36

64 4 0
                                    


"Thanks Rock bawa aku malam ni" serius dia sangat terasa lapang di dadanya malam ni. 

"Tak ada apa la Ket. Kalau kau tak ada pun,aku biasa datang sini dengan Lily dan Ema. Nah kasut kau" Rock menghulurkan kasut yang diambil di loker. Ket menyambut dan terus menyarungkan kasut. 

"Lagi satu,kau kata siang tadi,nak tengok gelandangan kan. Tu ha ada. Panjang umur" jari menunjukkan ke satu arah pada Ket. Mata Ket menoleh.

"Tu ke? Serius?!" Macam tak betul je.

"Ya betul. Kenapa pula kau terkejut?"

"Tak selekeh pun?" Dia bayangkan rambut panjang,baju koyak, suram,muram, kusam. Ni dengan tshirt elok, long coat,jeans yang elok dan muka pun bersih je.

"Laaa siapa kata gelandangan wajib selekeh?" 

"Selalu kan gelandangan kotor, comot, busuk?"

"Tempat kita mungkin macam tu tapi kat sini memang lain. First aku datang sini pun aku terkejut macam kau tadi. Sebiji reaksi macam kau" dari tadi dia nak gelak. Teringat pada diri sendiri. 

"Ye ke. Mana tak terkejut,pakai macam balik office." Sesungguhnya benarlah kata Allah. Kehadiran mereka ni sebenarnya ujian untuk kita yang memandang. Berdosanya aku judge sesuka hati pada mereka.

"Tu kau belum tengok yang muda,handsome pun ada" sambungnya lagi.

"Kau ni. Ke lain pula dah. Jom la balik"

"Jom. Tak sabar nak repeat nasi lemak sambal kerang kau. Tadi aku makan sikit je sebab nak datang sini". Happy betul terbayang sambal kerang sampaikan siap pegang tangan dan berhayun tangan berdua dengan Ket untuk balik ke rumah.

"Kau ni. Macam-macam" layankan je lah minah ni hayun tangan macam budak keluar tadika.

"Rock, lega dan lapang sangat hati. Bila tengok orang gelandangan tadi,mengingatkan aku pada satu surah ni, aku tak pasti surah apa, balik nanti aku recheck"

"Apa kata dalam surah tu?"

"In Gardens they will question concerning the sinners, 'What caused you to be thrust into the Scroching Fire?They will reply: 'We were not among those who prayed and we did not feed the needy." Rock mengangguk bersetuju. 

"Sambil dengar tazkirah,dapat belajar dari alam"

"Balik ni pula belajar makan kerang sambal. Sambal tu berhantu,Ket. Kau habis belajar nanti kau tak payah jadi engineer la. Kau buka kedai jual nasi lemak berlauk. Berniaga ni kan bagus,Ket. Kau pun minat kan" dia berazam nak jadi pelanggan tetap Ket. 

"Tengoklah macam mana. Aku suka juga berniaga tapi malu lah nak jerit panggil customer. Buatnya tiba-tiba tune lari, dengan customer sekali lari."membayangkannya sahaja dah buat dia malu sekarang ni. 

"Customer lari tak apa. Jangan kau yang lari,tinggal kedai je. Kenyang la customer kau nanti" dia tak pelik kalau Ket yang lari tinggalkan kedai. Dasar introvert berhemah!

"Esok aku ada kelas pagi,Ket. Kau ada nak ke mana-mana ke?" Rock beritahu siap-siap supaya Ket boleh planning malam ni, dan dia pun boleh bantu itinerary esok.

"Zoo?" Malu-malu dia beritahu kehendak hatinya. Macam budak-budak tadika je rasa minta pergi zoo. Budak sekarang minta pergi konsert BTS Blackpink bagai, dia minta pergi zoo.

"Alright, we will plan together okay? InshaAllah kau tak akan sesat kalau kita plan betul-betul, nak-nak pula ada sambal kerang kejap lagi" tak habis lagi dia ni. MashaAllah sedap sangat ke air tangan aku ni. Ket tersengih je. Ni kena ready pil chi kit teck aun untuk Rock. Banyak sangat kerang dah jadi mangsa perut Rock.

[💚COMPLETED] JODOH MR.MINEWhere stories live. Discover now