Proloque: a Way In

13 3 1
                                    


Sebuah tumbukan kuat dilepaskan ke punching bag yang tergantung di siling. Tumbukan itu tadi diikut dengan satu lagi, dan satu lagi tumbukan yang meningkat kelajuannya. Badan  lelaki itu berkeringat dibasahi dengan peluhnya akibat latihan Muay Thai yang sedang dijalankan nya.

Seorang lelaki bertubuh sasa masuk kedalam bilik itu.
Dia mermehatikan sosok jejaka yang sedang berlatih pada ketika ini sebelum berkata.
“Cukup lah tu Airil. Aku nak tutup dah ni. Lama betul kau training."

{Name:Airil Fakhri||Age:19||
a young muay thai fighter that aim to become like his idol, Johan Ghazali (Jojo)}

“5 minit lagi boleh?” Jawab Airil tanpa memandang pada lelaki tersebut. Fokusnya masih lagi pada latihannya.

Lelaki itu mendengus lalu membalas.“5 minit ah 5 minit. Nanti jadi 5 jam. Dah lah!"

“Yelah-yelah. Tak relax ah." Airil melepaskan geram pada tumbukan terakhirnya. Dia lalu mencapai tuala di atas meja bagi mengelap peluhnya sebelum melabuhkan punggungnya di atas bangku berdekatan.

“Haih..Aneh betul lah kau ni. Orang lain selalunya tak lah bersungguh-sungguh macam ni."
Keluh lelaki itu sambil menghulurkan sebotol air mineral kepada Airil.

Airil langsung mengambil botol air mineral dari tangan lelaki dihadapannya lalu meneguk nya. Sebuah rasa kebahagian bersama rasa lega timbul apabila tekaknya dibasahi dengan air sejuk yang mengalir. Badan nya kembali menyegar setelah latihan yang panjang.

“Biasa-biasa jelah.." Jawab Airil setelah meneguk habis air mineral nya. Botol yang kosong itu dikemekkan olehnya lalu dibaling ke tong sampah (TAK MASUK).

“Heh.. yelah tu biasa. Apa apa jelah. Kesungguhan kau tu yang buat kan aku respect kau." Kata lelaki itu sambil menepuk-nepuk belakang Airil.

“Ooo...Terima kasih..."Airil membalas sambil mengangguk faham. Berberapa minit kemudian. Dia bangun dari bangku yang didukinya lalu beredar dari situ dengan beg nya diatas meja yang dibawa bersama.

“Aku pergi dulu. Assalamualaikum.. "

“Waalaikumussalam"
.
.
.
Semasa dalam perjalanan pulang ,Airil menunggang motosikal miliknya. Waktu itu sedang lewat malam, jadi angin dingin terpaksa diredahinya di sepanjang perjalanan. Sekali-sekala, mata nya digosok-gosok kerana rasa mengantuk yang menyelebungi pada ketika itu.

“M-Mengantuknya.. dahlah tengah sejuk elok ni. Rasa macam nak baring je sambil bawak." Rungut dirinya. Pendikit motosikal nya dipulas lebih lagi bagi menambah kelajuan perjalanan.

Tiba-tiba, muncul sosok seseorang yang cuba melintas jalan dengan pantas. Namun kerana kurang tumpuan akibat mengantuk, motorsikalnya merempuh sosok tersebut sehingga membuatnya terpelanting jauh ke belakang lalu jatuh tergolek.

“Huh?!"
Akibat impak dari melanggar orang itu dalam kelajuan tinggi, Airil terjatuh dari motosikal nya.
Dirinya tergamam, bukan sahaja kerana motor mahalnya sedikit tercalar, namun juga kerana menyedari yang dirinya telah melanggar seseorang.

Dia cepat-cepat bangun dari tanah. Tanpa menghiraukan motorsikalnya, dia terus mendekati sosok mangsa yang dilanggarnya tadi.
“Oi! Kau ok tak?!"

Matanya mermehatikan keadaan sosok tubuh yang sedang terbaring di atas tanah itu. Hatinya berdegup kencang memikirkan kecederaan yang dirinya mungkin telah berikan.

Mangsa itu memakai hoodie lusuh bewarna perang dengan corak bermotifkan bulu pelepah di tepi nya. Muka nya tak dapat kelihatan kerana bayang hoodie yang menutup kepalanya. Tapi apa yang menarik perhatian Airil ialah fakta bahawa orang yang baru dilanggar dengan motosikal dalam kelajuan tinggi sampai terpelanting ni tak nampak cedera langsung. Tiada luka, tiada darah, tulang juga tak nampak macam patah.

Hmm..mungkin Kecederaan dalaman? Takkan lah tak cedera langsung?" Fikir Airil dalam mindanya.

“Hey, ada sakit kat-" Pertanyaan Airil terhenti di tengah ayat apabila sosok mangsa itu bangkit dari tanah. Bukan itu sahaja, sempat lagi dia menyapu-nyapu habuk tanah di pakaiannya macam dia hanya terjatuh dan bukan dilanggar pun tadi.

“T-Tak sakit ke?!" Tanya Airil dengan perasaan aneh.

Orang itu memandang kearah nya tanpa menjawab apa-apa buat berberapa saat.
“..............."

“Err..." Perasaan aneh dihati Airil digantikan dengan perasaan janggal. Tanpa apa-apa balasan, orang itu terus mencengkam leher Airil tanpa dijangka olehnya.

“A-arkh?!"
Atas panduan refleks, Airil cuba memukul tangan yang mencekiknya itu. Namun belum sempat penumbuknya sampai ke sasaran, orang itu menghilang dan latarbelakang tengah jalan kosong tempat dia berada tadi berubah kepada sebuah tempat yang gelap dan senyap. Tersangatlah gelap sampai dirinya menyangka yang dia telah buta. Dia ingin meraung, namun tiada suara yang keluar dari tekaknya. Kekeliruan nya bertambah apa bila dia tak dapat merasai tanah di bawah tapak kasutnya. Sebaliknya, dia rasa bagaikan sedang terapung di udara.

Apa..jadi?..”

Dalam masa berberapa saat sahaja disitu, dia sudah mula merasa sesak nafas. Airil kemudian terus hilang kesedaran sekelip mata.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
*‘Gedebuk!’*

   “Hm? Apa tu?"

     “Ling! Ada orang jatuh lah!"

  “Farid! Tangkap!"

      *‘Pak!’*

      “Aduh.. Sakitlah! Huh? Tu bukan bola!"

Pieces of Entropy Where stories live. Discover now