Welcome to Tsukyoto-part 2

5 0 0
                                    

"Maaf lah. Tapi aku tahu yang kalau aku mintak elok-elok pun kau takkan setuju punya! Jadi terpaksalah.." Sekeping lencana hitam dengan simbol aneh muncul di tangan Emylia.

"Apa tu?! Kau nak buat apa?! Jangan dekat!" Airil mula panik. Hatinya dapat mengesan ada yang tak kena dengan lencana tersebut.

"Duduk diam-diam dan terima hadiah dari aku ni"Jawab Emylia sambil tersenyum sinis. Lencana itu dibawa pada atas permukaan Dada Airil.

Airil cuba sedaya upaya untuk menggerakkan badan nya. Tapi ia sia-sia. Hampir sahaja lencana itu menyentuhnya, pergerakan Emylia tersekat.

"Tak guna..kenapa sekarang?.."
Muka Emylia merah. Dahinya berkerut. Dia nampak marah.
Airil kehairanan dengan reaksi Emylia. Bila dia perhatikanlah betul-betul, baru dia perasan mengapa. Ada sebuah tangan yang muncul dari bayang sedang menahan tanganya dari terus bergerak.

"Hisoka! jangan ganggu aku!"
Tengkik Emylia kepada seseorang yang tak kelihatan.
Tengkingnya dibalas dengan suara ketawa kecil seorang lelaki.

Mukanya dihiasi dengan senyuman mesra. Hisoka keluar dari belakang sebuah tiang jambatan.

"Alah.. tak boleh ke? Tapi macam menarik lah. Aku nak sertai jugak. Baru lah adil sikit."

"Berapa banyak orang kat bawah jambatan ni sebenarnya? Kau siapa?!" Tanya Airil dengan cemas.

"Diam! Liutbrand!" Emylia menengking. Sepucuk senapang musket muncul di tangannya. Senapang itu lalu diacukan pada Hisoka.

"Rook!"
Bunyi tembakan bergema saat peluru musket meluncur laju kearah Hisoka.

Hampir sahaja peluru itu mengena Hisoka, satu tangan bayang keluar dari dinding lalu menampar peluru itu sehingga trajektori nya bertukar.

Sementara itu..di atas jambatan.
Permukaan jambatan itu tiba-tiba hancur. Sebuah lubang terbentuk dari impak peluru tadi.

"Tu peluru yang kuat! Boleh tahan lah." Puji Hisoka dengan kepalanya yang berdebu akibat dari runtuhan tadi. Asap dan debu berterbangan menyelubunginya persekitaran.
Lubang yang terhasil dari impak tadi menjadi laluan kepada cahaya bagi menyinari Hisoka di bawah jambatan teduh bagaikan sebuah spotlight.

"Sebutir peluru tu buat macam tu? Macam mana dia boleh tepis?!" Soal Airil dalam mindanya.

Emylia menggenggam penumbuk geram. Hujung musketnya lalu diarahkan ke kepala Airil. "Jangan berani dekat.. kalau tak aku bunuh dia ni."

Hisoka mengangkat bahunya. "Hehehe...Jangan risau. Aku tak rancang nak gerak pun. Tapi, 'dia' akan."

"'Dia?'" Rasa tak sedap hati menyelubungi Emylia sekelip mata. Dia terus berpusing ke belakang.

"Iya...Than"

Than(Tentera bayang Hisoka)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Than(Tentera bayang Hisoka)

Bunyi lagaan bilah berdesing di telinga Emylia. Seorang jejaka melindungi Emylia dari serangan mahluk bayang Hisoka yang cuba menyerang hendap dari belakang menggunakan sebilah katana.

"Jeff!" Emylia memanggil nama jejaka itu.

"Jeff!" Emylia memanggil nama jejaka itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jeff

"Sikit lagi. Cuainya.." Bilah Katana Jeff bergesel kuat dengan dagger Than. Serangan Than dibalas Jeff dengan melibasnya kembali menggunakan Katana.
Serangan itu dielak Than dengan dengan melompat ke belakang.

Babak itu ditonton oleh Hisoka dan Airil. Sebuah lubang gelap muncul di bawah Airil menjatuhkan nya ke dalam.

