Pftttt!
Makanan daripada dalam mulut Puan Ashikin terkeluar semula. Masin!
"NUR AASHA ERLYNA BINTI ASHRAFF ERLAN!! MARI SINI KAU!" Jerkah Puan Ashikin dengan nada yang kasar.
Adik kepada Aasha Erlyna, Aisha Erysha. Aisha Erysha yang berada di samping Puan Ashikin itu tersenyum sinis dan jahat. Dalam hatinya tergelak jahat. HAHAHAHAHAHAHA! Biar padan muka kau, habis mama kerjakan kau nanti!
"Y-ya mama? Kenapa mama? Min-minta maaf Sha dekat atas tadi. Nak ambil baju kotor dalam bi-bilik.." Tergagap-gagap Aasha menjawab panggilan mama daripada aras bawah.
"Mari sini kau! Kau masak apa ni setan?! Kau memang nak bagi aku darah tinggi ke ha?!"
"Ha? Kenapa mama? Tak sedap ke mama? Sha minta ma-" Belum sempat Aasha menghabiskan ayatnya, Puan Ashikin telah pun menyumbat lauk masin tersebut dengan kasar me dalam mulut Aasha.
Uhuk! Uhuk! Uhuk!
"Haaaa biar kau rasa sedap ke tak makanan kau. Sedap ke ?"
Air mata Aasha mengalir ke pipi. Dalam hatinya memikirkan ibu kandungnya sendiri tidak sayangkan dirinya. Tidak layakkah dia untuk merasakan kebahagiaan?
Lalu mereka semua meninggalkan Aasha seorang diri di ruang dapur itu. Sempat lagi Aisha menayangkan senyuman jengkel kepada kakaknya.
"Ya allah, kuatkanlah dan tabahkanlah hatiku untuk hadapi ujianmu ya allah." Doanya dalam hati.
YOU ARE READING
Her Sweetest Duda
RomanceTengku Zyan Tristan X Nur Aasha Erlyna 💌🌹 "Aw-awak, to-tolong saya." - NUR AASHA ERLYNA "Shh, don't cry. I'll help you.. Please calm down." - TENGKU ZYAN TRISTAN Tengku Zyan Tristan - Jejaka yang berumur 26 tahun berkacukan Mexico yang mempunyai...