01

5 0 0
                                    

"TENGOK kitaorang ini Lana. Anak dah tiga empat orang. Dari kau main dengan anak-anak kitaorang, baik kau pergi kahwin"

Kata-kata Wani buat Lana terus mencebik. Dia buat bodoh, sambung main Barbie dengan Damia, anak nombor tiga Teha.

"Calon pun takde. Kita senyap sudahlah. Kot-kot laki dia lagi handsome dari kita" Teha yang sedang menyusukan anak bongsunya membalas.

"Bukan apa, aku ini risau. Takut-takut kawan kita yang seorang ini single sampai tua. Tapi memang dah tua pun"

"Aip, aku muda lagi okay?" Lana terus membidas. Ada ke dia yang forever young ini dikata tua?

"Hangguk kau muda. Dah nak masuk 3 series dah!" Wani lepuk belakang badan Lana yang duduk di bawah.

Situasi sekarang, mereka sedang lepak dekat rumah Teha. Melawat kawan baru bersalin. Wani tinggal anak-anak dekat rumah mak mertua, konon nak me time. Lana pula hari ini dia cuti dan teringin nak tengok anak buah baru. Anak-anak Teha lagi dua orang tengah tadika, maka jadilah Lana babysitter Damia yang tak berbayar.

"Ish! Bingitlah. Dekat rumah mak aku bising, sini ada kau pun bising. Apa yang tak puas hatinya dengan hidup aku ini?" Lana mendengus tidak puas hati.

Maknya dekat rumah itu, kalau boleh, tiap hari tanya, "Dah ada boyfriend ke?" takpun "Bilalah aku nak dapat besan ini"

Macamlah semua orang tak tahu. Dia nama je Lana tapi bukan cantik macam Lana Del Rey. Muka dahlah macam mamak, gangster pula itu. Siapalah yang nakkan dia? Paling kurang pun pak guard tua gatal yang jaga blok flat dia itu.

Eee, geli!

Teha geleng kepala je tengok dua orang sahabat baik dari zaman sekolahnya itu. Malas dia campur. Dia faham je Lana itu alergik betul dengan orang lelaki. Mungkin sebab dibesarkan tanpa ayah dan tiada adik-beradik lelaki. Kalau tersentuh lelaki pun, laju je dia lap kawasan yang tersentuh itu. Berdiri pun jarak tiga meter. Kawan lelaki apatah lagi, memang zero lah!

"Dahlah, aku nak balik. Dengar Wani bebel, hilang mood aku"

"Cakap sikit pun tak boleh!"

Alkisahnya, Lana peluk cium Damia dan minta izin nak balik dulu. Satu, memang sebab dia malas dengar bebel Wani. Dua, sebab maknya suruh balik sebelum pukul 12 tengah hari. Katanya selang dua blok flat dari mereka ada majlis kesyukuran kecil-kecil. Nak sambut anak yang baru balik belajar. Jadi kisahnya dia kena ikut.

Tapi sebelum dia sampai rumah, dia singgah kedai runcit Ah Meng dulu. Nak beli top up.

"Hello uncle, top up Celcom RM30" Lana letak not RM20 dan RM10 atas kaunter.

"You tak pergi kerja ka hari ini?" Lelaki tua Cina itu buka laci dan letak kad top up RM30 atas kaunter.

"Cutiii" Lana beri senyuman lebar. Kad top up atas meja diambil.

"Thank you uncle" Lana angkat tangan lalu laju berjalan keluar. Tapi dia terus berhenti mengejut di pintu masuk kerana hampir terlanggar seseorang yang ingin masuk.

"Eh sorry sorry" Lana tundukkan kepalanya berkali-kali meminta maaf.

"Lana"

Mendengar orang itu memanggil namanya, dia terus dongak, memandang wajah orang itu.

Lelaki.

Automatik Lana terus mengundur beberapa tapak ke belakang. Badan dia rasa meremang. Nasib dia tak langgar sungguh tadi.

"Eh siapa?"

Lelaki itu senyum lebar. Dia jalan masuk ke dalam kedai.

"Masih macam dulu lagi" lelaki itu ketawa kecil. Lana dah hairan. Dia kenal ke lelaki ini? Ke kawan sekolah dulu? Tapi dia dah lama habis sekolah, belajar pun takat degree, tapi dia tak ingat pun muka ini?

"Sorry kalau saya yang problem tak ingat muka tapi saya nak cepat ini. Kalau kita jumpa lagi, Insya-Allah saya ingat muka. Assalamualaikum" tanpa tunggu balasan, Lana terus saja keluar.

