25

49 5 0
                                    


Dia kembali ke negeri asalnya. Rumah arwah Mama dijadikan homestay. Jiran sebelah yang dipanggil Pakcik Aziz menjadi caretaker diupah Nenek untuk mengurus homestay. Dia kembali kerana rindu pada kenangan. Oleh sebab itu Pakcik Aziz telah diberitahu awal-awal supaya reservekan rumah tiga hari ini. Dia datang bersama bibik Hasanah. Nenek pinjamkan bibik untuknya sebagai peneman. Tak manis berjalan seorang dan dia dengan senang hati menerima walaupun bukan datang dari Selangor ke Perak berjalan kaki. Dalam ketar selamat juga dia memandu sehingga ke Ipoh ini. 

"Cantik rumah Ket ni. Masih bersih dan wangi" aduh bibik ni bajet rumah bau macam lipas tikus ke. Homestay Mama ni sentiasa ada penyewa terutama setiap hujung minggu memandangkan rumah terletak berhampiran pusat bandar. Tambahan pula taman ni majoriti penduduknya bumiputera,memang tenang dan harmoni.

"Mestilah Bik. Pakcik Aziz tu jaga betul rumah ni tau. Arwah Mama dulu mengajar anak-anak dia sejak dari anak pertama sampai anak keempat."keluarga Pakcik Aziz memang baik dengan kami. Malah dia tak mengambil bayaran sekiranya mengemas homestay ini tapi Nenek ada juga transfer duit sedekah sebab anak-anak Pakcik Aziz ada yang masih belajar lagi di universiti mesti memerlukan banyak duit perbelanjaan. 

"Oh begitu. Dia kerja apa Ket?" Bibik dah baring elok je di sofa. Macam dia pula yang memandu 3 jam. Rasanya mulut dia yang letih tu.

"Pencen tentera. Isteri dia saya panggil Makcik Wati kerja dengan syarikat swasta di Ipoh ni"aku bersandar di sofa single. 

"Ni Bik,saya nak minta tolong boleh ke?"

"Bisa aja Ket. Mau pertolongan apa?"bibik dah duduk tegak.

"Boleh buatkan saya kopi 3in1 kat dapur tu tak. Panas ya" mata aku letih tapi aku taknak tidur siang sebab malam nanti aku susah nak tidur.

"Ok Ket. Bisa tunggu sebentar ya Ket" bibik suka Ket,tak banyak cakap dan tak banyak perintah. Majikan sebelumnya cukup banyak perintah sehingga masa untuk makan juga terpaksa dicuri-curi. Nenek Ket juga baik hati seperti Ket walaupun banyak cakap. Akhirnya bibik pun berjangkit penyakit banyak bercakap.

Ket bangun meneliti rumahnya. Rumah ini telah Arwah Mama pindahkan ke atas namanya setahun sebelum Mama meninggal. Paklong juga ada hak tapi Paklong taknak dan dia dah beri haknya pada Ket dan Nenek.

Rumah ni dah diubahsuai ikut citarasa moden tahun lepas. Konsep minimalis jadi banyak perabot warna putih dan kelabu.Kalau ikut arwah Mama memang warna merah je kegemarannya. Mujur dinding tak dicat merah sekali. Cukuplah sofa dengan meja makan warna merah.

"Ini airnya Ket, jemput minum."bibik letak di meja makan

"Terima kasih, Bik" dia melangkah ke meja makan. Siap pakej ada biskut HupSeng ni. Sedap cicah pukul 11 pagi ni.

"Ket,Bibik mau tanya,tengah hari Bibik mau masak apa. Barangnya enggak ada dalam peti es"

"Kita tak payah masak,Bik. Kita jalan- jalan cari makan. Bibik duduk sini cicah biskut join saya sekali" Ket mencicah sekeping biskut lalu disuap ke mulut selepas membaca doa makan. Bibik akur.

"Lepas kita letak bag, simpan barang dalam bilik,kita keluar cari makan" bibik hanya mengangguk. Senang hati tak payah masak tiga hari ini. Makan maggi pun dia sanggup asal tak perlu berpanas di depan dapur.

"Kita nak makan apa ni,Ket"dia menoleh ke kiri dan ke kanan mencari parking kereta kosong. Pertanyaan bibik dia diamkan sahaja.

"Alhamdulillah ada kosong" dia terus memarkir kereta di hadapan kedai kegemaran Arwah Mama.Bibik mengekorinya turun dan masuk ke kedai. Kedai mamak rupanya.

"Bik nak lauk apa?Ayam,daging,ikan?"

"Ikan sahaja,Ket"

"Ok,bibik duduk,saya pergi beratur. "Sambil beratur dia skrol whatsapp. Ada whatsapp Faty belum dibalas. Whatsapp Nenek dan Zahir telah dibalas sebaik sahaja tiba di rumah tadi. Memaklumkan ketibaannya di Ipoh telah selamat semuanya.

[💚COMPLETED] JODOH MR.MINETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang