[ un ]

4 0 0
                                    

" Asya ! "

Bugh !

Dengan tercungap-cungap si gadis yang berusia 26 tahun itu bernafas dek jatuh dari katilnya yang waktu sudah menunjukkan 7.00 pagi

"Astaghfirullahalazim.. Ya Allah kenapa mimpi tersebut masih terngiang-ngiang dekat kepala aku Ya Allah."

Asya bangun dari katilnya lalu ke tandas untuk membasuh muka , dan turun ke dapur lalu menyapa si ibu yang sedang menyiapkan makan pagi

"Umi !! masak apa tu ??"

Terkejut dengan sapaan si anak , Maziah ibu Asya menepuk bahu si anak gadisnya itu dengan lembut

"Salam tak ada disergahnya orang dari belakang macam tu ! Mati umi kat sini macam mana?"

Bebel si Ibu , Asya mencebik lalu meminta maaf dan memeluk ibunya

"Asyik cakap pasal mati je , cakap pasal menantu tak ada pula"

"Amboi kau , bangun pun ada hari je awal , kalau tak aku gerakkan memang macam mayat hidup je kau dekat atas katil tu Asya Maisara"

Asya terbahak-bahak memegang dada kerana melihat reaksi si ibu yang sudah mahu meletup macam bom DND kerana gurauan Asya itu

"Umi ni haha ! Acha gurau je umi , nanti kalau Acha kahwin siapa nak teman umi kat sini"

"Tak apa aku pergi je intai duda sebelah rumah"

Lagi terbahak Asya ketawa kerana si ibu kalau sudah dicucuh sedikit terus kaw kaw dia memerlikan gurauan Asya tadi

Sedang leka kedua beranak itu berbual , datang si angah yang baru bangun tidur lalu sudah mahu keluar tanpa menyapa si ibu dan kakak di dapur

"Amsyar dah nak keluar ke ? makan dulu "

"Tak apalah , Amsyar kenyang"

Asya yang melihat itu hanya menjeling lalu memeluk belakang ibunya kembali

"Biar je Asya dengn Amer makan nanti , nampak selek sangat bab makan anak jantan umi tu sorang"

Puan Maziah hanya mengangguk dengan senyuman sedih kerana anak keduanya itu payah sekali mahu diajak berbual , apatah lagi makan sekali pada waktu pagi

_

"Semua sekali rm50 cik" ujar tuan kedai yang berdiri di hadapan Asya

Asya sudah terbeliak biji mata , makannya cuma roti canai dua keping je sampai rm50 kenapa ?

"Akak nak bergurau dengan saya ke kak ? saya dah lewat nak pergi kerja ni"

"Apanya saya nak bergurau , betul la ni rm50"

Asya menggaru kepalanya , makan roti canai dua yang kosong je , air kopi sampai rm50 ? Serupa makan Salmon en papilotte

"Aku duduk Paris tiga tahun tak ada pun sampai rm50 macam ni arghhh nak tak nak bayar ajelah"

Asya dengan tidak rela hati membuka dompetnya , mukanya pun sudah mahu menangis kerana makanan yang perlu dibayar tidak logik akal harganya.

"Nah rm8.00" hulur seorang jejaka tiba ii kepada tuan kedai

"Akak tersalah tengok resit tu , tu resit saya dengan team saya"

Asya yang melihat tangan kekar disebelahnya auto berpaling , kus semangat rupanya itu rakan sekerjanya

"Eldry !" jerit Asya kecil

Tuan kedai yang masih terpinga-pinga melihat resit ditangannya semula , nasib lelaki yang bergelar Eldry itu menegur
kalau tidak aniaya orang lain yang haru membayar lebih rm42.00.

"Ya Allah ! Maafkan akak , nasib awak tolong betulkan , maaf ye dik"

Tuan kedai berasa serba salah lalu meminta maaf berulang kali kepada Asya , Asya hanya tergelak kecil

"Takpelah akak , terkejut juga saya tadi"

Setelah selesai urusan di kedai roti canai itu , Asya dan Eldry memulakan langkah ke bangunan gah diseberang jalan kedai itu

To be Continued..

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 13 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Jambes Féminines [ OG ]Where stories live. Discover now