Lee Byun-ji

760 19 0
                                    

Assalamualaikum dan hai. Selamat datang dicerita Liv yang tak seberapa ni. So kenalkan nama aku cinta but korang call aku Liv. Kalau ada yang tak berapa suka dengan cerita ni boleh cari cerita yang lain lah. So Liv terima saran dan makian kamu semua tapi harus yang beradab
(Tolong vote dan komen ye?)
Sebelum baca follow dan vote.
.
.
.
.
.

Petang ni aku akan pergi mula bekerja disebuah Mansion. Pada mulanya aku mencari kerja untuk keperluan sehari-hari ku tapi ini bukan kerja yang aku inginkan

Aku menjadi Maid c Tuan Muda lebih tepat nya Maid keluarga Park. Yang terkenal sangat kaya raya

Keluarga yang sangat disegani entah itu sifat atau orangnya langsung. Mereka juga terkenal akan keangkuhan yang sangat tinggi

Ah lebih tepatnya percaya diri. Untuk saat ini aku akan terima sebab itu kalau aku tak berapa suka mungkin aku akan cari kerja lain

Setelah menempuh perjalanan selama 30 minit kini aku berada disebuah Mansion megah

Tapi aku rasa ini bukan Mansion tapi Istana yang maju. Aku dituntut oleh salah satu maid yang berada disini

"Byun-ji ini adalah bilik mu nanti keluarga besar Park akan datang pas makan malam jadi sekarang kamu tidak memiliki kerja untuk saat ini jadi berehatlah" Jelas maid itu Hun Wirne

"Baik Bibi Wirne"

"Rehatlah"

"Hm"

Bilik ini luas aku pun tidak tahu apakah semua bilik maid akan seperti ini?

Aku juga heran kenapa ada dua lemari? Apakah ada maid lelaki?

Tanpa berlama-lama aku pun mengemas semua baju aku dari baju hingga dalaman ku

Disini juga bersih disainernya sangat bagus warna kesukaan ku iaitu blue black aku suka warna biru sebab langit manakala hitam malam

Setelah habis mengemas aku tidak rehat sebab aku dah lama tidur jadi aku pun keluar niatnya ingin menolong yang lain

"Bibi Wirne"

"Eh? Byun-ji? Kenapa tidak rehat?"

"Apa aku boleh masak? Alang-alang sebagai bentuk terima kasih kepada keluarga Park yang sudah menerimaku bekerja disini" Jelas ku

"Kamu suka memasak?"

"Iya, dulu semasa ibu saya masih ada saya suka menolong ibu selepas itu ayah saya yang akan menjual. Ibu juga pernah ditawar untuk bekerja sebagai chef disebuah hotel tapi ibu merasa tak sedap hati jadilah ayah yang mencuba memujuk kawan dia untuk memberi masa kalau ibu nak dia akan bagitahu tapi kalau tidak ya sudah"

Sambil aku bercerita aku mula menyiapkan bahan mungkin aku akan masak makanan kesukaan ibuku

Iaitu makanan laut seperti sotong, katam, ikan, udang, dan sebagainya

"Hmm bibi Wirne apakah dalam keluarga Park ada yang tidak menyukai makanan laut?"

"Ada dia Park Seul dan Park Sul-de kedua kembar itu tidak berapa suka makanan laut tapi mereka cuma suka ayam dan octopus ah iya bibi lupa Tuan Muda park dia ada alergik katam dan udang selain itu dia boleh makan" mendengar penjelasan bibi Wirne aku pun menganggukkan faham

Aku membuat ikan goreng yang dihiasi dengan sos cili dan beberapa kentang di sisi ikan

Selepas itu aku memasak katam dan udang seperti divideo yang aku lihat selalu err itu mukbang? Aku pernah buat ya walaupun aku Korea aku tak berapa suka pedas

Seterusnya aku memasak ala-ala makanan orang Malaysia ayam masak lemak dan juga kicap dan octopus aku masak goreng dulu baru masak kari uish sedap tu

Setelah semuanya siap aku pun masak makanan penutup iaitu puding dengan berbagai rasa

Maidku Isteriku ; Lee & ParkWhere stories live. Discover now