HE'S| BAB 8

55 4 0
                                    

Setelah menyiapkan semua jualan kuihnya hari ini, dia berlalu pergi ke luar rumah untuk mengatur segala meja. Tapi tidak dia sangka Maira sudah berada di luar rumahnya ketika dia membuka pintu.

"Ehh... Awal pula kau datang," kata Elya sembari mendekat ke arah meja, untuk dia angkat. Tapi matanya tertuju pada Maira.

"Hmm... Tadi aku bangun awal lepas aje solat subuh aku tak boleh nak tidur, disebabkan aku bosan aku datanglah nak tolong kau," jelas Maira. Elya anggukkan kepalanya.

Meja lipat yang berada di tepi rumah itu dia gapai lalu mengangkatnya ke tempat biasa dia menjual. Maira membantu sekali, tiba-tiba dia ingin menceritakan sesuatu.

Tapi melihat Elya yang sedang sibuk mengatur segala jualannya menanamkan saja niatnya itu terlebih dahulu. Dia tidak ingin Elya hilang fokus hanya kerana cerita yang ingin dia beritahu ini.

"Tolong jaga kejap ehh... Ku nak ambil kuih aku dekat dalam." Maira angguk.

Terus saja Elya berlari anak masuk ke dalam rumah untuk mendapatkan kuihnya. Setelah masuk ke dalam rumah dia pelik melihat ruang tamu tidak dihuni oleh sesiapa, matanya meliar mencari sosok sang ayah. Tidak ada.

Pelik menguasai dirinya. Mana Ayah ni?

Dia yang baru saja sedar tidak melihat ayah dari subuh lagi mulai risau, hatinya mula takut. Niat awal yang mahu mengambil kuih saja kian berubah untuk mencari sang ayah ke dalam bilik.

Sampai saja depan pintu bilik sang ayah dia ketuk.

Tuk! Tuk!

"Ayah," panggil Elya dari luar.

Namun panggilannya itu tidak ada jawapan, makin tersemat ketakutan dalam dirinya. Dia memulas tombol pintu, tidak terkunci.

Pintu terus saja dikuak dengan perlahan, terlihatlah sang ayah yang terbaring di atas katil. Tidak tahu bernyawa ataupun tidak dia mendekat. Badan sang ayah dia goyangkan sedikit.

"Ayah," panggil Elya, tidak bangun. Hatinya mulai risau.

Dia goyangkan lagi sedikit kuat, "Ayah," panggilnya lagi sekali. 

Jelas air mata ingin jatuh apabila tidak ada jawaban dari sang ayah. Badan ayahnya terus dia goyang.

Tiba-tiba mata si ayah terbuka dengan perlahan, hatinya tadi yang penuh dengan perasan risau kian menghilang. 

"Ehh Lya kenapa ni?" soal si ayah, bingung dia melihat anaknya seakan ingin menangis. Badan dia bangunkan dan bertukar posisi menjadi duduk.

Elya mengusap air matanya yang sudah mahu jatuh,  ingin menutupinya. Senyuman dilakar.

"Tak, cuma nak kejut ayah bangun. Dari subuh lagi Lya tak nampak batang hidung ayah itulah Lya kejut ayah dalam bilik ni," jelas Lya, ayahnya angguk.

Uhuk! Uhuk! 

Batuk menyerang tekak si ayah tiba-tiba. 

"Kejap Lya ambilkan air." Tanpa berfikir panjang Elya terus saja bergegas mengambil air ke dapur. 

Ayahnya ditinggalkan sendiri di dalam bilik, dia yang berada di dapur ingin mengambil air mendengarkan namanya diseru oleh Maira dari luar rumah. 

"Lya oii! Kuih hang mana? Orang kampung dah tunggu ni nak beli," kata Maira, melihat orang kampung yang berkumpul untuk membeli kuih buat dia tidak enak badan.

"Kau masuklah ambil kuih aku ni aku nak urus ayah aku kejap," ujar Lya dari arah dapur. Terus saja Maira menanggalkan selipar jepunya dan melangkah masuk.

Berjalan separuh langkah mereka berdua bertantangan mata,

"Kau urus jualan aku kejap, aku nak tengok ayah aku ni," arah Lya, tanpa bantahan Maira angguk tapi dalam hatinya tidak dia tahu kalau dapat dia uruskan seorang diri melainkan hanya bisa pasrah.

𝐇𝐚𝐩𝐩𝐲 𝐄𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠'𝐬 | HIATUSWhere stories live. Discover now