HE'S| BAB 11

86 3 1
                                    

Seusai makan, si ayah pergi ke pondok duluan. Sementara itu Lya pergi membuat air untuk mereka minum semasa berbual nanti.

Jag air kecil yang berada di dalam rak penyimpanan barang dapur itu dia ambil untuk membuat air di dalamnya. Setelah mendapatkannya dia berfikir ingin membuat air apa.

Hmm... Nak buat air apa ehh? Teh? Bolehlah ayah pun suka juga.

Uncang teh yang berada di dalam bekas kecil di atas meja makan itu dia ambil lalu membukanya, satu uncang teh dia masukkan ke dalam jag. Gula juga dia ambil lalu menaruhnya untuk membuat teh itu berasa.

Habis saja semua dimasukkan akhirnya air panas dia masukkan, sudu dia ambil lalu menggaul air itu bagi sebati.

Setelah semuanya selesai dia mengambil dua gelas lalu membawa gelas itu bersama dengan air yang dia buat ke pondok luar rumah. Dia berjalan ke arah pintu dengan membawa jag berisi air dan juga gelas di tangannya.

Pintu rumah dia buka dengan hujung jarinya. Berada saja di luar dia melihat si ayah termenung sambil melihat ke arah langit yang dipenuhi dengan bintang-bintang kecil.

Selipar jepun dia sarungkan ke kakinya lalu mendekat ke arah pondok tersebut.

"Ayah," tegur Lya. Si ayah berpaling. Terlihat di matanya si anak membawakan air untuk dirinya.

Sampai saja Lya di pondok itu dia menanggalkan selipar jepun miliknya, manaiki pondok itu lalu meletakkan jag dan juga gelas yang dia bawa dari rumah tepat di depan sang ayah.

"Kenapa buat air lagi?" tanya si ayah.

"Saja manalah tahu ayah haus," kata Lya dengan menuangkan air itu ke dalam gelas lalu diberikan pada si ayah.

"Jadi apa yang ayah nak cakap ni sebenarnya?" kali ini Lya pula yang bertanya. Seketika ayahnya terdiam, mendengarkan soalan itu buat dia tidak berhenti memandang anak satu-satunya itu.

Dia terus melihat anaknya itu dengan penuh perasaan...,

Ya Allah apakan daya aku harus melepaskan anak satu-satunya yang aku miliki ini pada lelaki itu. Sungguh aku ayah yang tidak berguna! Lya maafkan ayah tidak boleh menjalankan tugas ayah dengan betul.

"Ayah," panggilan itu buat si ayah sedar daripada terus berdiam diri. Terlihat Lya memasang wajah tertanya-tanya.

Si ayah terus mencari topik untuk dibualkan.

"Mmm... Kamu ingat lagi tak filem kesukaan kamu tu?" soal ayahnya, tapi Lya merasa pelik dengan soalan itu.

Kenapa pula tanya tentang aku punya filem kesukaan ni? Pelik pula rasanya. Dia macam tak kena dengan keadaan aku sekarang.

Tapi biarpun dilabui rasa pelik dia tetap memikirkan jawapan untuk soalan ayahnya itu. Banyak filem yang melayang di kepalanya, satu-satu dia cuba ingat. Maklumlah sekarang dia tidak lagi kerap menonton filem seperti dulu.

"Mmm... Syurga cinta?"

Tiba-tiba si ayah melakarkan senyuman. Lya bingung.

"Apa petikan yang selalu ayah ambil dari filem tu?" soalan demi soalan mereka berdua lontarkan, Lya kembali mengurik memorinya tentang filem itu.

Ingat punya ingat Lya terus saja memetikkan jarinya. Jawapan sudah jumpa, kuat hatinya untuk bersuara.

"Jadilah seorang wanita dalam bekas kaca yang sukar untuk disentuh, hanya orang yang mampu saja boleh memilikinya," jawab Lya tanpa ada sedikit pun yang tertinggal atau pun dia lupa.

Setelah mendapatkan jawapan yang dia inginkan senyuman makin lebar. Nampak, biarpun anaknya ini sudah lama tidak menonton filem itu tapi dia masih lagi boleh mengingatnya kembali.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 30 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐇𝐚𝐩𝐩𝐲 𝐄𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠'𝐬 | HIATUSWhere stories live. Discover now