PROLOG

12 1 0
                                    

"THERE! There! And There!"

"Baik Cik..." Ucap tiga orang wanita yang berpakaian formal itu dengan tunduk hormat. Pantas langkahnya melangkah ke arah tempat yang di tunjuk oleh Tuannya.

Punggungnya dilabuhkan di kerusi khas utk pelanggan kedai tersebut sebagai tempat untuk mencuba kasut-kasut yang dipamirkan.

Seorang wanita yang berlari ke atas timur sampai dahulu dan diikuti yang lain sambil memegang sepasang kasut yang unik dan pastinya berharga beribu ribuan.

Dia mengambil sepasang kasut itu dan mencubanya. Berjalan kesana kemari sambil melentikkan tubuhnya.

"Hurmm... Nice. And okey... Bawa ke kaunter."

Matanya kembali ke dua pasang lagi kasut pada tapak tangan kedua-dua wanita dihadapannya.

"Look nice... and... okey put it on counter..."

Usai pembayaran tiga pasang kasut dibuat. Dia keluar dan pergi ke bahagian yang menjual tudungnya.

"As business women, I need update my outfit." Ujarnya perlahan.

Pantas kakinya melagkah masuk ke dalam butik tudung muslimat paling eksklusif di dalam mall tersebut.

Tudung diambil dan gayakan ikut citarasa. Tidak terlampau kreatif sampai membelit tekak. Tapi, hanya tampak sweet dan kemas dipandang.

"Cik tudung ini sesuai digayakan seperti ini." Cadang seorang pelayan yang kecil molek dan bertudung sambil tangannya dihalakan kepada poster utama dimana seorang model mengayakan tudung dipegang dengan lilitan yang sangat sukar dan dia rasa nak muntah bila ada dan terlihat terang ada cerutan pada bahagian tekak.

"No sorry. I have my taste." Ujarnya.

Lalu dia mengambil lagi beberapa tudung yg sesuai, termasukklah shawl dan bawal. Dan dibawa ke kaunter. Untuk swipe kad dan pergi. Salah seorang dari pembantunya juga akan membawa tudung-tudungnya.

Dalam melintasi outlet-outlet di dalam mall tersebut, dia terpandang sebuah outlet yang menjual pelbagai bentuk jam antik dan dia berasa hairan.

"Macam mana kedai jam antik mampu bertapak dalam mall?" Gumamnya kehairanan.

Lalu kakinya melangkah masuk kedalam outlet tersebut. Tidak semena-mena semua bentuk jam didalam outlet tersebut mengeluarkan deringan yang bingit dan bising.

'Ringgg!'

'Ting! Tong!'

'Tang! Tan!'

'Dringgg!'

Kepalanya mula berdenyut dan pening. Jari-jemarinya mula memicip pelipisnya bagi mengurangkan pening. Tetapi, kepalanya mula memberat dan tengelam. Dia mula berlutut seperti dia sedang menggangkat batu besar yang sedang mengenelamnya ke dalam pasir dan hilang ditelan pasir.

'Dring...'

"Argh bising lah!!"

Lalu matanya dibuka. Masih pening. Mata dipejam kembali dan loceng jam masih berdering.

Pejam celik, pejam celik.

Terlihat syiling putih dihapadannya.

"Mimpi ke... hurmm... ingat dah kaya..."

Matanya digosok berkali-kali. Kantuknya masih tersisa. Jam yang masih bordering dibiarkan. Jam menunjukan pukul 7.30 pagi. Lagi setengah jam di perlu berada di pejabat bagi meneruskan rutin harian yang normal.

Jam loceng di tutup satu persatu. Walau pun dia sudah menyampah dengan semua jam loceng, dia tetap bersabar. Tanpa jam-jam ini semua dia tidak akan jadi wanita bekerjaya.

Rutin harian yang saban hari dia lalui bagi mencari sesuap nasi dan memenuhi keinginan nafsu dihati. Bosan? Siapa tidak bosan? Nak tak nak hidup mesti diteruskan. Kebahagian perlu dicari. Tangunggan perlu disara. 

RESET WITH MEWhere stories live. Discover now