"Engkau lagi? tak penat ke buat masalah?" ujar sofea setelah berada di rooftop.
"Tak payah nak sibuk hal aku. mind your own business." balas qee lalu mengeluarkan rokok dari poketnya dan bakar.
sofea rampas rokok yang ada dekat bibir qee lalu pijak rokok tu. "kau tak tahu merokok is not good for your lung tengku aqeela" ucapnya lalu menyepak sisa rokok tadi jauh darinya.
qee hanya melihat rokoknya yang dipijak lalu membalas, "itu ja yang boleh buat aku tenang". lalu menyalakan rokoknya yang terakhir.
sofea rampas rokok tersebut lalu mematahkannya. "tenang dgn merosakkan kesihatan kau?"
"you know what tak semua ketenangan datang daripada benda yang elok, ada ja yang memusnahkan hidup. dan ketenangan aku yang the second one" ujar qee lalu bangun untuk pergi dari situ. "plus you owe me something, thats my last dua batang rokok yang aku ada." qee turun dari rooftop lalu pergi.
sofea hanya terdiam mengeluh lepas qee pergi. dia dah tak tahu nak buat qee berubah macam mana.
KANTIN
qee duduk dengan kawan-kawannya yang memang dah lama dekat kantin.
"rooftop lagi?" tanya adel kawan qee.
"haah mcm biasa tapi kena cekup dengan KP." balas qee lalu minum air adel.
"kau hati-hati qee si mira aim kau sebabkan KP tu." warning zee setelah menelan makanannya.
qee mengeluh bila zee mention pasal mira. "masalahnya bukan salah aku pon. si KP tu yang selalu ronda situ. bukan nya aku yang serah diri pon."
dari jauh sofea memandang qee setelah turun dari rooftop lalu masuk ke office pengawas. hari ni semua cikgu terlibat dengan mesyuarat, so semua pelajar bebas dari belajar.
sofea memasuki office lalu memasukkan rokok qee yang dipatahkan tadi ke dalam satu balang berisi rokok yang pernah dia rampas dan kebanyakkan dari semua rokok tu milik qee.
"tengku aqeela again?" tanya rakannya ashel yang merupakan naib ketua pelajar.
"yup aku saja naik rooftop tadi pastu nampak dia." balas sofea lalu duduk di bangkunya.
marsha yang baru masuk lalu di kerusi setiausahanya." patut la aku nampak si qee tu baru join zee dengan adel dekat kantin. dia tu kenapa eh? dah lah selalu bergaduh, ponteng kelas plus smoke pulak tu. nasib la aku tengok zee dengan adel tak ikut sangat perangai qee tu." ujar marsha geram terhadap perangai qee.
"kan wei, aku pon heran kenapa just dia ja yang perangai gitu." sambung ashel menyokong marsha.
sofea hanya mendengar bebelan rakan-rakannya. dia dah nak lali dengar setiap hari.
KRINGG
bunyi loceng sekolah menandakan waktu balik.
adel dan qee menunggu zee dekat parkir motor yang berada di luar sekolah.
"mana siak budak sorang. mesti duk usha marsha la ni kat office pengawas tu." ngeluh adel yang 10 minit menunggu zee yang katanya tertinggal dompet dalam office pengawas. zee merupakan pengawas yang mempunyai jawatan yang agak tinggi iaitu bendahari.
"yela tu wei. macam kau tak kenal buaya macam zee" ujar qee lalu menghisap vape yang disimpan bawah seat motornya.
SEMENTARA DEKAT OFFICE PENGAWAS
setelah jumpa dompetnya, zee mengelilingi office untuk memastikan tiada orang untuk dia kunci office. tiba-tiba terdengar suara berborak dalam bilik ketua pelajar.
" ni mesti bestie 3 orang ni tak sedar dah balik la tu" ujar zee perlahan lalu masuk ke bilik tersebut.
