Badan yang terasa lenguh di urut. Jam di dinding itu ditilik,jam menunjukkan pukul 5:00 petang,sudah waktu balik.Laptopnya ditutup dan meja yang sedikit berselerak itu di kemas.
Sudah 3 jam dia melekat di kerusi ini demi menyiapkan tugasan yang di beri oleh E.Tengku Qayyum.
Saddle bag berjenama CHRISTIAN DIOR yang terletak di tepi meja itu dicapai,Asyara berdiri dari tempat duduknya dan berjalan kearah pintu pejabat. Suis lampu ditutup , pintu pejabat dibuka dan ditutup setelah dia berjalan keluar dari pejabatnya.
Masih ramai perkerja yang belum pulang , ada juga yang baru ingin mengemas barang untuk pulang.
"Akania , i balik dulu nanti suruh semua balik . Sambung buat kerja esok." Akania yang sedang menutup laptopnya terkejut selepas melihat Asyara di depan mejanya.
"Baik Miss!" Balas Akania . Tanpa menunggu balasan yang seterusnya , Asyara berjalan kearah lif dan turun ke tingkat 1.
Pintu lif terbuka . Dan Asyara berjalan keluar dari lif menuju ke pintu keluar Lumière Luxe Fashion.Perjalanan Asyara terhenti apabila melihat kelibat lelaki yang paling dibencinya .
Asyara Kisya memandang tajam kearah Firash Al - Musa.Wajah menyampah ditayangkan ,mana tak menyampah kalau dia baru sahaja jejak keluar dari pejabat Firash dah tunggu dia."Apa you buat kat sini Firash?" tegur Asyara bila nampak Firash tidak menginjak dari tempat yang sama.
"Oh ,i sahaja nak tunggu you balik .Nak ajak you keluar" Firash berjalan ke arah Asyara .Tanpa sempat Asyara membalas ,Firash menarik tali beg galasnya dan melangkah kearah kereta Honda Civicnya.
Cepat -cepat Asyara menarik beg galasnye apabila banyak mata yang memandang.
"Tak payah! i boleh balik sendiri ,lagipun tak baik perempuan dan lelaki yang bukan mahram naik kereta sama-sama.Tak belajar agama ke?" tolak Asyara ,kalau Datin Amisya tahu ni mesti dia kena marah .
"Tapi Asyara-"
"Kalau you datang ni sebab perkara yang sama, baik you balik." tanpa menunggu jawapan dari Firash dia masuk ke dalam kereta Mini Coopernya.Dia harus cepat pulang kerumah kerana Datin Amisya sudah pesan padanya yang malam ni akan ada tetamu yang akan datang.
Sampai sahaja dirumah kelihatan Datin Amisya ,Dato Azlan dan abang Arfan sedang duduk di sofa ruang tamu.Cepat- cepat dia menutup pintu rumah ,beg galas diletakkan di atas almari kaca disebelah sofa yang diduki abangnya.
"Aku nak jodohkan kau dengan anak kawan aku."
" Hah?Ma-Mama buat kelakar apa ni?" Asyara pura - pura ketawa , tapi apabila muka Datin Amisya dan Dato Azlan masih tidak berubah dia tahu Datin Amisya tidak bergurau.
"M- mama ... mama tak berguraukan ? Baba, mama kata apa ni?" Asyara cuba untuk tidak percaya dengan kata - kata yang baru dilontarkan oleh datin Amisya.Asyara melihat mata datin Amisya . Mata tidak pernah menipu.Dingin.Dingin yang dia lihat dimata datin Amisya.
"Tak ada masa aku nak gurau dengan kau. Umur kau ni dah sesuai kawin" Datin Amisya memandang mata Asyara yang basah dengan air mata.
Mimpi,dia rasa macam mimpi . Apa maksud mama umur dia dah boleh kawin? dia baharu saja berumur 21 tahun ini.
"Asyara baru umur 21 ma, mana sesuai nak kawin."mungking bagi orang lain umur 21 sudah sesuai untuk berkawin tapi dia,mungking tidak.
"Kau dah kerja ,ok je nak kawin aku tengok .Kau takyah nak tak suka sangat la, malam ni keluarga dia nak datang." Tanpa menunggu Asyara balas Datin Amisya manaiki tangga ke tingkat dua.
Air mata yang ditahan dari tadi jatuh setelah mama meninggalkan dia di ruang tamu bersama abang Arfan dan Dato Azlan.
"Setuju je lah Asyara ,awak bukan anak kecil lagi untuk kami jaga. " Dato Azlan menaiki tangga untuk melihat Datin Amisya.
Sakit.Sakit yang dia rasakan sekarang ,sorang demi sorang pergi meninggalkan dia di ruang tamu ini.
"Maafkan abang Syara ,abang dah pujuk mama tapi dia masih nak kawinkan Syara dengan kawan anak dia..." Arfan mengusap bahu Asyara yang berlapik.Asyara memeluk Arfan setelah rasa yang disimpan di dada ini sudah terlalu banyak.
"Ke- kenapa Syara abang... Kenapa mama na kawinkan Syara bang.." teresak-esak Asyara menangis di bahu Arfan.
"Abang tak tahu Syara..." sedih dia rasa melihat adik perempuan kesayangan dia ini menyimpan luka yang dalam setelah kejadian yang berlaku 10 tahun lepas yang menyebabkan Datin Amisya mula membencinya.
𝓐. 𝓐.

ANDA SEDANG MEMBACA
Cahaya Arryan's | og
RomanceAryyan Iz X Asyara kisya Benarkah cinta sejati itu wujud ? selamat datang.