Bab 1

4 2 0
                                    

Hari yang membosankan bagi seorang Hasha Damiera. Keluhan dilepaskan. Dari tadi drinya terbaring diatas katil itu. Nak keluar pergi ke mana?. semua orang macam busy je. Haa ada idea aku akan layan Law & Order. Best cerita ni kalau nak acah-acah jadi polis, peguam dan yang seangkatan dengannya bolehlah layan cerita ni. Dah banyak season dah. Aku tak akan pernah bosan tengok. Detektif Elliot Stabler dan Detektif Olivia Benson. Macam best je jadi polis ni. tapi banyak cabarannya. Lepas je aku tengok episod yang Detektif Benson kena kelar leher tu terus aku tak jadi nak jadi polis dah. Aku simpan je la angan-angan mat jenin tu. Apapun nyawa lebih penting dari segalanya.

Laptop miliknya dibuka. Hari ni kita Netflix and chill. Sesiapa jangan kacau aku.

''Kak Sha''. Hmm muncul dah Hayra Medina adik aku yang baru tingkatan lima. Dia nak apa pulak ni?.

''Apa?''.

''Ada jiran baru masuk. Jom tolong dorang kemas barang''. Aik?. Apasal lak aku kena tolong ni?. Ada nampak muka aku macam tukang kemas barang perpindahan ke?. Tapi kan ini tak lain tak bukan umi ni. Arahan umi. Aku faham umi nak bersikap baik dengan semua orang tapi tolong jangan libatkan aku sekali. Aku tak nak. Bukanlah tak nak buat baik tapi aku tak kenal siapa orang yang nak kena tolong tu.

''Tak nak''.

''Umi suruh la kak Sha, dan untuk pengetahuan akak anak aunty ni handsome tau. Jom la takkan nak terlepas peluang keemasan kan?''. Untuk pengetahuan?. Keemasan piirah. Aku tak nak.

''Hasha Damiera''. Umi dah seru nama aku.

''Yalah Sha pergi''. Aku terpaksa sebab keadaan yang memaksa lagi dipaksakan. Tiada pilihan lain.

Melangkah je keluar dari bilik aku memang sumpah seranah habis dalam hati ni. Bukan aku tak nak membuat kerja-kerja kebajikan ni tapi aku masih belum tergerak hati nak jadi extrovert lagi. Aku masih seorang introvert dan selamanya akan begitu tidak akan dapat diubah.

''Assalamualaikum".

''waalaikumusalam, ini anak jiran sebelah ya?''. Aku angguk dengan senyuman.

''Haah. Aunty kenalkan ini kakak saya, Hasha Damiera dan saya Hayra Medina. Kami nak tolong aunty''. Memang mulut kepoh seorang Hayra.

Boleh tak aku katakan yang rumah ni sangat cantik?. Bijak dia pilih warna kuning sebagai warna utama rumah ni. Warna kuning mengingatkan aku pada buah lemon. I love lemon so much. Kalau ni rumah aku memang aku dah tampal wallpaper lemon sana sini. Cantik kan?. Mestilah kena cantik. Suatu hari nanti aku akan pastikan aku dapat rumah tema buah lemon.

''First encounters are always so hard, cause nothing goes as plan''. Siapa pulak ni?. Ingat ni lirik lagu TWS yang Plot Twist tu ke?. Hahaha. memang la lagu tu tengah up sekarang ni. Dan aku malas nak mulakan perbualan dengan sesiapa la buat masa ni. Tujuan aku datang sini adalah untuk tolong. itu sahaja titik noktah.

''Cakap dengan siapa ye?''. Tanya aku sebaik berpusing menghadap tuan punya suara tadi.

''Hai, maksud saya assalamualaikum''. Hai?. Kita ada nampak macam dekat New York ke sekarang ni?. Tapi dimaafkan sebab cepat-cepat ganti pada ucapan salam.

''Waalaikumusalam''. Boleh tak kalau aku buat andaian sendiri yang ini adalah anak tuan rumah ni?. Takkan ni driver pulak kan?. Dia nampak herlok. Muka dia mirip pelakon Thailand yang kacak gila tu. Dia tak lain tidak bukan mempersembahkan Blue Pongtiwat Tangwancharoen celup. Muka jambu tapi smart. Dia pakai Polo shirt warna kuning kenapa tak pakai warna biru?.

''Saya Emir Yusouf''. Aku diam. Ada nampak macam aku berminat untuk sesi perkenalan ke?.

Tubuh aku pusing semula. Malas. Dah la aku cukup malas nak datang sini. Aku tak ada masa untuk sebuah perkenalan. Dan pandai rupanya Blue Pongtiwat ni cakap Melayu rupanya.

''Nice to meet you''.

Nice?. Tidak la bagi aku.

''Why are you here?''. dah mula dah nak speaking. Seseorang tolong la datang selamatkan aku sebelum aku menjadi lebih kurang ajar lagi. I hate this behaviour tapi aku tak boleh nak cakap sebab when introvert person dah tak sabar dia akan jadi rude person dan aku yakin tiada sesiapa yang nak aku tunjukkan sikap itu.

''Emir jangan kacau dia''. Amaran dari tuan rumah.

''Mummy I'm just...''

''Leave me alone sir''. Haa ambik kau aku memang malas nak layan dah ni.

Langkah aku bawa ke ruang tamu rumah itu. masih banyak barang perlu dikemaskan.

Hampir satu jam kami disitu sebelum Hayra mengajak aku pulang. Hmmm. Ini kali pertama dan kali terakhir aku jejakkan kaki dekat rumah lemon ni. Aku dah tak nak datang sini.

''Kak Sha jom balik, umi dah call tadi. Esok kita datang lagi''. Esok?. Hmm kau biar betul Hayra. Kakak kau ni dah tak nak datang sini dah. Tak kan datang sini lagi.

''Terima kasih tolong aunty, ini untuk kamu berdua''. Dua kotak bewarna kuning diserahkan kepada kami. Satu untuk aku dan satu lagi untuk Hayra. Agak-agak kami dapat apa ya?.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Mar 01, 2024 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

LemonTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang