Sekembalinya mereka dari majlis pernikahan dan bulan madu selama seminggu di bandar seberang Utara,Syidah Zali memulakan kehidupan normal sebagai pasangan suami isteri tetapi masih terikat dengan pantang larang untuk menjaga kerahsiaan perhubungan mereka. Keseronokan ketika berbulan madu tidak dapat mereka teruskan walau pun status mereka telah halal dan sah di sisi undang undang semata mata menjaga syarat dan persepsi masyarakat .Ini membuat mereka rasa tidak selesa dan tertekan .Mereka pergi dan balik bekerja secara berasingan dan terpaksa menggunakan kemudahan gym pada waktu malam sebagai contoh .
Bagi Syidah.makluman dari bekas kakak ipar nya mengenai bekas suami nya si Malik membuat dia merasa lebih keliru dan bercampur antara terkejut,sedih dan gembira.Dia terkejut bila mengetahui keadaan kesihatan Malik dan merasa bersalah memikirkan adakah dia yang menjadi penyebab nya .Sedih kerana adakah jika prjanjian itu di turuti membuat dia akan terus memikul bebanan mengurus masaalah baru yang di hadapai oleh malik ,namun dia masihmenaruh sedikit harapan yang membuat dia merasa gembira sekiranya perjanjian itu tidak di terus kan atau terbatal dan membolehkannya meneruskanperkahwinan dengan Zali.
Dengan ditemani oleh bekas kakak ipar dan persetujuan Zali dan ibubapa nya,Syidah pergi menemui doktor yang merawat Malik bagi mendapatkan penjelasan mengenai punca dan keadaan Malik sebenar. Menurut doktor,masaalah Malik berpunca dari radang bahagian neuro yang membuat emosi nya kerap terhganngu dengan apa juga masaalah yang di hadapai nya baik di segi pekerjan dan kehidupan seharian. Menurut doktor juga tiada kesan secara langsung mengenai hubungan nya dengan Malik atau perceraian nya cuma mngkin menjadi penambah kepada tekanan dan juga tiada kepastian jika mereka berkahwin semula ,masaalah kesihatan malik mampu di pulihkan.
Syidah makin tenang dengan penjelasan doktor dan juga perakuan dari bekas kakak iparnya yang mengatakan keluarga mereka tidak mendesak Syidah untuk membuat sebarang kepuMMMMMtusan kerana itu hanya lah urusan antara dia dan Malik serta mereka akan menghormati apa jua keputusan yang di ambil oleh Syaidah." Abang terimakasih kerana memberi sokongan pada Syidah dalamkeadaan sekarang ni,Syidah masih merasa serba salah jadinya"ujar Syaidah setiap kali dia bercakap dengan Zali dan menyentuh perihal Malik samada secara bersemuka dan menerusi msesej ketika waktu bekerja.
Zali pun sudah puas memberi jaminan bahawa apa jua keputusan yang di ambil oleh Syaidah dia akan teriam dan menghormati tanpa mahu memberi tekanan atau mempengaruhi. Zali maklum keluarga Syaidah telah mendesak agar Syaidah meminta Malik membatalkan rancangan 'perkahwinan cina buta 'yangbaru sebulan itu atas sebab keadaan kesihatan malik dan mereka sanggup berbicnang dengan keluarga Malik,namun Syaidah meminta sedikit masa. Dia sendiri mahu memastikan bahawa Zali benar benar mahu meneruskan perkahwinan mereka jika perjanjian itu di batalkan namundia belum bersedia menanyakansoalan iti kepada Zali sendiri kerana kini dia lebih memfokus kepada isu kesihatan Malik dan terus khuathir jika dia nanti akan di jadi kan penyebab sekiranya keadaan Malik menjadi lebih kronik kemudian hari.
Syaidah beberpa kali meminta izin dari Zali untuk dia berjumpa Malik di hospital untk menziarahinya di samping mahu mendengar sendiri dari mulut nya mengenai status projek 'cina buta'nya bagi dia membuat keketapan samada meneruskan rancangan atau membatalkan projek tersebut dan memilih haluan nya sendiri. Dia bagai tidak sabar dan berdoa agar Malik bersetuju untuk membatalkan projek tersebutr dan mengharap Zali mahu meneruskan perkahwinan mereka.Namun Zali meminta dia menunggu masa yang sesuai dan agar tidak di lihat bagai mendesak atau memberi tekanan kepada diri Malik itu sendiri kerana masa masih ada bagi mereka meneruskan kontrak perkahwinan 'cina buta 'itu,
Walau pun Syaidah agak kecewa dengan 'nasihat 'Zali,dia terpaksa akur kerana dia sendiri tahu mengapa dia begitu terdesak berbanding dengan Zali yang lebih tenang dan fokus kepada kehidupan hariannya sekarang. Zali tidak begitu menghiraukan situasi Syaidah sekarang yang agak beremosi dan tertekan keran dia memahami perasaan dan harapan Syaidah yang rasa bagaikan tersepit di antara dua kemungkinan yang kontras.Apakah mungkin dia terpaksa berkorban meneruskan perjanjian dan berkahwin semula dengan Malik atau mengharap kontrak itu di batalkan dan dia dapat meneruskan hidup barunya bersama Zali.
Zali masih terus kekal tenang dan bersabar dengan memberi sokongan dan semangat kepada Syaidah dan menguruskan kehidupan mereka dikala Syaidah bagai mengabaikan nya termasuk layanan bathin yang baru sahaja mereka nikmati gara gara perkembangan terbaharu mengenai Malik.Walau pun dia kerap kali meyakinkan Syaidah yang dia bersedia meneruskan hdup bersama Syaidah tapi Syaidah mahu ketetapan dan keputusan muktamd dari pihak Malik sendiri agar dirinya tidak terganggu selepas meneruskan hidup bersama Zali.
YOU ARE READING
C4:Syidah Mangsa Cina Buta 2.0
Romanceramai yang mahu tahu apalah nasih dan pengakhiran kisah Syidah.Apa yangberlaku setelah tamat tempuh .perjanjian ' secara tersirat?