Malam tanpa sinaran kerlipan bintang yang menghiasi dada langit . Jeritan hujan yang gigih melontarkan suara dicampur dengan bingitan suara manusia yang tidak jemu mengeluarkan kata - kata telah membuatkan suasana kelas menjadi sebuah pesta .
"Hish , diamlah ! " Marah gadis itu .
Mukanya yang putih susu dipadankan dengan mata obsidian yang berkilau - kilauan telah menyerlahkan kecantikan yang dia miliki menjadikannya seperti sebuah tomato akibat emosi yang tidak tertahan. Suasana kelas menjadi sunyi sepi sekelip mata selepas dimarah oleh gadis itu yang mengenakan tudung berwarna biru laut serta dipadankan dengan baju berwarna biru pekat dan tracksuit Hiram . Tidak sampai berapa minit , suasana kelas menjadi pesta semula. Keadaan tersebut membuatkan gadis itu mengeluh . Moodnya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan telah hilang dibawa oleh bayu suara rakan. - rakannya. Badannya direnggangkan bagi menghilangkan lenguh selepas berjam - jam bertapa di atas kerusi. Matanya yang layu disegarkan dengan pemandangan yang terbentang di sebalik luar tingkap hadapannya. Pemandangan padang yang ditelan oleh kegelapan disertai suasana malam yang disinari kerlipan lampu membuatkan bulu romanya menegak. Jeritan hujan yang tidak henti mengeluarkan suaranya sebentar tadi menukarkan suaranya menjadi mendayu - dayu .
Gadget Dan suasana rumah memenuhi ruang minda gadis itu buat sementara waktu . Telah menjadi sebuah lumrah bagi seorang pelajar asrama yang tidak pernah sepi dengan perasaan rindu . Bagi gadis itu yang merantau beribu - ribu Batu bagi menimba ilmu menyebabkan perasaannya lebih kuat daripada biasa. Matanya yang fokus melihat jalan raya di lalui oleh kenderaan yang tidak putus berulang - alik di tumpukan pula pada sebatang lampu jalan di tapak perhimpunan sekolahnya.
Matanya menangkap kelibat bayang - bayang yang menyerupai bentuk manusia sedang berdiri di bawah tiang lampu itu . Tiang lampu dipandang sekali lagi tetapi tiada apa di situ . Perasaan aneh yang menyerbu membuatkan gadis itu menumpukan sepenuh perhatian pada tiang lampu itu . Setelah beberapa minit berlalu , tiada apa yang ditangkap oleh pandangan matanya. Perasaan aneh dibuang kemudian tugasannya yang tergendala di sambung .
Ketika pen sedang menari- nari di atas kertas , perasaan diperhati mengganggu kontrensasi gadis itu . Kepala yang mengambil aksi sebelum mindanya berfungsi ditoleh kiri Dan kanan bagi mencari mata misteri itu . Suasana kelas yang sedang berpesta sahaja memenuhi ruang mata Gadis itu . Tiada apa yang dirasakan ganji . Tanpa menghiraukan perasaannya sebentar tadi , batang pen di sambung menari . Tiba - tiba ... Klak !!
" Aduh ! Black out lah pula "
" Kora- "
Kata - katanya terhenti sebalik sahaja melihat keadaan kelas yang sunyi - sepi tanpa bayangan manusia .
" Mana diorang ni? " Soal hatinya.
Meja di kemas sebelum keluar dari kelas untuk pulang ke dorm .
" Dah masuk dormlah tu " Teka gadis itu setelah matanya melihat angka jam 10 .
Kelas malam yang diadakan setiap malam berakhir pada jam 10 malam . Oleh itu , tidak hairanlah kelas tiada penghuni pada setiap pukul 10 malam . Jalan pulang ke dorm perlulah melalui tapak perhimpunan yang sunyi sepi . Namun , Tapak perhimpunan pada malam itu lebih seram daripada biasa kerana dipenuhi kabus yang gigih merangkak memenuhi setiap penjuru tapak perhimpunan . Hatinya berdebar - debar dengan rancak ketika melihat suasana itu . Nafas ditarik Dan dihembus berulang - ulang Kali bagi mengurangkan debaran sebelum berjalan melalui tapak perhimpunan.
Suara kilat menjerit yang menyambut gadis itu setelah badannya diperangkap oleh kabus . Jantung yang seperti ingin terkeluar dari dada disertai jeritan kecil yang menyahut sambutan sang kilat . Langkah dipercepatkan tanpa memikirkan debaran jantung yang ingin pecah . Rintik - rintik hujan yang menimpa baju tidak dapat melegakan debaran jantung yang menyanyikan lagu rock . Langkah diteruskan sehingga perasaan penat menguasai diri gadis itu .
"Kenapa tak sampai - sampai lagi ni?! " ujar gadis itu cemas .
Badan direhatkan sebentar sebelum langkah diteruskan. Sinaran cahaya yang menyerbu pandangan mata Gadis itu menyebabkan gadis itu berlari ke arah cahaya tersebut dengan perasaan gembira bercampur lega . Pemandangan yang aneh menyambut kedatangannya di sebalik penghujung cahaya . Bangunan dorm yang sepatutnya menyambutnya tidak kelihatan malah diganti dengan bau - bauan daun hutan . Sinaran cahaya bulan yang sedang memancar telah membantu penglihatannya untuk mengecam keadaan sekeliling . Perasaan cemas menguasai diri gadis itu apabila melihat dirinya di kelilingi pokok - pokok seperti berada di dalam hutan . Mata tanpa henti melihat sekeliling . Sinaran cahaya Bulan aneh berwarna merah terang disertai bunyian unggas sahajalah yang menyapa derianya .
Sak !! Sak !!
YOU ARE READING
Time Travel Girl
Viễn tưởngSeorang pelajar berasrama Yang merentasi masa ke suatu tempat misteri . Fantasy ?? Merepeklah ! . Fantasy tak wujud ! . Iya hanyalah rekaan hiburan untuk kanak - kanak abad ke 21 . Tapi apa Yang sedang berlaku kepada dirinya . Adakah dia dapat kemb...