Seorang insan yang jahil

22 0 0
                                    

Laungan azan daripada speaker masjid berkumandang menandakan sudah masuk waktu asar. Aku bangun dari tempat dudukku, sebuah bangsal dibawah pokok rambutan. Mengelamun tentang masa depan sambil buah rambutan ku kupas dengan tangan. Kerengga dan semut hitam yang menghinggap jubah dan kopiah tidak dilayan.Kitab berwarna hijau masih dalam gengaman tangan. Tertulis SIFAT 20, Ustaz Jaafar Salleh. Mulutku masih terkebil-kebil membaca muka surat hadapan. Satu per satu ayat ku baca, faham atau tidak belakang kira.

Satu tangan menyapa dari belakang.

"Assalamualaikum ya ahlil kubur"

Terkejut!

Lalu aku bangun berpaling ke arah bahuku, tangan tadi ku pegang. Basah. Kemudian tangan itu bergerak memegang pipiku. Air yang sejuk membasahi pipi aku.
Laju tangan itu aku tangkis. Melihat kebelakang, satu wajah bersih putih berisi, bermata jarang, telinga capang tersenyum ke arah aku.

"Oh, kau! Mustaqim. Sejuk lah!" Jerit aku. Sahabat yang aku kenal dari kecil itu melihatkan gigi gongaknya yang sudah hilang akibat kemalangan jalanraya tempoh hari. Jelas kesan calar pada siku kanannya. Masih berkuping. Aku bangun dengan muka bengis.

"Nak je aku bantai budak ni, nasib baik air sembahyang." Senyumannya aku balas dengan sinis. Nafas ditarik panjang.

"Jom masjid, Atiq. Diorang dah siap" ajak Mustaqim perlahan.

Kaki diangkat perlahan menuju ke air bukit yang mengalir di tepi sebuah pondok usang. Air yang sejuk diambil sedikit untuk berkumur, hilang rasa manisan rambutan tadi.
Air yang sejuk tadi di sapu kebahagian muka, tangan, hujung rambut dan kaki.

Serban di bahu kanan dicapai dan disampulkan ke kepala ku. Buku yang ku pegang tadi di simpan di dalam beg galas buruk. Langkah perlahan di ambil menuju ke arah Mustaqim yang sedang menunggu di tangga pondok usang itu. Bunyi plastik bersentuh dengan kain kuat berbunyi.

"Beli lah beg baru. Bosan aku dengar bunyi buku bergeser dengan jubah kau tu. Esok lusa jubah pulak yang terkoyak" ejek Mustaqim.

"Ko diam Mus, beg ni koyak pon sebabkan kau la yang tak pandai bawak motor" balas aku. Dia terdiam sekejap. Gigi gongaknya kemudian ditunjukkan ke arah aku. "Hahaha. Padan muka kau. Dah, jom" sambung aku sambil tergelak. Muka tak puas hati terpapar di raut wajah Mus. Bibir dimuncungkan.

Kopiah kait berwarna hitam bertulisan perang "MUS" aku sarungkan ke kepalanya. Tangannya aku sentap kuat tanda mengajaknya bangun untuk ke masjid. "Berat betul mamat ni" bisik aku. Tak bergerak. "Tak padan dengan pendek " sambung aku lagi. Bunyi geseran gigi terdengar. Air mata mengalir dipipi Mus. "Ah, sudah" dahi aku tepuk dengan kuat, kepala ke atas.

"Sampai hati kau Atiq" muka putih berubah merah jambu sambil air mata nya dilapkan dengan lengan kiri.

"Kalau lah mama dgn papa ada dekat sini" suaranya sedih sambil teresak-esak. Aku lantas mengambil tempat duduk disebelahnya. Sambil menggosok-gosok belakang Mus.

"Ergh" Mus berdesit.

Aku mengangkat semula tangan tadi. Teringat masih ada luka calar yang besar dibahagian belakang Mus. Kemalangan 3 hari lepas terdetik dalam fikiran.

"Aku mintak maaf kalau aku terkasar sikit. Lagipun memang salah aku sebab ajak kau keluar sekali" ujar aku perlahan, tidak mahu melihat sahabat aku berasa terkilan kerana kelakuan aku tempoh hari. Mus diam, berpaling ke arah bertentangan. Tangan aku ditepuk perlahan.

"Tak apa, aku maafkan" balas Mus. Dia kemudian bangun sambil mencapai serban merah putihnya. Serban yang diberikan oleh papa Mus, pak cik Saari sebelum dia di tinggalkan di sekolah ni.

Pap!

Libasan serban menuju ke muka aku.

"Biawak!" Jerit aku.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 23 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Yang pergi tak akan kembaliWhere stories live. Discover now