•|LAST ROSE - 01|•

862 36 0
                                    

"ARGHHH!" Jeritan kuat kedengaran. Nafas diatur dan perlahan-lahan dia mula bangun menjatuhkan pisau yang berlumuran darah itu.

"Shit... I hate this..." gumamnya perlahan. Lelaki berusia tujuh tahun itu menyeka air mata dengan lengan baju. Darah pekat terkena pada wajahnya.

Dia segera mencapai selimut atas katil itu dan berlari keluar. Di ruang keluarga tingkat atas itu ada seorang wanita yang sudah tak sedarkan diri dengan keadaan yang begitu kotor.

"Mama..." Dia menyelimutkan tubuh mamanya yang terdedah akibat perlakuan bejat orang yang dia tikam tadi.

"Mama... Bangun... Jangan tinggal Iyan... Mama..." Dia teresak perlahan dan menggogoi memanggil mamanya itu agar segera membuka mata.

"Maa... Iyan takut..."

"Ifyan! Ifyan!" Lelaki kecil itu bangun dan segera berlari turun. Dia kenal suara itu.

"Uncle! Tolong mama! Tolong mama Iyan!"

"Hei, kenapa berdarah ni?" Ifyan tak menjawab.

"Tolong mama Iyan..." lirih Ifyan.

"Uncle tolong. Mana mama?"

"Atas..." Ifyan segera tarik tangan lelaki berusia itu naik. Tak peduli darah yang menempel itu.

"Allahuakbar!" Ifyan abai dan duduk di sebelah mamanya itu.

"Mama... Uncle datang nak tolong... Bangunlah..." ucap Ifyan. Lelaki yang bersamanya tadi menarik tangan wanita yang Ifyan panggil mama itu. Pergelangan digenggam mencari detak nadi.

"Mama Iyan dah meninggal... Mama dah tak ada, Iyan."

Tubuh Ifyan dipeluk erat. Lelaki berusia tujuh tahun itu diam sahaja. Matanya kosong. Dia seolah menjadi mayat hidup saja sekarang.

"Kuat, Ifyan... Kuat..." Ifyan tak membalas.

"Maafkan uncle. Maafkan uncle sebab lambat datang... Maafkan uncle..." gumam kata maaf terus-terusan kedengaran. Rambut panjang Ifyan yang separa dada berwarna putih itu diusap lembut.

"Mama..." kata Ifyan perlahan. Dia mendongak dengan pandangan kosong memandang lelaki itu tadi.

"Ta-tadi mama... Mama..."

"Shh... Shh... Shh... Tak apa, sayang. Uncle ada. Uncle ada dengan Iyan," pujuknya.

Ifyan menggeleng. Air mata kembali mengalir. Dia melepas paksa pelukan itu dan segera kembali ke biliknya tadi.

Pisau yang semula jatuh tak dikutip itu dia ambil dan kembali menikam tubuh kaku tak bernyawa itu berkali-kali seperti awalnya.

"ARGHHH! KAU AMBIL MAMA AKU! KAU BUAT MAMA AKU! PULANGKAN MAMA AKU! PULANGKAN MAMA!"

"Ifyan! Ifyan! Tenang, sayang! Tenang!" Pisau itu dirampas. Tubuh Ifyan dipeluk dengan erat. Tak peduli tubuh kecil itu telah berlumuran darah. Rambut putih yang ikut terkena darah itu dibelai dengan lembut. Ifyan tak berhenti meronta.

"Dia ambil mama Iyan! Dia ambil mama Iyan! Dia ambil mama! Dia ambil mama Iyan!"

"Shhh... Dah, Ifyan... Dah, mama takkan suka Iyan macam ni. Sabar..." pujuknya. Tubuh si kecil itu luruh. Kaki tak mampu berdiri lagi.

"Dia ambil mama... Dia buat mama Iyan... Mama menjerit-jerit... Mama sakit... Dia buat mama... Dia buat mama Iyan, uncle... Dia koyak baju mama... Lepastu... Lepastu dia buat mama... Mama nangis... Mama sakit, uncle... Mama Iyan... Mama Iyan, uncle... Mama Iyan..." Lelaki itu benar-benar dibuat tergamam.

"Uncle ada. Uncle ada dengan Iyan. Cry, I'm here for you." Ifyan teresak-esak menangis. Depan matanya dia melihat mamanya dipelakukan sebegitu rupa.

Setengah jam berlalu dan Ifyan sedikit tenang. Lelaki itu meleraikan pelukan dan usap lembut kepala Ifyan. Wajah cantik nan manis lelaki kecil itu dibersihkan dari sisa air mata.

"Iyan tunggu sini. Uncle kena urus semuanya." Ifyan hanya diam. Matanya kosong dan dia tak merespon lagi.

Lelaki itu mengerti dan segera berlalu pergi. Rakaman cctv saat Ifyan menikam lelaki itu perlu dihapus. Bukti perlu segera dihapus.

Mengucap panjang dirinya melihat rakaman cctv itu. Kakaknya diperlakukan bagai binatang oleh lelaki tak guna itu. Bahkan di depan mata Ifyan sendiri. Lelaki kecil itu terpaksa melihat bagaimana ibunya diperkosa. Air mata tak dapat ia tahan.

Tambahan pula dia melihat bagaimana Ifyan memberontak dan kakaknya itu berusaha menyelamatkan Ifyan. Sakit. Sungguh sakit melihat semua ini. Ifyan hampir diperkosa dan mahu menyelamatkan diri hingga mencapai pisau buah yang ada di atas meja bilik lelaki itu saat dia melarikan diri.

"Aku janji, kak... Aku janji aku akan jagakan Iyan macam anak aku sendiri. Aku minta maaf aku lambat... Aku minta maaf, kak..."

Dia teresak. Ifyan masih terlalu muda untuk semua ini. Segala bukti dipadam kecuali saat kakaknya diperkosa dan saat Ifyan hampir diperkosa. Hanya itu yang disimpan untuk bukti. Setelahnya dia berlalu kembali ke tempat Ifyan.

Si kecil itu hanya diam berdiri disamping mayat lelaki bejat itu. Tatapan Ifyan kosong. Dia mendekati Ifyan dan segera menyambut tubuh kecil yang mula rebah tak sedarkan diri itu.

"Maafkan uncle... Maaf..."







- Continue -

[C] LAST ROSE: My SufferWhere stories live. Discover now