Bab 2

134 9 0
                                        

Jennie menongkat dagunya dengan kedua-dua tangan. Muka Delilah dia renung lama kemudian dia pandang pula ke muka Dayana yang benar-benar buruk. Nampak sangat dia tak suka Jennie.

'Ini adik saya yang saya bagitahu tu. Comel kan dia?' Delilah memperkenalkan Dayana kepada Jennie. Jennie ingatkan adik Delilah memang okey dengan hubungan ni sebaliknya dia terima wajah menjelikkan daripada Dayana. Mukanya jelas menunjukkan satu ayat.

'Over my dead body.' Tak perlukan sign language langsung sebab Dayana sudahpun menunjukkan perasaannya pada wajahnya.

'Mungkin kita patut buat pesanan...' Delilah memutuskan ketegangan yang melanda. Waitress dari tadi menunggu mereka buat pesanan. Jennie berpaling kearah waitress tersebut dan tersenyum.

"Jelly pudding please. I want Vannila Soda and then I nak mee kari untuk girlfriend I ni. Also ambilkan dia watermelon juice."

"Alright."

"Wait, sejak bila kakak makan mee kari? Setahu I dia tak makan mee kari sebab banyak sayur! Kakak!"

Delilah pandang ketepi, pura-pura tak mendengar. Dia pakai hearing aids jadi dia dengar apa yang Dayana cakap. Delilah malah pura-pura bersiul walaupun yang keluar hanyalah angin. Dia tahu Dayana akan marah sebab Jennie lebih kenal dia.

"Excuse me, Dayana. Your order."

"Huh, just get me laksa johor."

"Alright. Air?"

"...lemon tea."

"Okey." Waitress itu berlalu dengan senyuman. Suasana jadi tegang semula. Mereka berdua langsung tak bercakap dan Delilah tak berani nak mulakan percakapan. Dia tidak mahu sakitkan hati sesiapa.

"Jadi..." Jennie memulakan perbualan. Awkward. Kalau dia dengan Delilah berdua saja mungkin boleh cakap lebih selesa. "Adik Delilah ya?" Jennie senyum manis.

"I don't like her. Let's go kak." Dayana berdiri namun Delilah tarik kain Dayana tanpa sengaja. Hampir mendedahkan peha dia buat Dayana memandangnya garang. "Akak!"

Delilah hanya tersengih. 'Toling tunggu. Please? Untuk kakak. Tunggu. Makan dulu.'

"Betul tu. Apa kata kita tunggu dik?"

"What do you call me?"

"Adik."

Makin marah Dayana jadinya. Namun disebabkan kakaknya, dia duduk. Dayana berpeluk tubuh dan silang kaki. "I'm not your adik so watched your mouth, stupid."

'Tak baik!' Delilah genggam tangan Dayana kuat. Jennie hanya tersenyum.

"Okey, okey. Sorry. What should I call you?"

"Master."

"What?"

"Sebab I penjaga Delilah so you takkan dapat dating dia kalau I bukan master. Benda ni jadi sebab I master you dan dia jadi call me master."

Jennie berpandangan dengan Delilah. Permintaan Dayana memang sesuatu yang diluar jangkaan. 'Ikut jelah!' Kata Delilah dengan penuh terdesak. Apa pun yang adiknya mahu baik ikut saja sebelum dia seret Delilah keluar dari sini.

"Okey...master. So what's your name...master?"

"You don't deserve to know. My name is private and confidential dan kalau kakak bagitahu dia nama saya...ini kali pertama dan terakhir kakak jumpa perempuan rambut kuda ni."

"Rambut kuda..." Jennie sudah pasrah. Dia dapat tahu umur adiknya sudah 22 Tahun dan baru habis degree. Dengan umurnya boleh tahu dia memang masih tak matang. Tengok saja kakak dia yang masih perlukan izin adik untuk bercinta. "Rambut kuda...rambut kuda..."

Sebab rambut Jennie ikat pony tail, begitulah. Delilah tepuk dahi. Benda jadi makin teruk pula dengan ego adiknya. Malah wajah Dayana jelas dia memang tengah tidak sukakan Jennie.

"So...apa perkembangan business awak?" Tanya Jennie. Dia bercakap sambil menggunakan tangannya. Delilah senyum.

'Okey sangat. Makin ramai yang order dari saya. Terima kasih dekat awak.'

"Sama-sama."

"Wait, business buku novel akak tu sebab dia ni?" Terbeliak mata Dayana. Delilah angguk.

'Dia tolong kakak.'

"Okey, tell me honestly. Akak buka business dan jual novel akak yang akak published bawah nama akak sendiri...sebab dia ni tolong dari awal...?"

Delilah terdiam. Benda betul jadi dia angguk walaupun tahu muka Dayana akan jadi apa. Itu muka dia. Itu dia. Muka Dayana terus berubah 180° selepas Delilah mengaku. "Dia tahu dulu fasal ni sebelum saya?!"

Delilah angguk lagi. Dayana kalini dah tak boleh tahan. Rasa cemburunya membuak-buak. Dia bangun, menarik tangan Delilah apabila makanan sudah dihidang ke meja. "Jom balik."

"Kejap, makanan ni siapa nak makan?"

Dayana hanya memberikan
satu pandangan penuh makna. Jennie terus ambil vanilla soda miliknya dan dihirup. Diabaikan apa didepan matanya malah mengabaikan aksi ganas Delilah diseret keluar dari restoran.

TAK!

Hearing aids Delilah tercabut. Dayana melihat kearah Delilah yang tunduk kebawah untuk mengambilnya dan bila Delilah pandang dia semula, matanya berkaca. 'Kenapa buat akak macamni?'

'Buat apa? Akak suruh entah siapa-siapa jadi sponsor akak! Saya ni apa? Akak dah takde adik ke?!'

'Ada! Ada, akak ada! Tapi salah ke kakak nak cuba dengan orang lain? Kita adik-beradik kandung. Kamu tak boleh kahwin dengan akak pun. Takkan kakak je kena tengok kamu kahwin? Sebagai kakak, akak pun nak kahwin!'

'Tengoklah dia tu! Dia tu jahat kak! Akak tak tengok dia betul-betul ke?!'

'Siapa jahat? Kamu ke dia'

'Ouh, sekarang akak nak kata saya jahatlah?'

'Akak tak cakap macamtu tapi-'

Bahu Delilah disentuh dari belakang. Jennie menghulurkan dompet gambar kucing kepada Delilah. Berderau habis darah Dayana bila nampak dompet Jennie pun ada gambar kucing. Dengan marah Dayana rampas dompet tersebut, keluarkan semua duit dan serah pada Delilah. Dompet kucing itu dia lempar atas tanah sebelum dia pijak dan lenyekkan. Setelah itu dia baling dompet itu kedalam semak.

"Jom!" Tangan Delilah ditarik dan dia dibawa pergi jauh dari situ. Delilah pusing kepalanya menghadap Jennie.

'Maaf, maaf! Saya tak dapat kawal adik saya! Nanti kita cakap dalam telefon!'

Jennie hanya angguk dan pasrah. Sebaik mereka hilang, Jennie buka flashlight telefonnya dan suluh kedalam semak.

Kemana entah perginya dompet kucing tu.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Feb 26, 2024 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

A Sign Of AffectionTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang