Code 16

69 15 13
                                    

"Mission start."


Tempikan manusia saling bersahutan dengan kata carutan tertuju kepada Henry. Cukup sepasang mata yang terlihat. Bandana yang menutupi separuh daripada muka Henry dirapikan sedikit. Rambut coklat ditolak ke belakang, manik-manik peluh membasahi dahi anak cina itu. Dua bilah kapak biru ditarik keluar dari sarung dan dijadikan sebagai senjata utama. Henry Gabriel regangkan kepalanya. Bersedia untuk menyerang, dan diserang.

Tubuh ditundukkan sedikit apabila 10 orang lelaki yang meluru deras dari hadapan menuju ke arah Henry. Bila dia toleh ke kiri, di belakangnya terdapat 10 orang lelaki bersama berbatang-batang kayu terangkat tinggi di udara. Kemudian, tubuh ditegakkan semula. Kepala dipusing ke depan.

"Nama aku, Henry. Henry Gabriel Gazi. Ataupun... Kamil."

Szup...

Henry melompat tinggi dan menghayun kapak ke lawannya. Leher menjadi sasaran utama. Darah merah yang terpancut keluar dari leher tidak dipeduli. Satu sudah tumbang. Tubuh yang tidak bernyawa itu rebah ke atas lantai. Bermandikan kolam darah, sekelip mata, tubuh itu tenggelam dalam darah. Belum sempat dia berbuat apa-apa, belum sempat dia menunjukkan kehebatannya. Tubuh lemah itu tumbang dengan sekali serangan.

Yang lain, tidak menunggu lama. Meluru deras ke arah Henry. Satu persatu menjadi mangsa serangan hayunan kapak, libasan, dan kelaran. Darah yang bersatu dengan peluh tidak dapat dibezakan rasanya. Sesaat Henry leka, lawannya ambil kesempatan. Hayunan besi besbol mendarat di belakang kepala. Tetapi itu tidak melemahkan pertahanan diri, dan ketangkasan dia menyerang.

Henry berpusing laju. Kapak biru melibas perut lelaki itu. Kaki yang terangkat tinggi menghadiahkan sepakan percuma sehingga dia terpelanting ke belakang.

Bum!

Lagi dan lagi. Mereka tidak henti dari melancarkan serangan. 18 vs 1.

Bandana ditarik ke paras dagu. Hidung mancung nya berdarah. Mata sepet memerah garang, dan merenung tajam ke arah musuh yang berbaki dua orang saja. Lari, selamatkan diri, atau tinggal di sini jadi mangsa kapak biru itu.

"Aku beri dua pilihan. Pertama..."

Szup...

Berdesup kaki mereka dicelah-celah mayat yang bergelimpangan di lantai satu. Conixrasus yang berpecah setiap tingkat memiliki tugas masing-masing. Selamatkan tebusan, serang, cari dan bunuh siapa saja yang menghalang di hadapan mereka.

Zean membawa Eldric dan Darwish mencari, dan menyelamatkan pelajar Miracle yang terperangkap dalam bangunan itu. Aneh betul. Dalam bangunan sekolah, ada lagi bangunan rahsia yang menjadi tempat persembunyian lelaki jahanam itu.

Kalau bukan Zean yang dihantar untuk menjadi mata-mata Uncle Grey, manalah mereka tahu, dan manalah mereka perasan keanehan bangunan itu.

"Tingkat satu clear." maklum Henry melalui alat pendengaran.

"Tingkat dua bersih juga. Licin." Fiq tergelak. Mayat-mayat yang bergelimpangan di atas lantai ialah banduan yang terlibat dengan jenayah berat, tetapi dibebaskan kerana tidak mempunyai bukti kukuh yang dapat menyabitkan kesalahan mereka.

Jadi... tak salah untuk dia hukum mereka, bukan? WOLF... WOLF... kenapa lelaki itu mengambil bekas banduan untuk dijadikan sebagai orang suruhannya? Tak ada orang lain sudahkah?

Fiq tunduk. Dalam kesibukan menumpaskan musuh, dia tak sedar yang dia dah terbunuh si pencabul kanak-kanak. Gilbert, cikgu bahasa inggeris sekolah rendah. Serangan seksual, diugut dengan sebaran video, gambar, dan dimaklumkan kepada orang tua, menjadi punca mengapa ramai mangsa memilih untuk tidak membuka mulut. Mujur ada Detektif Wildan Aqheel yang bertindak menyelesaikan kes itu dan dibawa ke muka pengadilan. Tetapi keadilan undang-undang tidak selamanya berpihak kepada yang benar.

"Code, Pegasus. Macam mana?" Fiq bertanya melalui alat pendengaran.

"Aku..."

"Code?" Mereka menyoal serentak.

"Aku..."

Titt.

