TPPL 7

162 11 0
                                    

Vote dan komen lah jangan baca je
Thanks you
Happy reading
.
.
.
.
.

Sebulan telah berlalu kini semuanya kembali semula seperti biasa. Byun-ji juga mula masuk universiti yang sama dengan Bunji. Disebelah universiti mereka ada Tadika kemas yang mana semua kanak-kanak akan bersekolah disana

Dari umur 3 tahun hingga 6 tahun. Disana cuma ada belasan murid tidak banyak kerana hari ini hari pertama Byun-ji akan masuk universiti jadi dia pun bangun pagi walaupun selalu bangun pagi

Selesai mandi Byun-ji pun turun kebawah untuk membuat makanan kerana sekarang masih jam 5 pagi. Hanya makan biasa-biasa saja makan tidak berat dan juga ringan. Ada roti, ayam lemak dan juga makanan penutup puding coklat serta blueberry.

Selesai semuanya Byun-ji pun naik keatas nak bangunkan suaminya dan anaknya. Jam sekarang menunjukkan pukul 6:47 pagi yang mana keluarga Park telah pun bangun.

Sehabis membangunkan keduanya Byun-ji pun turun kebawah disana telah ada Sulji dan Byu-Silna. Byun-ji hanya senyum ketika mendapat sambutan dari Byu-Silna.

"Nah! Anak manis dah cantik" Girang Alin sambil bertepuk tangan melihat pakaian Byun-ji yang sangat rapi dan comel. Sangat sesuai dan ngam dengan dirinya.

"Mestilah kan nak masuk universiti" Balas Byun-ji sambil tersenyum manis. Byun-ji pun duduk sama setelah beberapa minit mereka semua pun makan.

"Jom makan"

Habis sahaja makan keempat orang itu pun minta diri untuk pergi ke sekolah masing-masing. Semasa dalam perjalanan ada sedikit kendala yang diperbuat oleh kembar beza minit itu.

Semuanya gara-gara Sul-de yang ketinggalan barangnya sampai-sampai Bunji harus putar balik. Byun-ji hanya menggelengkan kepalanya heran dengan perangai Sul-de yang jauh beza dengan Seul. Memang anak bungsu.

"Nanti jangan nakal-nakal awas mommy dengar Miss Zilah lapor abang buat hal dengan kawan abang siap mommy denda" ancam Byun-ji

"Iya mom"

"Papa! Nanti kalau abang dan adik tak buat hal papa nak bagi apa?" Tanya Sul-de

"Papa akan bagi hadiah untuk Sul-de dan Seul. Itu adalah janji Papa" Kata Byun-ji

Jadi kembar ini memanggil Byun-ji beza-beza sebab Seul tak nak adik dia ikut-ikutan panggil mommy jadi lah Sul-de mengalah dan memanggil Papa.

"Dah masuk jangan nakal-nakal"

"Iya Papa/Hn mom"

Ketika punggung keduanya tidak terlihat Byun-ji dan Bunji pergi ke Universiti mereka yang berada sebelah saja. Universiti Byun-ji ni sangat dipenuhi dengan tanaman dan pokok-pokok. Sampai-sampai bangunan mereka pun ada daun-daun.

Yang membuat kesan universiti mereka ni damai dan harmoni sangat tenang. Orang-orang di sana juga tak peduli. Tidak seperti universiti yang lain mungkin ada yang seperti monyet teriak sana sini lepas itu ada orang hutan Kut. (Orang pintar mah beza yekan)

"Nanti rehat sama abang. Jangan pergi mana-mana kalau ada yang ajak cakap je ada husband dah" Perintah Bunji

"Ehh ... husband konon dah sana jangan lambat pulak" Ucap Byun-ji dengan senyuman manisnya

Chup

"Bye"

"Bye"

Ketika punggung Bunji tak terlihat Byun-ji pun masuk kedalam kelasnya dan seperti awal-awal dia masuk senyap tidak ada suara seolah-olah hanya dia je yang berada disana.

Byun-ji melangkah kearah bangku yang kosong yang berada dibelakang sekali. Jadi disini murid akan duduk bertiga. Mungkin semua murid hanya akan duduk didepan saja kali sebab tidak ada seorang pun yang berada disana.

Maidku Isteriku ; Lee & ParkWhere stories live. Discover now