrah. Ikut jelah mamat ni. Kalau saya kena culik ya cikgu, cikgu bayar duit pampasan saya. Pastikan RM180k cukup dalam tangan!

Aku kemas beg dan keluar daripada kelas. Lelaki tadi yang masih menunggu aku terus buka langkah untuk berjalan ke arah tangga. Dalam diam, aku ikut sahaja langkah dia sehinggalah kami sampai ke sebuah kereta Perodua Alza berwarna maroon di tempat parking kereta.

"Masuk," arahnya. Aku cuma jeling dia daripada tepi.

Masuk sahaja ke dalam kereta, beg sekolah aku letakkan di hadapan badan aku. Belum boleh percaya dia ni. Jumpa pun tak sampai satu hari.

"Kau siapa?," aku soal dia sebaik sahaja kami keluar daripada sekolah. Topi hitam yang dia pakai daripada tadi dia buka dan letakkan di kerusi belakang.

"Ryui Hazieqq."

Aku tak tanya nama kau tapi tak apalah, people make mistakes.

"Kau sebenarnya lonelykan sampai nak rembat anak orang jadi adik kau? Bila masa kau sebarkan gossip yang aku adik kau? Semalam? Waktu aku ponteng sekolah? Macam mana cikgu boleh percaya walaupun waktu daftar sekolah dulu dah cakap aku ni anak tunggal?"

"Satu-satu boleh tak? Bising juga mulut kau ni," aku terdiam. Ouh baru first time jumpa dah merungut mulut aku bingit. Fine, aku diam.

"Tak payah jawablah kalau macam tu," fon aku keluarkan daripada kocek. Apa sahaja aplikasi yang boleh dibuka waktu dekat jalanraya aku buka. Curiosity aku yang tinggi tadi terus terpadam bila dia cakap macam tu. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 13 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

RumourWhere stories live. Discover now