SEDARI tadi tidak henti henti Alaia melepaskan bersinnya. Wajah gusar orang setiap orang di situ membuatkan Alaia simpan senyum dalam diam. Dia rasa disayangi..
"Laya okay lah , bonda." Alaia meyakinkan. Ibu bapanya dikerling.
"Adik , panggil bangngah turun." Si ibu kedengaran memberi arahan pada si anak. Si anak serba salah.
"Er.. tapi bonda. Bangngah tak nak turun."
"Arahan bonda. Lekas! Along , you heard me. Tolong adik panggil bangngah turun , suruh dia minta maaf dengan Laya." Tegas suara wanita itu memberi arahan. Dari ekor mata Alaia dapat menangkap dua sosok tubuh itu menghilang dibalik kamar itu.
"Maaf ya , abang Am , kak Na. Bangngah tu memang nakal." Tidak putus ucapan maaf itu meniti di ulas bibir puan Naurah. Kesal benar dengan perbuatan puteranya itu. Memalukan sungguh!
Encik Adam dan Puan Husna berpandangan sesama sendiri sambil tergelak kecil. Kepala digeleng kecil.
"Tak apa , Naurah. Nuh pun mesti tak sengaja tu tertolak Laya.." Alaia gigit isi pipi mendengar prasangka mamanya.
"Betul tu , kalau tidak tak akan lah Nuh cemas sangat tadi. Ye tak?" Celah Encik Adam pula.
Daun pintu diselak sedikit itu membuatkan semua mata jatuh pada gerangan yang sedari tadi menjadi topik bualan mereka.
"Yes , bonda?" Suara garau itu menyoal lembut. Sempat Alaia di katil dikerling. Tak ada pula gayanya macam tenat sampai dia perlu memohon maaf.
"What is that? 'Yes bonda?'" Garang suara itu memerli.
"Bangngah... look what you have done." Lembut tapi terselit ketegasan pada bicaranya. Hael masih begitu. Cuma diam. Seketika barulah Hael kembali bersuara dan mengatur langkah mendekati bondanya.
"Bonda." Lengan itu dipaut. Melihat wajah serius bonda buat Hael mengeluh.
"Papa , mama." Wajah Encik Adam dan Puan Husna pula menjadi perhatian Hael.
"Nuh minta maaf. Nuh betul betul minta maaf atas apa yang jadi pada Alaia. Nuh mengaku , salah Nuh." Tersenyum Encik Adam dan Puan Husna mendengar permohonan maaf Hael. Yakinlah mereka yang ura ura yang mengatakan Puan Naurah seorang ibu tunggal yang bijak mendidik putera puteranya bukan cuma omong kosong. Lihat saja dari cara Hael memohon maaf dan kelakuan anak anak lelakinya. Sopan!
"Come , Nuh." Encik Adam menggamit Hael mendekat. Bahu Hael dipaut.
"Tak apa. Mama dan papa tak marah , benda dah jadi. Nuh pun tak sengaja." Kepala Hael diusap Puan Husna lembut.
"Minta maaf sekali pada Laya." Dari nada bonda , Hael tahu itu bukan permintaan tapi itu adalah sebuah arahan.
Katil yang menempatkan Alaia didekati. Tangan dihulur.
"Sorry." Ringkas. Pendek. Padat.
Alaia angkat mata memandang Hael. Pandangan yang cukup hanya mereka yang tahu.
"Hey , minta maaf apa macam tu je? Bangngah ingat Laya kawan kawan bangngah ke?" Mahu saja Hael melepaskan keluhan tapi mengenangkan wanita itu adalah bondanya ditahankan saja.
"Jadi? Bangngah nak kena minta maaf macam mana , bonda?" Lembut Hael bertanya.
"Hug Laya , sayang." Puan Husna pula mencelah.
"Laya tu kan dah macam adik bangngah." Tanpa banyak bicara tubuh kecil Alaia dirangkul Hael.
"Aku minta maaf." Datar tapi masih jelas.
"Ehem!"
"Abang ngah minta maaf." Alaia simpan senyum dalam rangkulan Hael.