"Tengku Noah Eskandar! Aku nak kau pilih sama ada keluar dari rumah ni atau kahwin dengan Ryana!" Ucap Tengku Zaid bergelar papa kepada Tengku Noah.
"Papa what is wrong with you?" Soal Noah, berasa tidak puas hati dengan kata-kata papa nya itu.
"Kalau kau rasa kau dah besar sangat, keluar dari rumah ni... Kenapa kau sanggup malukan keluarga kita?" Amarah Tengku Zaid sudah berada di hujung-hujung, mungkin muka kacak melayu mix Eropah Noah boleh membengkak.
"Papa cakap apa ni?! Noah tak faham." Noah menggaru kepalanya yang tidak gatal untuk tunjuk yang dia betul-betul tak faham.
"Joshua!" Tengku Zaid memanggil bodyguard berbangsa cina nya. "Tunjuk benda tu.." Arah Tengku Zaid.
"Ye Tuan..." Joshua mengeluarkan beberapa botol arak dari sebungkus beg plastik.
"Mind explain to me?" Mata Noah membulat melihat semua botol arak itu. Matanya berulang-alik melihat mama dan papa nya, rasa bersalah menyelubungi dirinya.
"Maafkan Noah... It's just.. I-i'm sorry papa.. mama..." Pandangan Noah tertunduk, diri terasa sebak. Noah sedar yang dia hanya pendosa yang hidup untuk mencari keseronokan, walaupun Noah macam itu, hatinya masih terdetik nak berubah cuma bisikan syaitan kat dia dah glory kalau dalam Mobile Legend.
"Aku tak ada anak yang memalukan... Sekarang kau pilih... Kahwin dengan Ryana atau keluar dari rumah ni.." Tengku Zaid menjerkah dan berjalan pergi.
Noah melempar satu botol kaca arak itu ke lantai, serpihan kaca mula berderai di atas lantai tapi masih tak sehancur hati Noah selepas di halau papa nya sendiri.
Beberapa hari kemudian...
"So Noah dah buat keputusan pasal apa yang papa cakap haritu?" Tanya Puan Emma bergelar mama kepada Tengku Noah. "I seriously don't like the things that happen between me and papa right now.." Puan Emma tertawa kecil melihat ragam anak bongsunya itu, ye lah dia boleh dengan selamba ayam je cakap macam itu sedangkan dia dah buat sesuatu yang memang tak boleh diterima.
"Papa nak Noah belajar dari apa yang Noah dah buat.." Ujar Puan Emma tetapi diselit dengan dengusan marah Tengku Noah.
"Mama rasa is it better for me to get out of this house?" Noah cemuh dan menghela nafas dengan kasar selepas melihat riak wajah Puan Emma.
"Fine.. I'll get out.." Noah terus berdiri sembari membasahkan bibirnya yang kering lalu berjalan pergi.
"Noah.." Puan Emma memanggilnya tetapi bayang Noah tidak kelihatan lagi.
Beberapa jam berlalu dan sekarang Noah berada di stesen minyak, bersandar di kereta BMW M4 miliknya yang di hadiahkan oleh papa nya . Dia betul-betul tak tahu nak kemana, nak pergi rumah kawan-kawan dia? Memang taklah dia nak malukan diri tinggal kat rumah kawan-kawan dia bila Noah yang selalu di gelar 'Mr. British Kaya' tiba-tiba jadi papa kedana?
Noah mengeluh dan berniat untuk mencari hotel atau motel untuk dia tinggal. Setelah dia masuk kereta, tiba-tiba suara lembut dan merdu kedengaran.. macam menjerit?
Noah melihat keluar tingkap hanya untuk melihat seorang gadis..? Wanita..? Berpakaian rapi dan tertutup serta berniqab mengetuk-ngetuk tingkap keretanya.
Noah yang tidak sanggup melihat kereta mahalnya di ketuk, dia keluar dan.. "What in the heck are you doing?!" Noah menjegil mata gadis itu, tapi Noah tak dapat tipu diri nya yang mata gadis itu cantik.. sangat cantik...
"Encik! Sebelum tutup pintu, tolong tengok orang sama... Kalau la tadi terkoyak baju saya, encik nak bertanggungjawab ke?" Gadis itu kelihatan seperti marah tetapi suaranya yang begitu lembut membuatkan gadis itu nampak tak marah langsung.
"Setakat baju murah kau ni, apalah sangat..." Noah mendengus kesal.
"Saya taknak mulakan pergaduhan kat sini... Jadi lebih baik saya pergi..." Gadis itu meminta diri dan berjalan pergi.
"Eh kau nak pegi mana? Hey come here!" Gadis itu mengeluh dan pusing ke arah Noah. "Encik nak apa lagi?" Gadis itu bertanya selembut sutera.
"Kereta aku... Got a scratch there cause of your knock..." Gadis itu menarik nafasnya perlahan dan berjalan menghampiri kawasan yang dikatakan Noah, calar.
"Encik ni ada masalah ke? Fobia? Ke penyakit yang tak boleh tengok benda tak perfect tu?" Gadis itu mengeluh dan berkata lagi. "Encik, setakat calar yang semut pun belum tentu perasan ni pun nak kena kecoh ke?"
"No, I don't care if it's just a small scratch or big scratch.." Noah tiba-tiba merampas telefon gadis itu dan menelefon seseorang.
Dring... Dring... Dring...
"Now I got your number... I'll call you bila aku nak kau belanja aku sebab dah rosakkan kereta aku..." Gadis itu mendengus tak percaya dengan apa yang lelaki sewel ni baru cakap.
"Urghh! Ikut suka hati awak lah!" Gadis itu merampas semula telefon nya dan bergegas pergi.
"Jangan lupa tukar screen protector tu, dah retak seribu boleh luka nanti!" Noah ketawa kecil melihat karenah comel gadis berniqab itu.
Hujung bibir Noah tercungkil sambil matanya tak lepas langsung dari menatap gadis itu.
"She might be the one..."
-Karya Pertama Reiné-
![](https://img.wattpad.com/cover/363815573-288-k921116.jpg)
YOU ARE READING
Permaisuri Hati Tengku Noah
Romance"I truly need you.. to be my wife..!" Ucap seorang jejaka pendosa dengan slang british nya, Tengku Noah Eskandar. "..Awak.." Suara lemah lembut milik Nur Jannah Aisya itu menerpa telinga Tengku Noah Eskandar. "I don't care if you're insisted not to...