"Ah! Mana dia dah pergi?!" Jerit Hisoka dengan nada sarcasm.

Emylia terus mengalih semula fokus nya pada Hisoka"A-apa?! Woi! Tak gu-"

Emylia dan Jeff tiba-tiba lenyap dari situ.

Mata Hisoka berkelip-kelip. Than memandang sekeliling dengan kekeliruan. "Lah? Lari ke?" Soal Hisoka.

"Hisoka!" Panggilan suara dari Faris kedengaran tak jauh darinya. Farid dan Faris melangkah laju kearah Hisoka dan berhenti betul-betul di depannya.

"Hai Faris! Hai Farid.. kenapa nampak cemas ni?" Soal Hisoka. Muka Farid dan Faris yang berpeluh-peluh di perhatikan nya. Mereka nampak lelah seolah-olah baru lepas lari marathon.

"Uhh..kitorang cari sorang lelaki ni. Rambut hitam, kulit sawo matang. Pakai jersey warna biru. Ada nampak?" Faris memberitahu ciri-ciri rupa Airil dengan harapan yang Hisoka akan beri petunjuk.

"Hmm..nampak ke tak eh?~ Nampak ke tak?"Hisoka mengurut dagu nya. Selepas berberapa saat 'berfikir' Hisoka hanya mengangkat bahu nya.

"Entah lah. Tak nampak."

Faris dan Farid kecewa dengan jawapan itu. "Alah.. tapi tadi Farid kat dekat dekat sini.." kata Faris.

Farid mengangguk setuju lalu mebalas. "Memang pun..takkan lah salah pulak. Takpelah. Jom cari tempat lain pulak."

"yelah yelah. Jom" Faris mengikuti cadangan Farid. Mereka kemudian berjalan pergi dari situ.

Hisoka pula hanya mermehatikan merek sambil tertawa kecil."Maaf..tapi macam seronok pulak tengok diorang sesat."

Kaki nya digerakkan supaya beredar dari situ. Than menghilang dengan tenggelam semula di dalam kegelapan bayang. Angin senja meniup pipinya selepas dari konflik yang berlaku tadi.
.
.
.
Di tempat lain..

"Kenapa kau teleport tadi?!" Tengking Emylia sambil menarik-narik bahu Jeff.

"Dia bukan lawan kita. Kejap..kita..yang bukan lawan dia sebenarnya. Aku rasa kau sendiri faham kenapa." Jawabnya dengan tenang sambil mengasah katana nya menggunakan batu pengasah.

"Ceh..Kalau kalah, aku boleh ulang masa.."Emylia mencebik bibir. Nampak sangat tak puas hati lepas apa yang jadi.

"Sudah lah tu cari pasal dengan yang tak ada kaitan. Target kau Olivia je kan?" Nasihat Jeff.
"Jadi kalau kau nak aku tolong kau tangkap dia, kau pun kena tolong aku bunuh Azrael. Itu je perjanjian kita." Sambung nya lagi. Mendengar kan perihal perjanjian itu membuatkan Emylia teruja. Senyuman sinis mula terukir di bibirnya.

"Kau betullah.. ya.. Olivia..hehe..tak sabar betul nak seksa dia.." Emylia memejam kan mata nya sambil memikirkan sesuatu yang agak sadis.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"H-huh?.."

Airil sekarang ada di bilik tidur nya. Maksudnya, di bukan lagi di Tsukyoto.

"Mimpi yang aneh.." geleng Airil. Dia bangun dari katil dan mula melihat ke cermin

"Tsu...kyo..to..... Hm..bandar yang aneh...dan..luar biasa.. "Airil cuba mengimbas semula saatnya di bandar itu. Ingatan nya kabur-kabur.

"K-kejap.."Airil menyentuh pipinya. Secara spesifiknya pada kesan lebam di mukanya.

Tangan Airil melambai kesan lebam nya. Rasa sakit dapat teras apabila Airil memberitahu tekanan padanya.
"A-aku lebam ni sebab lawan lelaki kurang ajar tu! Kat Tsukyoto..ia masih ada kat sini...maksudnya..t-takkan lah.."

Welcome To Tsukyoto {End}

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 12 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Pieces of Entropy Where stories live. Discover now