PROLOG

50 4 0
                                    

Matanya tajam memerhati suasana sepi di dalam sebuah hutan yang tebal sambil memegang dua bilah pedang. Sebilah pedang berwarna hitam dengan corak naga berwarna emas dan sebilah lagi berwarna biru laut.

"Masih belum habis lagi. Kenapa banyak sangat makhluk hodoh tu muncul sekarang ni? Tak akan la sebab mereka..." ujarnya lalu dia teringat tentang tiga orang manusia yang datang ke kediamannya pada minggu lepas.

Tujuan mereka datang ke kediamannya di dalam hutan tersebut adalah untuk mengusirnya dan datuknya demi membangunkan tempat hiburan di kawasan itu tetapi datuknya enggan berpindah. Kediaman yang terdapat di dalam hutan itu bukan kecil, boleh dikatakan 50% daripada hutan itu ialah milik kediaman keluarganya.

Tanah yang luas itu mahu dibeli oleh orang kaya sedangkan kediaman tersebut sudah wujud melebihi 1000 tahun dan memiliki pelbagai rahsia. Kemungkinan besar, mereka sengaja melakukan hal itu untuk menggali rahsia yang terdapat di kediaman itu.

"Tak kira la sebanyak pun mereka hantar makhluk-makhluk tu untuk halau keluarga aku. Aku tetap akan lawan. Kewujudan keluarga aku bukan untuk ditindas. Manusia biasa yang kejam hanya sampah di jalanan," ujarnya lalu menebas seekor makhluk bergelar semangat sumpahan.

Sementara itu, di kediaman Mizushi.  Mizushi Keito, ketua keluarga Mizushi generasi sekarang sedang membuat panggilan kepada seseorang yang berada di Tokyo. Dia berbincang sesuatu berkaitan cucunya dan membuat keputusan untuk menghantar cucunya ke sebuah sekolah terkenal di Tokyo, Sekolah Tinggi Khas Seni Mantera Kota Raya Tokyo.

"Saya pasti dia dapat membantu nanti. Walaupun tanpa tenaga sumpahan. Kekuatan seseorang bukan hanya pada kuasanya tetapi pada hatinya," ujar Keito kepada seseorang di sebalik talian itu.

"Saya faham," kata manusia tersebut sebelum panggilan mereka tamat.

SEMBUNYIWhere stories live. Discover now