Waktu Isyak.
"Awak, jom solat isyak berjemaah... Nak tak?"tanya Aryani. Dirinya berasa sangat gugup dan takut untuk bercakap dengan Uwais.
Kedua tangannya bersatu untuk menghasilkan haba. Terasa dirinya diserang angin sejuk.
Jeda.
Uwais yang sedang menghadap laptop itu menatap Aryani dengan wajah dingin.
Aryani kaku.
Diam.
Uwais mengangguk. Aryani tersenyum lebar. Untuk kali pertama mereka solat berjemaah sepanjang sebulan mereka sah menjadi suami isteri.
Hatinya riang. Akhirnya dapat juga rasa. Aryani terus bergegas mengambil wudhuk dan menghampar dua helai sejadah
Uwais hanya tersenyum lalu menutup laptop. Uwais meraup kasar wajahnya, Allahurabbi.
Uwais menjadi imam buat kali pertama untuk isterinya. Dia mengangkat takbir"Allahuakbar". Aryani hanya mengikuti setiap gerakan solat Uwais.
"Assalamualaikum Warahmatullah"kepala dipalingkan ke kanan dan ke kiri memberi salam.
Usai bacaan selepas solat dan doa. Uwais memalingkan tubuhnya menghadap isterinya.
Kali ini dia terasa hatinya diselubungi perasaan bersalah.
Aryani menghulurkan tangannya untuk mengucup tangan suaminya. Dengan teragak-agak Uwais menerima. Dengan automatik Uwais mengucup kepala isterinya kembali.
"Terima kasih terima Aryani."ucap Aryani, bibir menguntum senyuman manis. Mata bertatapan dengan suaminya. Tangan suaminya dia genggam. Aku bahagia untuk saat ini.
Uwais tersentak dengan tindakan Aryani. Seketika bibirnya terasa ingin mengukir senyuman. Malu!
Bila Aryani sedar akan tindakan itu, lekas dia meleraikan genggaman. Aduh terlebih pulak.
"Maaf"pinta Aryani. Uwais tidak memberi apa-apa balasan, senyap. Kembali membaiki riak wajah dingin.
Acah aje semua!
Namun dihati Uwais hanya terkumpulnya perasaan bersalah yang teramat.
Uwais memberi senyuman kelat. Tangannya naik menggosok kepala Aryani. Mulutnya tidak mampu mengucapkan balasan ucapan terima kasih itu. Mungkin hatinya belum menerima.
"Cuba pakai niqab ni. Untuk aku"suara sahabatnya terngiang-ngiang diingatan Najla. Najla melabuhkan punggung diatas katil sambil memegang niqab yang dihadiahkan Hawa."Niqab? Aku? Aku tak layak.."ditangannya ada sepasang Niqab yang berwarna hitam. Hati rasa teragak-agak ingin memakai, juga tersimpan rasa hina pada diri.
Air jernih mula memenuhi balang mata. Terasa dirinya begitu banyak dosa yang tidak mampu diungkapkan.
Air mata bercucuran membasahi pipi gebunya. Sambil-sambil itu dia mengesat air mata, namun tiada henti air itu turun.
"Aku... Tak layak"bisik hatinya.
Ya Rabbi!
"Ini pakaian mulia... Tidak padan dengan diriku yang hina"monolognya lagi. Air mata mula menitis keatas niqab yang dia pegang.
Najla memeluk niqab itu. Kau tak patut berada dimuka aku, kau mulia. Aku hina.
"Untuk aku"suara Hawa mula bermain kembali diingatannya. Dia mengesat air mata lalu bangun dari duduk.
![](https://img.wattpad.com/cover/336199967-288-k696574.jpg)
YOU ARE READING
LOVE FROM A FAR {COMPLETE}
Fiction généraleAdam Hareezz, mengagumi seorang perempuan yang terjaga pakaiannya. Akhlaknya yang baik. Bermula sejak Sekolah Menengah lagi. Hawa Aisy, seorang yang terjaga akhlaknya. Pakaiannya. Tutur katanya. Semuanya hampir sempurna. Tidak pernah menyedari ada...