01

1 0 0
                                    

Irdini berjalan berseorangan daripada kantin untuk ke kelasnya. Terdapat juga beberapa orang pelajar sedang berjalan bersama rakan-rakannya untuk balik ke kelas mereka. Waktu rehat tingkatan 5 baru sahaja tamat 5 minit yang lepas.

Irdini berhenti didepan cermin yang terletak berhadapan dengan dinding kelasnya. Tudung yang terletak elok diatas kepala dibetulkan sedikit awningnya.

Sedang leka Irdini membetulkan awningnya,tiba-tiba seorang lelaki tanpa sengaja terlanggar tangannya dan membuatkan Irdini terkebelakang dan hampir  ingin terjatuh.

"Weyh dini!"

Nasib Irdini baik,Izzah a.k.a salah seorang dari kawannya sempat menahan badan Irdini dari terjatuh.

"Woi Akmal! Hati-hati lah sikit jalan tu! Lain kali jalan pandang depan,bukan belakang! Dah ada mata empat pun,still rabun."marah Izzah.

"Maaf! Aku nak cepat ni!"kata lelaki itu sebelum berlari untuk masuk ke kelasnya.

Izzah menggeleng sebelum memandang ke arah Irdini.

"Kau okay tak,dini?"tanya Izzah.

"Em okay je. Siapa yang langgar aku tadi? Aku tak perasan muka dia."kata Irdini sambil mencari gerangan lelaki yang melanggarnya tadi. Dia hanya sempat dengar suara dan cam begnya sahaja. Warna putih ada keychain dinosaur.

"Budak theta,yang satu van dengan aku tu."kata Izzah.

"Ouh, apa eh nama dia? Mal? Kamal?"

"Akmal wak."

Dini mengangguk.

"Ha dah jom. Kita kena pergi makmal fizik. Cikgu Diana suruh kita tunggu kat sana."kata Izzah lalu menarik tangan Irdini masuk ke dalam kelas.

"Yang lain mana?"tanya Irdini sambil melilaukan matanya mencari kawannya yang lain.

"Ada,Dorang tengah tolong cikgu angkat barang-barang. Kita ambik sekali buku Dorang bawak pergi makmal."

"Haaa ok."









°°°°









Semua budak 5 theta sedang fokus mendengar perkara yang diajar oleh Cikgu Rabiatul iaitu guru Matematik mereka di hadapan kelas. Ada yang sedang menulis,ada yang hanya mendengar dan ada jugak yang matanya memandang ke hadapan tapi otak ke lain.(Normal lah tu en)

Selepas mengajar selama 30 minit,Cikgu Rabiatul memberikan mereka kerja yang harus mereka siapkan mengenai tajuk tersebut. Semua murid kelas itu,fokus dalam melakukan kerja yang diberikan itu termasuklah Akmal.

Sedang Akmal fokus dalam membuat kerja , tiba-tiba pinggangnya dicucuk. Terus tegak badan member tu.

"Kau nak mati awal ke,Syahmie?" Akmal memberikan jelingan yang tajam ke arah rakannya yang bernama Syahmie itu.

"Hehe,maaf maaf. Ni aku nak tanya ni."

"Hm tanya lah."

"Apa yang aku dengar jerit-jerit kat luar tadi. Dengar macam ada orang sebut nama kau. Asal?"tanya Syahmie.

Dahi Akmal berkerut seketika sebelum mulutnya meng'ouhh'kan dan mengangguk faham.

"Ouh yang tu. Tadi aku terlanggar salah seorang dari kawan Izzah. Kau kenal kan Izzah mana? Aku yakin kau kenal. Pastu kau faham-faham lah suara member tu macam mana. Itu aku rasa baru sikit dia jerit,itu kalau kuat lagi tu,mahu dengar sampai pondok pengawal."terang Akmal sambil menggelengkan kepalanya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 11 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

My Favourite Boy Where stories live. Discover now