" korang taknak balik ke? aku nak kunci office ni." ujar zee
" eh dah balik ke. tak perasan plk sorry zee. aku kemas barang jap. ashel dengan marsha teman aku tadi buat keje." ujar sofea lalu mengemas barangnya.
"ha okay aku tunggu dekat luar nk kunci pintu." lalu keluar.
mereka bertiga keluar dari office dan menunggu zee kunci pintu.
" zee, nak tanya sikit boleh?" ujar marsha
"tanya la"balas zee yang masih berusaha mengunci mangga yang telah uzur.
" kenapa you dgn adel kan bestfriends nya si qee kan. why korang berdua tak sama perangai mcm qee eh?" tanya marsha.
" betul tu. kau dgn adel elok ja tak buat perangai. sampai dekat qee ya tuhan penat mat si sofea ni nak hadap" tambah ashel yang juga nak tahu.
zee selesai mengunci mangga lalu pusing ke arah mereka bertiga. "penatkan nak hadap. haa sebab tu la aku dengan adel biar qee sorang ja yang selalu buat perangai. kalau kitaorang sekali buat perangai risau korang resign terus dari pengawas." balas zee lalu beranjak pergi.
" tak guna punya zee, kitaorang tanya elok-elok kan." ashel ketuk kepala zee
sofea hanya diam tersenyum dengan jawapan zee. walaupun zee kawan kepada qee, zee tak akan back up qee kalau itu memang salah qee.
mereka berempat sampai di parkir lalu zee menuju kearah adel dan qee. adel yang tengah vape langsung simpan vapenya kedalam begnya setelah melihat jawatan tertinggi sekolahnya menghampiri mereka. walaupun sudah di luar sekolah, adel tetap menjaga penampilan dirinya. sofea,ashel dengan marsha menuju ke kereta milik ashel.
" sorry gaisek, tadi menjemput puteri-puteri raja keluar dari office. jom la gerak" ujar zee.
mereka bertiga siap-siap panaskan enjin moto. adel melihat kereta ashel yang macam bermasalah.
" korang, cer tengok dorang macam ada masalah ja" ujar adel lalu tunjuk kearah mereka.
" yela jom la tengok kenapa." balas zee.
"korang gerak la aku tunggu kedai acey beli rokok jap." kata qee
adel dengan zee pon pergi kearah kereta ashel manakala qee ke arah deretan kedai yang berdekatan dengan sekolah.
zee turun dari motor lalu ke arah kereta ashel diikuti adel dibelakangnya.
" asal ni?" tanya zee. adel terus pergi ke hud kereta ashel lalu check mana yang tak kena sebab adel pakar bab otomotif dan ada bengkel sendiri.
" tak tahu la. try start tapi tak hidup plk. phone kitaorang pon takde line." balas ashel.
" alternator dia rosak ni zee kena masuk bengkel ni. aku call bang pian jap." ujar adel lalu call pembantunya.
" adel ckp kene hantar bengkel. korang naik kitaorang je la. ni pon dah nak gelap ni.
" motor kan ade dua ja mcm mne nk naik berlima." ujar marsha sambil menunjuk ke arah motor zee dan adel.
" aku call qee dah satgi dia datang sini ashel naik dgn aku,marsha dengan zee sofea dengan qee" ujar adel
tak lama kemudian motor qee menghampiri
"asal kereta?" tanya qee
" aku tengok tadi alternator dia problem. aku call bang pian dah. lepas maghrib dia amik kereta ni kau hantar sofea jalan sekali semua rumah dekat ja" jelas adel.
qee hanya mengangguk lalu membuka helmetnya lalu menghulurkannya kepada sofea. sofea menyambut helmet dari qee lalu naik motor qee.
sampai ja area guard taman, dorang berpecah ke arah lorong yang berlainan. qee berhentikan motor betul-betul depan rumah sofea. sofea turun lalu membuka dan pulangkan balik helmet milik qee.
"thanks hantarkan balik. take care." ujar sofea
qee hanya mengangguk lalu beredar dari rumah sofea.