Bab28

48 5 0
                                    

"What!!!"suara qaid naik seoktaf... tidak percaya dengan apa yang didengarnya..dia salah dengar ke??ke dia ni pekak??ataupun telinga dia tersumbat??..Ahh sudahhh...pening dia dibuatnya.

Matanya mencerlung tajam ke arah perempuan yang berada di depannya...rasa amarahnya berada di tahap yang kemuncak..tinggal tunggu untuk meletup je,lepas tu bertukarlah jadi arel.

"Stop making drama!!"tegas qaid berkata, matanya masih mencerlung tajam ke arah Qayra yang masih berada dalam mood dramanya.

Dah lah dia penat...balik-balik je nak hadap muka minah yang perangkap dia ni... serabut betul kehidupan dia, group afilado pun ada masalah...reputasi syarikat Qai empire lagi... lepas tu pasal si Xavier.Ini semua pasal perempuan yang berada di depan dia lah ni.

Kalau boleh memang dia nak bunuh je perempuan di hadapan dia ni hidup-hidup..pencetus masalah lah boleh dikatakan.

"Kahwin dengan qayra"kata puan Maryam, membuatkan qaid membulatkan matanya..inikah keputusan mumnya, ingin mengahwinkan dia dengan qayra.Banyak persoalan mula berlayar di mindanya,mana mungkin puan Maryam lebih mempercayai orang lain dari anaknya sendiri.

Hal yang terjadi bukan atas perbuatannya...dia tiada langsung menyentuh qayra sedikit pun.Bahkan dia tidak pernah suka dekat Qayra.

"Qaid tak salah!!! perempuan ni yang rancang semua ni!! perempuan ni perangkap qaid!!"Bantah qaid,tidak ingin bersetuju dengan keputusan mumnya...dia memandang kearah dadnya... mengharapkan agar dadnya mempercayainya namun hampa..Tengku qaizer tidak mempercayai dirinya.

Mengapa kedua mum dan dadnya tidak mempercayai dirinya, bahkan mukanya langsung tidak dipandang dari tadi...dia jijik ke??sampaikan mum dan dadnya tidak ingin memandang wajahnya.Padahal semua ini adalah rancangan Qayra sendiri,tapi kenapa perlu dia yang menjadi mangsa.

"Seriously!!!no one believe me!!Qaid takkan kahwin dengan perempuan murah macam dia ni lah!!"matanya mencerlung tajam ke arah Qayra...panas hatinya, urat-uratnya mula menegang.

Dia tetap dengan keputusannya,dia tidak akan kahwin dengan qayra...hatinya hanya milik Amanda seorang dan hanya Amanda seorang yang mampu menjadi isterinya,tiada siapa yang mampu menggantikan tempat Amanda di hatinya... bahkan qayra sekalipun.

"Jaga mulut kamu qaid!!anak kami bukan murah!!!"tengking encik Fadyan,matanya memandang ke arah qaid..marah..ya dia marah apabila anaknya dianggap murah.

Walaupun dia tahu bahawa Qayra yang bersalah...namun perkataan murah tidak patut dilontarkan kepada anaknya... anaknya jadi begini jugak kerana qaid,dia yang membuat Qayra obses terhadapnya.

"Kalau tak murah apa?!!mestilah percuma!! kan!!"sinis qaid berkata, matanya memandang ke arah encik Fadyan.

"Words!!!"tegas Tengku qaizer berkata,matanya memandang tajam ke arah wajah anak terunanya.Qaid sudah melampau...adake cakap anak kawan dia murah pastu cakap percuma..memang nak kena cili kan mulut dia ni.

"I know, but for this two-faced person...I'm sorry "kata qaid,dia tidak akan berkata sopan terhadap orang yang menghancurkan hidupnya.Baginya orang seperti ini hanya patut dilayan kasar.

"Mum...tak kisah,qaid akan tetap kahwin dengan qayra..this is the final decision..kalau qaid tak nak,mum akan anggap qaid ni sebagai orang luar"kata puan Maryam dengan keputusan muktamadnya.Membuatkam qaid tercengang, rahangnya diketap... sanggup puan Maryam membuat keputusan begini tanpa mempedulikan perasaannya.

"F*CK!!"carut qaid.Matanya memandang ke arah semua orang yang berada di situ.

