𝙱𝙰𝙱 1 ❤︎

9 0 0
                                    

𝚖𝚞𝚜𝚒𝚌 𝚝𝚑𝚎𝚖𝚎 : 𝚈𝚊𝚗𝚐 𝚝𝚎𝚕𝚊𝚑 𝚖𝚎𝚛𝚎𝚕𝚊𝚔𝚊𝚗 𝚖𝚞 - 𝚜𝚎𝚟𝚎𝚗𝚝𝚎𝚎𝚗

------------------------------------------------------

  SUARA esakan yang berlalu di pendengaran Thaqiff Rayyan menyebabkan dirinya berhenti melangkah. Puas mencari suara itu , mata Thaqiff tertumpu ke arah seorang pelajar sekolah rendah yang sedang menangis bersendirian . Thaqiff yakin , itulah suara esakan yang baru sahaja singgah menyapa di telinganya sebentar tadi.

Thaqiff Rayyan membawa langkahnya ke arah pelajar itu , yang bertempat di perhentian bas dan bersebelahan Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Pertama.

"dik ?" Sapa Thaqiff dengan lembut.

"Kenapa menangis ? cuba cerita dekat abang."

Thaqiff mengambil tempat bersebelahan dengan pelajar itu.Mata Thaqiff tertumpu ke tanda nama , Dia membacanya dalam hati sepintas lalu, 'Danish Idzham'

"Takdepape bang,saya okay je"

Dengan perlahan Thaqiff menggeleng , matanya menatap air mata yang masih mengalir di wajah Pelajar itu.

"Tak. Danish tak okay , luah lah mana tahu lega." Pujuk Thaqiff dengan lembutnya.

"Saya cuma...rasa nak pergi jauh dari semua orang,letih sangat bang nak hadap semua ni" Perlahan Danish menutur sambil memejam mata dengan rapat.

"Boleh ke bang saya nak bunuh diri?"Soal Danish lagi,kini Danish memandang tepat wajah Thaqiff yang sedang memandang redup kepadanya.

Thaqiff yang tersentak mendengar kalimah 'bunuh diri'  laju jari telunjuknya diletakkan di bibir lembut Danish.

"Shh...tak boleh, jangan cakap macam tu , bunuh diri bukanlah satu jalan penyelesaian yang terbaik. Abang faham danish penat kan? rehat danish. Jangan mengalah dengan dunia yang kejam ni. Lagipun awak tu masih muda lagi , panjang lagi perjalanan."

"Habistu apa je lagi jalan yang ada untuk saya lagi?Saya dah tak ada tempat untuk meluah.Saya dah hilang segalanya.Sakitnya bila saya anggap perkara tu berkekalan tapi malangnya semuanya hanya sementara," Danish menjawab dengan lemahnya.Semakin rapat dia memejam matanya.Terlalu sakit untuk melihat realiti.

"Banyak, terlalu banyak jalan yang danish masih ada. Dengan meluah pun satu cara yang lebih baik daripada membunuh diri," Ucap Thaqiff sambil mengusap kepala danish dengan lembutnya.

Danish tersenyum kecewa, "Perlu ke saya meluah? sedangkan saya selalu diajar untuk menjadi lelaki yang kental."

" Perlu. sebab lelaki tetap manusia jua , Danish. Fitrah setiap manusia untuk rasa sedih dan rasa penat.Tak ada siapa yang dihalang untuk menangis, cumanya kita perlu bangun semula selepas kesedihan."

Mendengar balasan Thaqiff, membuatkan kembali bertakung air mata Danish. Dengan perlahan air matanya menitis di pipi.

"Saya gagal dalam peperiksaan.Ibu saya malu dengan saya," Ujar Danish sambil  menunjukkan kertas yang berisi rekod peperiksaannya.

Thaqiff menyambut kertas itu sambil tersenyum, dia memusingkan badan Danish agar berhadapan dengannya."Tak,Danish tak gagal,cuma belum sampai rezeki danish je."

"Saya gagal,mulut ibu saya sendiri yang cakap bang , dia siap cakap depan cikgu kelas saya lagi. Saya malu." Tapak tangannya ditekapkan ke mukanya,hanya tinggal kedengaran bunyi esakan tanpa ucapan.

"Boleh abang tau apa yang ibu awak cakap? Abang minta maaf  kalau pertanyaan abang ni boleh buat danish terguris hati" Thaqiff menyoal dengan berhati hati.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 04 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HANYA SEMENTARA Where stories live. Discover now