Part 11

91 4 0
                                    

Di lihat Fathvin sudah terkulai lemah bersandar di dinding . Terus laju sahaja kaki mereka semua mendapatkan Fathvin.

"Fathvin !?" Terdengar cemas dari suara Tuanie.

Terbuka kecil mata Fathvin, nafas berat di lepaskan melihat sahabatnya masih dapat meresponkan panggilannya, walau hanya sekadar membuka mata .

"Bukan aku suruh kau tunggu dulu, hah? " Satu tamparan perlahan singgah tepat di bahu Fathvin. Tersenyum kecil lelaki itu, dia tahu bahaya untuk dirinya kalau datang seorang. Tetapi anaknya masih diutamakan. Lagi risau anaknya di apa - apa kan. Biarlah dia terkulai lemah sebegini. , asalkan dia tahu anaknya masih selamat.

"Mana anak kau? " Soal Romaszie sambil mengarah anak buah mereka agar mengawasi keadaan tempat.

Jari dihalakan di satu hutan, Parten telah membawa anaknya masuk kedalam hutan itu. Di sudah tidak berdaya mahu berlawan, selepas kakinya ditembak dan di belasah sehingga lemah. Akhirnya dia hanya mampu menunggu Tuanie dan Romaszie datang.

"Kau orang, jaga Fathvin. Yang lain ikut kita orang ." Diarah kepada 5 orang anak buah mereka agar menjaga dan mengubat Fathvin terlebih dahulu .

"Continuate a muovervi tutti, muovetevi velocemente ma lentamente. L'udito di Parten è molto chiaro. I suoi uomini sono ovunque. Sapevano che stavamo arrivando." Tuanie memberi amaran. (Jaga pergerakkan kamu semua, bergerak cepat tetapi perlahan. Pendengaran Parten sangat jelas. Anak buahnya ada di mana - mana sahaja. Mereka tahu kita akan datang. ) Italian.

"Kau dengan mak kau sama je. Suka sangat pentingkan orang tersayang . Buat apa hah!? Lebih baik pentingkan diri. Diugut bunuh pun kau tak takut. Ini aku suka, perangai macam mak kau. Tak putus asa, lagi mencabar pada aku !" Dari jauh terdengar suara Parten berbicara kasar dengar Orkid.

Anak perempuan yang baru berusia 6 tahun itu sangat berani seperti isteri Fahvin dahulu , mak angkat Orkid sendiri. Mawar A'tiqah Issabel. Sememangnya Orkid merupakan anak angkat mereka .

Dush!

Seorang anak buah mereka ditendang dari belakang.

"Now! " Diberi arahan kepada Emir dan beberapa anak buah yang telah siap sedia di atas pokok beserta senjata.

Orkid dibawa lari ke kawasan pendalam lagi selepas Parten mengetahui Tuanie telah tiba untuk membantu sahabatnya . Romaszie diarahkan supaya mengawal dan mengarah semua anak buah mereka , semetara Tuanie mengejar Parten .

" Daddy tolong. " Orkid menjerit kuat apabila dia dibawa lari. Sememangnya, Tuanie membahasakan dirinya 'daddy' kepada Orkid kerana gadis itu, dari kecil telah ada dengan Fathvin ketika melakukan sebarang misi. Gadis itu sangat setia dengan ayahnya .

" Watashi ga oshieta aite no ugoki o tsukaimasu." Diberi arahan kepada Orkid. (Gunakan pergerakkan lawan yang telah saya ajar. ) Japan .

" Masaka, kare wa watashi o shibaritsukete shimatta" Balas Orkid kuat. (tak boleh, dia telah mengikat saya) Japan.

Gadis kecil itu telah mengetahui seni mempertahanankan diri kerana Fathvin dan Tuanie telah mengajar Orkid semua itu.

"HAHAHAHA! " Parten ketawa jahat setelah dia telah menggantungkan Orkid di sebatang pokok.

"Kau nak dia selamat ? Kau mati,dia selamat. Fahtvin MATI, dia selamat.
Faham!? " Ternyata dendamnya pada Fathvin masih belum pudar walau secebis rasa .

"Kau dah hantar mama aku sebelum aku lihat mukanya sendiri. Sekarang kau nak hantar papa aku pula? Dasar sial !" Jawapan berani dari Orkid, pandangan Parten ditentang berani tanpa ada sebarang getar pun.

" Wow, kau dengan mak kau semua sama! Hampir semua ! Rambut warna sama , hitam pekat. Kulit warna sama . Muka sama. Semualah sama. Ini membuatkan aku bertambah suka dekat mak kau yang lama mati! "

Dimain -main rambut Orkid yang sedang digantung terbalik .

Kata - kata dan perbuatan lelaki itu membuat amarah Tuanie dan Orkid membara .

Dalam tidak sedar, Orkid sempat mencapai seketul batu sebelum dia dilarikan kedalam hutan yang lebih mendalam sebentar tadi , lalu dia menggosokkan pada tali yang diikat pada tubuhnya sementara Tuanie dan Parten sedang bergelut .

"Kau ingat kau boleh buat macam apa yang kau buat pada mak aku? Aku akan balas balik setiap apa yang kau buat sial. " Bisik Orkid, tidak didengari oleh sesiapa.

Setelah dirinya terlepas, sempat dia melihat pistol Tuanie Adran sudah jatuh di atas tanah, laju sahaja tanggannya mengambil pistol itu.

Muncung pistol dihalakan karah Parten, walaupun Tuanie dan Parten masih bergelut. Namun ketelitian mata gadis kecil dan muda masih jelas menangkap setiap pergerakkan yang Parten lakukan.

3

2

1

And then...

Bang!

Peluru tepat mengena pada leher Parten. Terkejut Tuanie dibuatnya, di lihat pistol yang dipegang Orkid adalah milik Tuanie. Sejak bila gadis itu mengambil pistolnya? Dia sendiri tidak menyedari.

Bang!

Bang!

Bang!

Hampir sepuluh peluru sudah tembus masuk kedalam tubuh Parten, Taunie hanya melihat aksi Orkid. Selagi gadis itu tidak puas melepaskan rindunya kepada ibunya, maka setiap kali itu lah peluru itu akan tembus badan Parten.

"Little girl, stop it ! " Arah Fahvin dari jauh. Dari mana datangnya Fathvin? Tuanie masih keliru. Ditenung tajam muka Fathvin. Anak buahnya tidak menjaga Fahtvin ke?

"No! Orkid akan buat mayat dia tersiksa macam mama rasa. Orkid tak puas hati lagi papa. "

"Please little girl, stop it. " Dipeluk tubuh anaknya dari belakang, kemudian dia pengsan bergitu sahaja kerana darahnya sudah hilang banyak.

"Papa! "

"Fathvin! "

"Romaszie! " Laung Tuanie kuat untuk mendengarkan Romaszie disana. Mahu diminta bantuan daripada sepupunya setelah melihat Fathvin begitu.

Dipikul tubuh Fathvin . Manakala Orkid di ikat dibelakangnya sendiri. Takut kanak-kanak itu jatuh , tersembam bumi.  Orkid juga kelihatan lemah. Dipikul dua tubuh itu serentak.

Dia berjalan mencari laluan yang telah dilaluanya tadi.

Terdengar esakkan Orkid dibelakangnya . Dibiarkan sahaja gadis itu melepaskan rindunya. Yang penting Parten tewas ditangan anak wanita yang telah menjadi buah hati Parten sendiri. Sudah lah suka selepas Fathvin kahwin... dasar penyondol .

CINTA MAFIA : THE KING OF LIONSTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang