0.4

34 11 0
                                    

· · ·

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

· · ·

"Dah kunci pintu?" soal Beomgyu. Dijawab dengan anggukan kepala Hueningkai.

Mereka berlima duduk bersembunyi di sebalik meja panjang itu tanpa ada suara dikeluarkan. Nafas masing-masing kian kencang. Peluh di dahi semakin banyak keluar.

Tap. Tap. Tap.

Bunyi tapak kasut kulit kedengaran di luar makmal. Seakan menunggu mereka untuk keluar dari situ.

Mereka menutup mulut, berusaha untuk tidak bersuara walaupun hampir tidak bernafas. Tangisan pula mengalir tumpah kerana terlalu takut.

Mereka seperti tidak mahu pergi. Bunyi senapang yang didengari oleh lima pasang telinga menambah lagi getaran di dada.

Lima minit kemudian, bunyi tapak kaki tadi tidak lagi kedengaran. Sunyi di luar sana.

Yeonjun dan yang lain berfikir bahawa askar tadi sudah pergi. Dengan itu, nafas  masing-masing ditarik dan hembus gelojoh.

"Kita kena keluar dari sini sebelum diorang jumpa kita," cadang Soobin. Empat lelaki itu mengangguk setuju.




[✓]  Run  |  TXTWhere stories live. Discover now