LENSA kamera sedari tadi tidak lepas dari sosok tubuh yang baru sahaja menapak masuk. Potongan dress yang jelas sempurna pada tubuh itu cukup buat semua mata tertumpu padanya.
She's a main character.
She is .. Alaia Z.
"Laya , betul ke khabar angin yang mengatakan you sedang hangat bercinta dengan Brian? Betul ke ura-ura mengatakan yang you dan Brian bercinta semasa di set penggambaran untuk drama terbaharu you guys?" Soalan yang tidak asing itu membuatkan bibir Alaia mengukir senyum nipis. Sudah biasa dilontarkan dengan soalan soalan seperti itu dari wartawan wartaman yang menemucaranya.
"No." Alaia senyum.
"Saya dan Brian cuma rakan baik. Tak ada istilah kami bercinta di set penggambaran seperti yang dikatakan. Lagi pun kami rapat atas urusan kerja. No more than that." Alaia menjawab soalan jelas dan sopan.
"Second question?"
"Sure." Alaia angguk memberi kebenaran.
"Acap kali nama you terpalit dengan kontroversi yang melibatkan you dan beberapa actor yang pernah berkerjasama dengan you. Apa pendapat you? Adakah ianya betul atau tidak?"
"Nope. Macam saya cakap tadi. Saya dan pelakon pelakon lain cuma berkawan dan rapat untuk mempromosikan hasil kerja kami. Saya anggap mungkin chemistry kami jadi lah ya? Sebab itu ramai yang beranggapan kami bercinta." Alaia sengih. Sering mendengar peminat peminatnya meminta dia dan pelakon lelaki yang pernah berkerjasama dengannya untuk benar benar menjalinkan hubungan cinta.
"Last question , Laya."
"Yes?"
"Memandangkan sekarang nama you sedang melonjak naik , ramai peminat peminat lelaki you yang nak tahu. Apa sebenarnya ciri ciri lelaki idaman you. Boleh you kongsikan?" Alaia kunci mulut untuk beberapa saat sebelum dia tertawa kecil.
"Hardworking , gentlemen and family person. That's all."
"I GONNA MISS YOU , AARON." Aaron tersenyum mendengar luahan hati si kekasih. Hidung Alaia dicuit manja. Haih .. Alaia ..Alaia..
Kini mereka sedang berada di apartment Alaia. Sudah menjadi rutin , selepas pulang bekerja Aaron akan datang untuk meluangkan masa bersama kekasih hatinya.
"No worries, baby. I'll make time for you okay?" Rahang Alaia diusap lembut. Alaia senyum. Sayangnya membuak buak buat Aaron.. tapi.. hubungan mereka ..
Deringan telefon bimbit Aaron buat adegan mesra mereka terhenti di situ. Nama pemanggil yang terpampang di skrin telefon bimbit Aaron buat raut wajah Alaia berubah muram.
Ini yang dia maksudkan hubungan mereka terlarang.
"Hello Qasha.." Aaron menjeling Alaia. Sepasang mata yang merenungnya itu buat Aaron senyum tipis. Perlahan , tangan Alaia dicapai dan diusap lembut.
"Alright. Kejap lagi I balik okay? Need anything?" Lembut suara Aaron bertanya pada si pemanggil. Alaia cuma diam. Apa yang dia mampu lakukan? Sejak awal Aaron memang bukan miliknya seorang.
"Okay wife." Panggilan diputuskan di situ. Tautan tangan mereka dileraikan. Sempat kepala Alaia diusap lembut sebelum tubuhnya bangkit dari sofa empuk itu.
"Got to go , baby." Langkah diatur menuju ke pintu utama apartment mewah milik Alaia. Pautan pada lengannya buat langkah Aaron terhenti.
"Yes?" Wajah cantik Alaia dicari.
"Tak boleh ke kalau I nak you untuk I seorang je , Aaron? Tamak ke I?" Soalan Alaia buat Aaron kelu di situ. Hilang kosa kata untuk membalas soalan Alaia.
"Alaia.." Kedua lengan Alaia dipaut lembut. Aaron hela nafas berat sebelum mengatur bicara.
