"Ambil lah kalau boleh! Ben, tangkap!"
"Kau nak barang kau balik? Cubalah! Hazif!"
"Nah, ambil lah barang kau ni balik. Nanti risau ada yang nangis je. Upss... Lupa pula yang orang tu kan bisu. Hahahaa"
Semua orang disitu tertawa manakala remaja perempuan itu hanya menundukkan kepalanya sambil menggengam erat tangannya membentuk sebuah penumbuk.
"Beautiful but pity... Dia bisu" ejek jejaka itu lagi sambil tersenyum sinis. Semakin kuat suara ketawa mereka apabila remaja perempuan itu dihina.
Jejaka itu berjalan ke arah remaja perempuan itu sebelum membungkuk sedikit untuk sama kan tinggi mereka.
"I see many secrets hidden behind those beautiful eyes" bisik lelaki itu ditepi tudung bahagian telinga remaja perempuan itu. Hanya dia sahaja yang boleh mendengar apa yang jejaka itu bisikkan.
#_#
Tok tok tok!
"Amelia, jom makan. Dari balik sekolah tadi Amel tak makan. Jom kita makan sama-sama."
"Jom makan, Amel. Grandpa dengan grandma pun ada kat sini hari ni. Kawan-kawan uncle pun ada sekali. Diorang semua tunggu kat bawah."
Klak!
"Jom turun, Amel. Semua dah tunggu kat bawah." kata lelaki itu dengan suara yang lemah lembut sambil tersenyum kearah remaja perempuan itu.
Remaja perempuan itu menutup pintu biliknya lalu bergerak turun ke bawah. Lelaki tadi hanya mengikuti langkahnya dari belakang.
Apabila mereka sudah sampai di meja makan, remaja perempuan itu disapa oleh semua orang disitu dengan ramah tetapi seperti biasa, remaja perempuan itu hanya menayangkan wajah bekunya. Mereka hanya tersenyum kerana mereka sudah terbiasa dengan perangai remaja perempuan itu.
"So, macam mana kat sekolah? Okey?" tanya lelaki itu kepada cucu perempuannya itu.
Remaja perempuan itu hanya bisu dan dia meneruskan makan makanannya dan dia tidak menghiraukan keadaan di sekelilingnya.
Lelaki itu hanya tersenyum kecil lalu menyambung makan makanannya tadi.
#//#
"Penatnya...""Anak daddy kenapa ni? Penat ke?"
"Hm"
"Macam mana sekolah? Okey?" tanya lelaki itu kepada anaknya.
"Okey je daddy cuma ada gangguan sikit." balas anak lelaki itu.
"Gangguan?"
"Dah lah, daddy. Haz nak tidur dulu." kata anak lelaki itu dan dia terus masuk ke dalam biliknya untuk berehat.
"Daddy harap kamu tak buat masalah dengan dia."
#//#
"Selamat pagi, budak bisu!" sapa sekumpulan murid nakal pada Amelia.
Amelia memandang tajam ke arah murid-murid itu.
"Kenapa budak bisu..? Kau nak marah ke? Sedarlah diri kau tu cacat, budak bisu! Hahaha..." semua disitu tertawa tanpa ada rasa bersalah sedikit pun pada Amelia.
Amelia menggengam erat tangannya membentuk sebuah penumbuk.
'Kalau aku tak tahan diri aku, semua orang kat sini dah lama mati.' kata Amelia dalam hati.
"Woi!" seseorang mengganggu mereka.
"Ha... Haz..? Ke-kenapa..?" tanya ketua kumpulan murid nakal itu pada Hazif;kelihatan seperti budak polos tetapi didalamnya ada binatang buas yang sedang tertidur.
"Jangan kacau budak bisu tu! Yang boleh kacau dia hanya aku je. Kalau korang kacau dia, kau akan berurusan dengan aku." ugut Hazif pada murid-murid nakal itu.
"Ba-baik!"
Murid-murid nakal itu terus beredar dari situ selepas diugut oleh Hazif.
Amelia menulis sesuatu diatas buku. (Dia selalu bawa ke mana-mana sahaja memandangkan dia dan murid lain tak berapa tahu bahasa isyarat.)
'Kenapa kau ugut diorang?' soalan itu yang tertulis di buku Amelia.
Hazif membacanya. Dia tidak menjawab soalan itu sebaliknya dia terus pergi meninggalkan Amelia seorang diri disitu.
'Kenapa dia tolong aku?' tanya Amelia pada diri sendiri di dalam hati.
#//#
'Apa yang aku buat tadi?! Kenapa aku tolong budak bisu tu?!'"Tak guna!" kerana terlampau marah pada diri, Hazif menendang tong sampah yang berada di berdekatan dengannya.
'Dah lah... Lupakan benda tu dulu. Sekarang, ada hal yang aku perlu uruskan.' kata Hazif di dalam hati lalu dia pergi dari kawasan itu kerana ada hal.
𝗧𝗕𝗖
(Maaf kalau lama tak update sebab busy sikit. Disebabkan lama tak update, banyak idea saya yang saya lupa. Maafkan saya ya🙏 Kalau ada masa, saya update)
YOU ARE READING
Rahsia (SU)
General FictionMy First Story Cerita ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak perempuan bernama Nur Amelia Arisya yang telah kehilangan ibu bapanya sejak lahir dan dijaga oleh atuk dan neneknya. Sikapnya yang dingin dan pendiam terhadap orang-orang, termasuk ke...