Neil Rayyan terputus hubungan dengan Cobra, dan Phoenix. Neil berdecit geram. Masa-masa ini pula perut dia memulas. Berpeluh dingin, bulu roma meremang, perut bergoncang-goncang. Sedikit masa saja lagi tercirit juga di dalam seluar. Neil Rayyan tarik nafas dalam-dalam. Topi yang tersarung di kepala, dibuka. Dengan berani, dia menjengah ke luar untuk melihat keadaan.

Sunyi.

Tidak ada satu pun lelaki bersuit hitam yang mengejari Neil Rayyan dari belakang. Agaknya itu peluang yang baik untuk dia lepaskan hajat terlebih dahulu.

Tandas lelaki dituju dengan langkah pantas. Sungguh! Dia tidak boleh menahan dirinya. Daun pintu yang tidak berkunci ditolak oleh Neil.

Glup!

Hilang terus niatnya hendak melabur apabila melihat ketulan tahi yang terapung-apung di dalam mangkuk tandas.

"Aduh! Siapa pula berak tak pandai flush ni." gerutu Neil Rayyan sambil menekup hidung.

"Budak baru? Cepat, bersihkan tandas itu sekarang. Aku nak pakai." arah seorang lelaki dari belakang Neil Rayyan.

Neil berpusing laju. "Kau rupanya. Kau ini tak penat ke kacau aku?"

"Ini Cowboy lah. Mana pernah penat punya,"

Cowboy menampar pipi sendiri. Pistol yang tersimpan di dalam kocek seluar, diambil dan di hala ke Neil Rayyan.

Neil Rayyan mengeluh kecil. Kening digaru.

"Ok, ok. Kita settle baik-baik." pujuk Neil Rayyan.

"Settle baik-baik. Habis kau ingat aku ini apa!" tempik Cowboy.

Picu pistol ditarik. Belum sempat dia hadiahkan tembakan kepada lelaki itu. Neil Rayyan menerpa ke arahnya dan menikam bahu lelaki itu. Pisau belati ditekan dalam-dalam sehingga Cowboy meraung kesakitan. Bila Neil cabut, darah merah memancut keluar. Tetapi luka itu ditekup dengan telapak tangan. Pistol cuba dicapai sebelah tangan, tetapi gagal. Neil Rayyan menendang dada lelaki itu sehingga dia terpelanting ke belakang.

Cowboy tergelak puas. Dia meluru deras ke hadapan. Tangan kiri yang mengepal penumbuk dilepaskan ke muka Neil. Neil tidak dapat mengelak. Darah merah tersembur keluar. Kepala yang terpusing akibat serangan itu, dibetulkan semula menghadap Cowboy. Kolar baju lelaki itu dicekak. Neil Rayyan menyeringai. Dia menghantuk dahinya ke dahi licin Cowboy.

Lagi dan lagi.

Sehingga kedua-duanya hanyut dalam kolam darah.

"Mati lah kau!" Cowboy menghentak tubuh Neil Rayyan di atas lantai. Lagak ahli gusti mengerjakan lawannya. Ketika Cowboy ingin menghempap tubuh itu, Neil Rayyan bangun.

Satu tumbukan padu tertuju ke pipi bulat itu.

Buk!

Cowboy berundur ke belakang. Kepalanya berpinar-pinar. Pandangan kabur kian menguasai matanya. Tidak! Dia tidak boleh kalah! Masakan dia ditumpaskan oleh lelaki kurus itu? Kurus? Bukan-bukan. Lelaki itu tidak kurus, dan tidak gemuk seperti dirinya.

Tumbukan yang diterima oleh Cowboy menyerupai benar tumbukan seorang peninju profesional.

Cowboy tersenyum hambar. Takkan lah dia anak kepada peninju itu? Kalau iya, anaknya tak kurang hebat dengan Bapanya.






TOPENG serigala dibuka. Wolf tersenyum menayang gigi emasnya kepada Uncle Grey. Sebagai pertukaran, seramai dua puluh orang pelajar sekolah tinggi itu dibebaskan. Selebihnya akan dilakukan selepas Conixrasus menyerah diri.

Kalau ingin tundukkan lelaki itu, tundukkan sekali dengan anak-anak buahnya.

Muncung pistol di hala tepat ke dahi Uncle Grey. Kerana salah faham, hancur ikatan persahabatan yang pernah terbina. Kerana termakan hasutan, dan terikut perasaan marah, jiwa yang dulu suci kini dikotori dengan dendam.

Semuanya bermula ketika mereka berusia 16 tahun pada ketika itu.










Maafkan saya! Saya dah perah otak untuk hasilkan babak aksi yang menarik. Tapi saya tak boleh nak paksa. ')

𝐏𝐋𝐀𝐘 𝐓𝐇𝐄 𝐆𝐀𝐌𝐄 [C]Where stories live. Discover now