prolog

62 6 2
                                    

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Salam semua. Untuk pengetahuan kalian, cerita Muqatil ni berstatus coming soon. Untuk bab awal yang saya publish di sini anggap saja trailer atau teaser untuk kalian. Insya-Allah, dalam tahun ni juga saya akan active update untuk bab-bab seterusnya. Cerita Muqatil sudahpun ditulis 20k patah perkataan.

Krik, krik, krik, krik.

Ya, saya tahulah sikit baru 20k, tapi bagi saya bergembira dengan pencapaian ni. Hehe. *minta pelempang*

Muqatil karya Aprel

————————————

Buk!

Tubuh seorang budak lelaki tersembam ke tanah setelah ditolak oleh seseorang. Dia memegang bahu yang mulai terasa sakit.

“Keluar! Budak macam kau tak layak tinggal sorang-sorang kat rumah ni!” Halau seorang lelaki asing yang berada di muka pintu rumahnya. Kemudian dia ketawa besar diikuti oleh rakan-rakannya yang sudah berada di dalam rumah kecil itu. Pintu dihempas kasar.

Dia memandang sayu bangunan kecil yang pernah menjadi tempat berteduhnya sejak dia lahir. Ikutkan hati, mahu saja dia lawan dan ambil semula hak dia, tetapi dia tahu, dengan kudrat budak kecil sepertinya mesti akan tewas.

Perlahan-lahan dia bangkit dan berlalu dari kawasan situ. Melewati manusia-manusia mabuk dan sibuk menghidu barang terlarang hanya diabaikannya. Orang miskin sepertinya sudah biasa dengan perkara-perkara sebegitu.

Satu gerai kecil dituju untuk membeli makanan bagi melapik perut. Dari tadi perutnya asyik minta diisi. Duit sekolahnya hanya cukup-cukup untuk sebungkus nasi lemak dan air mineral. Dia mengambil tempat di belakang bangunan supaya jauh daripada manusia. Dia duduk bersila dan buka bungkusan makanan. Tangan diangkat untuk membaca doa. Belum sempat satu suapan masuk ke dalam mulut, dia dikejutkan dengan suara seseorang.

“Wah, wah. Ada budak kecil yang datang tumpang kawasan kita!”

Kelihatan sekumpulan lelaki berjalan mendekatinya. Empat orang semuanya. Seorang lelaki kurus memakai seluar koyak di lutut mengcangkung di hadapannya.

“Woi, budak. Ni kawasan kitaorang. Kalau kau nak tumpang, kena bayar.” Kasar lelaki itu bersuara. Memandang jengkel wajah budak kecil itu.

Dia pandang sesaat wajah lelaki itu sebelum meminta maaf. Apa lagi yang dia perlu cakap selain minta maaf? “Maaf, tak tahu.” Dia bangun bersama bungkusan nasinya, ingin beredar. Walaupun kehidupannya di kelilingi dengan manusia berperangai seperti itu, tidak semestinya dia lali dengan perangai samseng sebegini. Dia benci.

Tanpa memberi amaran, lelaki tadi menampar kasar tangannya membuatkan bungkusan nasi lemak itu jatuh bertaburan ke tanah. Ternganga dia dengan tindakan kurang ajar lelaki itu. Tangannya dikepal.

“Aku suruh bayar, bukan blah macam tu!” Tangannya bergerak ingin menumbuk wajah pipi kecil itu, tetapi dengan tangkas dia mengelak dari serangan. Satu tumbukan dihadiahkan pada perut lelaki kurus itu. Kuat tak kuat, terdorong juga lelaki itu ke belakang.

Ketiga-tiga kawan lelaki kurus itu mara ingin belasahnya setelah tewaskan ketua mereka. Jantungnya berdegup pantas. Budak lelaki berumur 10 tahun sepertinya tiada kudrat mahu lawan seramai ini.

Seorang lelaki berbaju tanpa lengan menendang perutnya sekuat hati. Badan kecil itu terpelanting sehingga belakang badannya menghempap dinding bangunan. Matanya terpejam sesaat, menahan kesakitan pada abdomennya.

“Lawanlah balik, tadi hebat sangat!” Lelaki tadi bersuara, bergerak untuk belasahnya lagi. Tangan lelaki yang ingin menamparnya terhenti sesaat apabila satu suara menegur.

“Jangan kacau budak tu!”

Dengan bersusah payah, dia berusaha cuba melihat figura yang berdiri tidak jauh dari mereka. Lelaki itu berpakaian jaket kelabu gelap bersama sarung tangan di tangan. Keempat-empat lelaki samseng beralih pandangan ke arahnya.

“Woi budak, kalau kau tak nak kena macam dia ni, jangan kacau hal kami.” Lelaki tadi tersenyum mengejek.

Tanpa berkata apa-apa, lelaki berjaket itu terus membuka langkah dan memberi satu tendangan pada wajah lelaki samseng tadi. Tidak cukup dengan itu, tendangan di perut dihadiahkan seperti mana lelaki itu buat pada dia. Yang lain tergamam ketika kawan mereka ditumpaskan dengan begitu senang sekali.

“Kurang ajar!” Salah seorang dari mereka berlari ke arah lelaki jaket. Lelaki berjaket itu bergerak menghabiskan sisa lawannya yang tinggal. Dalam sekelip mata, sekumpulan lelaki samseng sudah rebah ke tanah.

Tercengang budak kecil itu melihat tubuh mereka sudah tidak bergerak. Lelaki itu dipandang sekilas. Jejaka itu berjalan mendekatinya yang masih mengerang kesakitan akibat tumbukan lelaki samseng tadi.

Tangan kanan lelaki itu dihulur hadapan wajahnya.

“Kau okey?”

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 26 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

muqatilWhere stories live. Discover now