"Ket,Mama dah balik Malaysia pagi tadi. Diorang kirim salam. Tak sempat jumpa Ket"-Zach
"I'm sorry. Ket yang patut pergi jenguk Mama tapi entah lah. Tak kuat"
"Kami semua faham Ket. Suddenly happened kan"-Zach.
Setakat itu sahaja dia boleh balas. Entahlah. Bila whatsapp Zach rasa macam ada Zahir kat belakang tu tengah memerhati. Susah nak percaya Zahir dah tak ada. Dia redha apalah sangat ujian ni untuknya berbanding dengan Mama yang tiba-tiba kehilangan anak yang dikandungkan,disusukan dan dibesarkan selama 21 tahun. Ujian untuk buat orang kuat. Ujian untuk tambah pahala. Ujian untuk yang Allah sayang.
"Ket,kalau Allah tak sayang kau,Dia tak uji apa pun untuk kau. Ada orang buat content dedah aurat seksi,dapat duit dan percaya itu usaha sendiri bukan dari Allah. Sedangkan Allah dah malas nak cara ke dia dah. Istilahnya apa Ket? Istidraj. Yes that's it. Ket, pernah tak kau argue kenapa orang tu tak sembahyang tapi time exam cemerlang? Ada orang tak bayar zakat eh tapi tiap tahun naik pangkat, ada orang tak tutup aurat tapi business makin meningkat,ada orang tak pernah puasa tapi rumah ada tiga belum masuk lupa ibu bapa tapi gaji lima angka." Dia menyoal diri sendiri. Ya dia pernah argue dengan hal ni menyebabkan antara punca dia sambil lewa dan lewat menutup aurat dan belajar solat. Cuma mengaji je dia khatam tiga kali sebab dia suka membaca. Puasa pun dia suka sebab badan terasa ringan bila bergerak.
Mata merenung Dm di IG. Ada notification message. Dia pun klik. Pesanan dari.... Ermmm. Lama dah kot bersawang IG dia ni. Boleh pula mamat ni jumpa. Lupa pula dia mutual follower dengan Faty.
~Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.-Surah At-Taghaabun ayat 11
Nak reply ke tak. Dia malas nak cakap,contact sesiapa dalam minggu ni kecuali neneknya. Tak ada keperluan baginya untuk menghubungi orang. Zach pula pernah menjadi chaperone mereka. Jadi dia hormatkan lelaki itu. Whatsapp Faty juga masih belum dibalas. Tak ada mood langsung. Mengeluh. Jam dinding dah pukul 11 malam. Mata dia memang tak larat nak buat apa dah. Manual lab chemistry dah dia print tapi belum dibuka lagi. Terlantar cantik lagi di mesin printer atas meja study.
Ket bangkit menuju ke katil. Lega dapat luruskan badan. Sejam juga dia duduk kat meja. Telefon bimbit dicas masa macam ni. Dah jadi tabiat dia, tak pernah bawa telefon masa tidur. Dia teringat peristiwa yang terjadi sebaik sahaja dia keluar auditorium tengah hari tadi. Hajat nak melarikan diri,boleh pula si Mine tu sempat naik cab sekali dengan dia. Nak dihalau keluar cab, dia pun takut sebenarnya kalau seorang diri. Fobia dengan insiden Zahir. Dia pun tak terfikir kenapa dia lari naik cab? Lari je la pecut balik rumah. Bukan jauh pun. 1 kilometer je kot. Akhirnya dia meminta pemandu turunkan di NJ parks.
"Ingat nak balik masak nasi"
"Hilang selera"
"Sebab saya ke?"
"Kura-kura dalam perahu, takkan tak tahu?"
"Whaat do you think about me?"
"Man"
"First impression?"
"Never thought about it"
"How about quit playing with me?"
"Playing never exist in my Oxford and please stop judging me"
"But playing existed in hadith. Nabi pun bermain lumba lari dengan Saiditina Aisyah R.a. Dalam Tafsir Ibnu Kathir ada meriwayatkan:
"It was the character of the Prophet to live in a beautiful manner with his wives, being cheerful and kind to them, generously spending on them, and laughing with them."
"Nabi bermain dengan isterinya. Itu sunnah. Us? That is forbidden, romeo"
"Brilliant. So why don't make it halal? "
"It will never work on us."
"Kita berbeza. Yang halal mungkin akan jadi haram. I don't have that time to spend on you, to like you, to love you" sambungnya lagi.
"You are totally wrong. We have forever. Forever"
"My clock doesn't tickiling whenever I'm with you, amorist"
"Use mine. I'll give it to you and we will share it together"
Pening. Dah banyak hujah diajukan. Lelaki itu ada jawapannya. Dia tau lelaki itu bijak. Dia tau dia lama dah hilang jawapan. Dia menarik nafas.
"Why me?Why now?" akhirnya dia mengeluh di hadapan lelaki itu.
"Because it always you. And for the second one, you, me, wali, saksi, ijab kabul. Perfect time with cukup syarat dah"
"I'm not good"
"I'm none to that too"
"Please. I'm afraid I can't."
"Allah said:Fear not. Indeed.I am with you both.I hear and I see, Surah Taha verse 46"
"Psiko. Split personality," dia taknak jawab apa dah. Penat berhujah. Dia rasa Mine ni ada split personality. Dulu tak macam ni. Kenapa lain sangat ni. Ada gene tanah ke dalam badan mamat ni?
"Tak baik cakap macam tu. Saya lelaki yang normal."
Mereka sama-sama membuang pandang ke tasik di NJ State Parks. Sejak tadi begitu sebenarnya.
Ket dah tak boleh tahan matanya. Dah nak terlelap,terasa macam nampak sungai di NJ Parks tu. Dan bayang-bayang sepasang lelaki dan perempuan tengah bersembang dengan gelak riang ketawa. Lantak lah. Nak tidur.

ANDA SEDANG MEMBACA
[💚COMPLETED] JODOH MR.MINE
Romance"I'm not a good person" "We will be better together" "I'm a sinner" "We are not holier" "I'm still learning" "We learn baby step together" "I'm not that strong" "So I'll be your transformer. The electromagnetic induction will supply everything for U...