BAB 19 |

934 37 5
                                    

TRAUMA - EISYA

_________

"MAMA Ayah, kita orang gerak dulu" Haydhar menyalam tangan kedua mertua nya itu

"Iya lah, baik baik dekat jalan nanti. Jangan lupa baca doa, Ayah dengan Mak kirim kan doa untuk kamu berdua saja" ujar Encik Fazrin sambil menepuk perlahan bahu Haydhar

Haydhar mengganguk sambil tersenyum perlahan sebelum Zahra mengikut menyalam tangan kedua orang tua nya

Dia memeluk Mama nya erat

"Mama jaga diri ya? Jangan sakit sakit tau, Zahra bercuti tak lama pun. Nanti Zahra dah sampai dekat sana nanti Zahra bagitahu Mama okay?"

Puan Mila hanya tersenyum dan mengganguk kan kepala nya sebelum kembali memeluk anak perempuan nya erat.

Setelah mengucap kan salam tinggal Haydhar dan Zahra mula bergerak keluar dari perkarangan rumah itu.

________

Semasa didalam kereta kedua nya hanya saling membisu. Entah kenapa merasa lebih selesa berdiam atau memang tiada topik untuk di bual

Haydhar mencuri-curi pandang ke arah Zahra dengan ekor mata nya

Dilihat Zahra yang sedang bermain jari jemarinya sesama sendiri itu membuat kan senyuman manis di bibir Haydhar terseni.

'Main jari je? Nasib comel' Haydhar tersenyum kecil lagi sekali mengingatkan itu sebelum kembali menyimpan senyuman nya

Wajah datar dipasang di wajahnya sebelum dia mendehem sedikit kuat

"Ehem"

Haydhar melirik ke arah Zahra

Nampak Zahra mengerakkan sedikit badan nya Haydhar menaikkan sedikit bibir nya sebelum kembali mengendur

Zahra yang hanya membetulkan kedudukan nya sambil merapikan beg sandang kecil diatas pahanya itu sebelum melihat ke arah luar cermin kereta

Mulut Haydhar terbuka sedikit. Terkejut dengan tingkah laku Zahra

Dia menggigit tepi dalam pipi nya sambil menggengam kuat setreng kereta itu

Dia menekan sedikit kuat pedal dibawah bagi melajukan sebelum dia meng'brek' kan secara mengejut itu membuat kan Zahra hampir terdorong ke hadapan

Zahra melompongkan mulutnya

"Apa awak buat ni Haydhar?! Saya hampir terhantuk dekat dashboard ni tahu tak?!" marah Zahra sedikit meninggi suara nya

Haydhar hanya mengangkat sedikit bibir nya

"Ada suara rupanya. Ingat kan dah bisu" dia melihat sekilas ke arah Zahra yang sudah bertukar warna muka nya itu menjadi merah padam

"Siapa suruh pendek sangat" sambung Haydhar sebelum menerima cubitan ketam di pinggang nya

"Aduh! Aduh! Wei sakit lah! Nanti lebam macam mana? Habis badan sado aku ni" Haydhar mengusap perlahan bekas cubitan itu

"Balasan! Siapa suruh kacau saya? Tak boleh ke fokus je memandu tu? Kenapa sibuk nak kacau orang? Dah tak ada benda lain nak buat ke?"

The Last One Where stories live. Discover now