Tengok jam yang dah nak dekat pukul satu, Lana terus berlari-lari anak ke lif. Habislah dia kena lepuk dengan mak dia.

***

"Aku dah kata suruh balik awal. Kan dah lambat!" Dari pintu rumah sampai dah turun tingkat, Cik Riya masih lagi bising. Dia tahu Lana jenis siap lambat, sebab itu dia suruh balik awal.

"Mak ini, tak lari pun rumah orang itu!" Lana berjalan laju, cuba mengejar langkah si emak.

Ingat senang ke nak pilih baju? Nak mekap lagi. Nak lilit shawl lagi. Pilih perfume lagi. Kata nak menantu, tengah usaha cari calon lah ini.

Selang sepuluh minit, sampai pun depan rumah Cik Tini. Tengok muka, Lana dah tau yang dijemput mesti geng-geng usrah yang selalu berkumpul dekat masjid bawah. Cik Riya pun termasuk sekali.

Almaklumlah, mati suami, anak seorang pergi kerja, seorang lagi kolej, jarang balik. Dia bosan, dia join usrah.

"Ha Riya, datang pun! Aku ingat tak datang. Duduklah dulu" Cik Tini ajak mereka ke ruang tamu. Riuh-rendah kawasan itu dengan suara makcik-makcik berborak.

Lana dah buat muka seposen. Ya, dia ajelah anak muda dekat sini. Tak ada orang muda lain dah. Dia nampak je acik Ida tadi tapi dia datang seorang. Kalau dia bawak anak dia Maria, dia ada juga geng nak borak.

Tengah sedap Lana melantak mi sup, disebalik keriuhan para makcik, terdengar suara orang lelaki beri salam dari kawasan balkoni.

"Lah Akash keluar pergi mana? Kan mama suruh tunggu je dekat dapur" kedengaran suara Cik Tini menyoal dari pintu depan.

Lana menjeling ke arah pintu. Seketika dia tersedak. Terus dicapainya air sirap dekat depan dia.

"Kau ini dah kenapa? Tak senonohlah anak dara aku ini" Cik Riya yang tengah makan dekat sebelah tepuk-tepuk belakang Lana. Spoil mood je nak borak dengan kawan-kawan.

Lepas lega, Lana terus tunduk pandang arah lain. Lah?

Lelaki itu bukan lelaki yang dia hampir langgar dekat kedai Ah Meng tadi ke? Dia anak bujang Cik Tini ke?

Lana tenangkan diri. Dia buat-buat tak nampak kelibat lelaki bernama Akash yang masuk ke dalam. Bila Akash masuk, makcik-makcik pula heboh. Berbakul-bakul pujian Akash dapat. Baru balik daripada luar negaralah katakan.

Lana intai maknya. Amboi, kemain orang tua itu memuji anak orang lain. Dulu dia degree dapat pointer 3.85 pun tak dipuji sebegini.

Ceh!

"Assalamualaikum Lana"

Lana tiba-tiba kekok.

"Waalaikumussalam" Lana masih lagi pandang bawah. Mi sup tadi dah licin. Lana menyesal pula tak bangun tadi pergi tambah.

Dari bayang, Lana nampak lelaki itu duduk di kerusi meja hadapan. Lana toleh sebelah.

Bila masa pula mak dia hilang?

Nak tak nak Lana hadap wajah lelaki itu. Sumpah dia tak kenal.

"Sorry tapi kita kenal ke eh?"

"Tak ingat ke? Saya Akash lah" Akash beri senyum nipis. Lana tak ingat dia ke?

"Akash mana ya?" Lana masih mencari bentuk wajah itu dalam memori tapi tak jumpa. Memori dia sudahlah sebesar 2MB.

"Kita satu kelas dulu waktu form 4 dengan form 5. Ingat tak?" Akash masih cuba ingatkan Lana. Mustahil Lana tak ingat. Mereka satu kelas kot? Tempat duduk Lana depan dia je dulu.

"Eh sorry wak. Saya betul-betul tak ingat. Habis sekolah lama dah kan? Jadi saya tak ingat muka" Lana ketawa kekok. Gila, SPM 2007 kot? Sekarang dah 2016. Mana dia nak ingatnya?

"Oh ya ke? Okaylah, first of all, nama saya Muhammad Akash Yusuf. Awak?"

"Saya Nur Lana Yusnah. Erm, hi?"

"Selamat berkenalan Nur Lana Yusnah"






You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 14 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Love,LanaWhere stories live. Discover now