"Jangan buat I macam ni , please? You tahu kan? Qasha tengah pregnant? I tak akan tinggalkan Qasha , Layaa.."
"So kalau Qasha tak pregnant? You akan tinggalkan dia untuk I?" Alaia menyoal lagi. Ya. Dia tahu dia jahat. Dia tahu ini semua salah tapi .. dia sudah terlanjur mencintai Aaron.
Aaron terdiam.
"No.." Aaron geleng.
"I sayangkan Qasha." Alaia hampir tercengang mendengar bicara Aaron.
"How .. how about me..?" Teragak agak Alaia bertanya.
"Of course , I love you too. But I cant choose Layaa. I love both of you. I cant .. just dont ask me again about this." Bukan cuma Alaia yang tamak , tapi dia juga. Dia juga mahu kedua duanya. Dia sayangkan dua dua. Dia perlukan Qasha dan Alaia dalam hidupnya.
"I dont want to be your little dirty secret , Aaron." Lengan Aaron dicengkam perlahan. Mata bundar Alaia menatap mata coklat milik Aaron lama. Mohon pengertian dari lelaki itu. Aaron kelu. Dia mengerti apa yang Alaia rasa. Dan dia juga tidak mahu terus terusan merahsiakan hubungan mereka , tapi untuk mempamerkan hubungan mereka pada satu dunia bukan satu hal yang mudah buat lelaki yang bergelar suami orang seperti dia. Ada hati yang perlu dia jaga , tambahan lagi isterinya itu sedang hamil anak pertama mereka.
"I know.. baby." Lengan Alaia diusap lembut.
"I pun tak nak terus terusan macam ni. But you need to understand me , Alaia. I'm married. I suami orang Alaia. It's not easy for me to make it. I ada air muka keluarga yang perlu I jaga , air muka you , the most important thing is my wife's feeling. She's pregnant. I tak nak apa apa jadi dekat anak I."
"You love her that much , Aaron?"
"Alaia , please." Alaia angguk. Seharusnya dia perlu sedar kedudukannya. Sudahlah merampas suami orang , berangan pula mendapat tempat pertama dalam hati Aaron.
"You balik lah. Kesian Qasha lama dia tunggu you nanti." Pintu utama itu dibuka sebelum dia mengiringi Aaron untuk pulang. Sudah menjadi kebiasaannya. Cuma hari ini tiada senyuman yang menghiasi bibirnya , yang tinggal cuma wajah tanpa secalit senyuman. Melihat itu tangan halus Alaia dicapai.
"I balik dulu." Kekura tangan Alaia dikucup lembut. Lama. Sebelum tubuh Alaia ditarik dalam pelukannya.
"I'm sorry. I love you , Alaia." Ubun ubun Alaia dicium. Alaia cuma diam. Cuma matanya terpejam merasakan ciuman hangat Aaron diubun ubunnya.
"Nah sokay.. I'm sorry too Aaron." Alaia rengangkan pelukan mereka sebelum bibirnya mengukir senyum palsu.
"Balik lah.. she need you." Ujarnya tanpa nada. Hilang saja kelibat Aaron , Alaia berura ura untuk menapak masuk sebelum langkahnya mati di situ selepas disapa satu suara garau.
"No wonder you prefer staying alone." Alaia pusing. Sepasang anak mata berwarna hazel brown itu tepat memandangnya. Pandangan Alaia yang tadinya tajam berubah lembut. Alaia kalah dengan sleepy eyes milik lelaki itu. Wajah Hael jelas menunjukkan yang lelaki itu letih , tapi kalau tahu letih buat apa lelaki itu singgah di sini?
"What are you doing here , Nuh?" Soalanya lurus. Malas mahu berkias kias.
Hael hulur bungkusan di tangannya.
"Papa dan mama minta aku hantarkan." Huluran Hael disambut sebelum wajah tampan milik Hael dipandang lama.
"Nuh , you tak akan beritahu.." Bicara Alaia dipotong Hael.
"Its none of my business, Alaia." Ringkas.
Alaia terdiam mendengarnya."Thanks , Nuh." Hael tidak memberi sebarang reaksi. Tanpa sepatah bicara langkah diatur untuk pulang.