Qaid menggengam tangannya membentuk penumbuk...kaca yang berada di ruang tamu ditumbuknya sehingga pecah berderai.

Prang!!!

Semua terkejut melihat tindakan qaid yang baru sahaja menumbuk kaca itu sehingga pecah berderai.

"Qaid.."mata Qayra membulat, melihat tangan qaid yang sudah berdarah..dia mula berdiri dari duduknya,kaki dibawa menapak mendekati qaid.

"Tangan abang qaid dah berdarah ni.."kata Qayra risau... tangannya cuba meraih tangan qaid yang berdarah namun ditepis kasar oleh qaid.Bekerut wajah qayra dibuatnya apabila qaid menepis tangannya.

"Kau mungkin boleh buat parents aku percaya dengan segala perbuatan kau ni...tapi kau perlu ingat yang aku akan buat kau terseksa.. sampai kau mati.."bisik qaid,wajahnya langsung tiada tanda untuk main-main...qaid betul betul serius dengan apa yang dikatakannya.

Kakinya dibawa pergi meninggalkan semua yang berada di situ, tangannya yang berdarah dihiraukannya..Dia menghidupkan enjin kereta,lalu pergi meninggalkan perkarangan rumah.

Melihat sahaja kepergian anaknya,tubuh puan Maryam jatuh melorot ke bawah...air mata yang ditahannya sejak tadi..kini mengalir membasahi pipinya.

Tengku qaizer yang melihatnya terus meloroh ke isterinya,tubuh badan isterinya dipeluk erat.. belakang isterinya diusap perlahan.

"Rel...kau balik dululah dengan anak kau,aku nak tenangkan isteri aku.."kata Tengku qaizer, mendapat anggukan dari encik Fadyan.

Tangan Qayra ditarik Encik fadyan untuk mengikutnya, mereka berdua melangkah keluar dari rumah itu..

"Abangg"panggil puan Maryam terhadap suaminya.

" What is it dear??"tanya Tengku qaizer seraya menjawab panggilan isterinya, tangannya masih mengusap belakang isterinya.

"Saya ibu yang jahat Kann..abang??"tanya puan Maryam, matanya memandang ke arah wajah suaminya.Dia ingin jawapan dari suaminya.

"Haah"jawab Tengku qaizer selamba, mendapat jelingan tajam dari puan Maryam.

"Abang ni!!!"marah puan Maryam, tangannya mula menumbuk dada bidang suaminya... walaupun dah berumur 46 tahun tapi masih hot ye.

"Dah dear tanya...abang jawab je lah"tangan puan Maryam ditahan dari terus memukulnya...sakitt..badan dia dibuatnya.

"Nak tidur luar ke?!!"tanya puan Maryam sedikit tegas,memang nak kena suami dia ni..tangannya cuba dilepaskan dari pegangan suaminya.

"Dear tu dah tua...umur 40 lebih dah,tapi perangai still tak matang..tak pernah belajar kat sekolah ke??"sindir Tengku qaizer..matanya memandang wajah isterinya.

"Apa pulak kaitan sekolah dengan topic sekarang...dear cakap pasal tidur luar je kan"kata puan Maryam, pinggang suaminya dicubit...geramm.

"Ouchh"aduh Tengku Qaizer kesakitan apabila pinggangnya dicubit.

"Mestilah ada kaitan...dear dera suami dear sendiri,boleh dapat neraka tauu...nak neraka ke."kata Tengku Qaizer, pinggangnya digosok gosok ingin menghilangkan rasa bisa cubitan isterinya.Jangan main-main tauu dengan cubitan puan Maryam ni,kang ada jugak yang masuk ICU..tak pun koma terus...bisa cubitan ketam dia fulamak.

"Dera??bila masa dear dera abang??dear cakap tidur luar je..so celah mana deranya."kata puan Maryam naik bengang dengan suaminya.

"Kira dera lah tu...dear tak bagi abang tidur dengan dear...kira kes dera tu."kata Tengku qaizer, membuatkan puan Maryam ketawa kecil..elehh pasangan umur 40 lebih ni,makin sweet nampak.

Amboii...sempat pulak parents si qaid ni bersweet yer..







(Stay tuned..okay,bagi chapter sebelum ni saya akan perbaiki...so harap anda semua can support me okay ❤️❤️)












(Oleander)The Poisonous Beauty [OG]Where stories live. Discover now