11 • Campur Tangan Seongjoong

66 4 6
                                    

" Hampir seminggu kami di sini, luangkan masa untuk berehat serta menenangkan fikiran.

Terima kasih banyak ya, Mingi.

Sudi terima kami di sini.

Segala layanan dan pelawaan Mingi sangat-sangat buat kami selesa dan gembira. ", kata Hongjoong.

Mereka kini duduk di sofa ruangan tamu rumah Mingi.

Hari esok merupakan hari terakhir mereka bermalam di rumah Mingi.

Mereka akan bertolak balik awal pagi lusa.

Hongjoong kini beralih duduk di samping Mingi.

Dia menggenggam tangan Mingi.

" Hyung tahu, kamu mesti tahu tujuan utama kami ke sini. ", katanya diselangi dengan jeda.

Mingi mengangguk kecil namun dia tidak berkata apa— memberikan ruang untuk Hongjoong menyelesaikan katanya.

" Ya, hyung tahu payah.

Sangat sukar.

Tapi Mingi, kamu sendiri dapat agakkan bagaimana keadaa Yunho sekarang ?

Merana, menderita sendiri.

Dia rindukan kamu, sangat.

Sejak kamu pergi, senyuman manis di wajahnya juga memudar.

Perginya kamu membawa maksud, hilangnya kawan baiknya. 

Tak salah jika kamu menganggap dia sebagai rakan akrab kamu. ", sambung Hongjoong lagi.

Mingi hanya memandang genggaman tangan mereka sayu. Kemudian matanya beralih memandang Hongjoong serta Seonghwa.

" Hyung berdua pun berasal dari kampung.

Ketika Seonghwa ditugaskan untuk bertugas di bandar di tempat kami menetap tu, hyung marah. Sangat-sangat.

Hyung sudah ada butik sendiri, mahu uruskan perniagaan yang hyung berjaya bangkitkan dan ceburi.

Awalnya memang, kami berjauhan, berselesih pendapat, sering bertengkar dan mengungkit pelbagai perkara.

Sehinggalah akhirnya hyung ambil keputusan untuk beri kepercayaan hyung kepada saudara hyung untuk uruskan butik dan ikut Seonghwa tinggal di sana.

Semestinya, Seonghwa sangatlah gembira.

Namun sehingga kini dia masih berasa serba-salah dan tetap sedih kerana dia anggap diri dialah punca hyung lelah buat kerja rumah dan dia terasa seperti menjadi penghalang hyung untuk realisasikan impian hyung sendiri. " , kata Hongjoong lagi.

Sepasang mata Mingi terbuka agak luas sebaik sahaja mendengarkan perihal itu.

" Hyung tak kisah ? ", soal Mingi.

" Mestilah ya, hyung kisah sangat.

Tapi hyung tak sampai hati tengok si dia seorang tu naik tak siuman bila berjauhan dari hyung. Haha. Kelakarlah bila teringat semula. "

Seonghwa turut tergelak kecil.

" Tiga bulan Mingi.

Yunho tu tak sekuat yang kamu fikirkan.

Dia , rapuh.

Lagi-lagi bila kawan baiknya tiada di sisinya.

Tanpa khabar dan berita.

Serapuhnya dia itu masih ada sikap jauh lebih keras kepala daripada apa yang hyung fikir. "

Tawa Mingi meletus.

Housemates [✅] - ATEEZ MALAYWhere stories live. Discover now