Bab 5 : Contract

148 8 0
                                    

"LET me get this straight, kau nak kami berdua berkahwin untuk setahun sahaja?" soal Rayyan sambil menghempaskan beberapa helai kertas yang disatukan dengan menggunakan stapler. Nadanya kasar walaupun suaranya kekal tenang. Air kopi yang disediakan itu diambil lalu dihirup sedikit demi sedikit.

"Ya, setahun sahaja. Then, you can do whatever you'd like. Divorce or stay married, it's up to the both of you," jelas Ian.

"Is this really necessary-".

"Look, we're trying to save your reputation Rayyan. Perkara macam ini dah selalu jadi pada saya, not you. Most people know I'm not a good person. Tapi, semua orang tahu awak seorang yang berpengaruh tentang agama. It looks bad for you and I'm sorry. Sebab itu saya ajak awak kahwin," potongnya bagi menjelaskan situasi mereka.

Rayyan diam, memikirkan situasinya dan situasi wanita itu. Benar, ini kali pertama perkara begini terjadi padanya. Namun, ia tidak bermakna mereka perlu berkahwin.

This is something serious, not the marriage game we'd play when we were kids.

"Bagi aku masa untuk fikir," ucapnya perlahan. Ian angguk, tanda setuju. Dia berdiri, mengambil helaian kertas yang terbiar di atas meja kayu itu.

"Don't take too long though," katanya sambil menepuk bahu Rayyan, perlahan. Astra membuntuti langkah managernya. Loceng di atas pintu masuk itu berbunyi menandakan mereka sudah keluar. Rayyan kembali duduk di kerusi itu, menghabiskan kopinya sambil mengeluh.

'Mampukah aku lalui ujian ini, Ya Allah?' bisiknya di dalam hati.

• • •

"MACAM itu lah ceritanya..." kata Rayyan sambil mengeluh.

"Parah masalah kamu ni," ucap Encik Malique sambil ketawa perlahan. "Honestly, it's up to you if you want to marry her or not. Mulut orang memang susah kita nak tutup. Nasihat abi, kamu mintalah petunjuk daripada Allah. Buat solat sunat istikharah dan tahajjud.".

Rayyan angguk, tanda faham.

"Nah, makan," arah Puan Maryam sambil meletakkan seketul ayam goreng di pinggan Rayyan. "Sudahlah fikir masalah kamu tu, makin susut berat badan nanti. Dah macam putus cinta pula.". Kali ini, Rayyan ketawa bersama ayahnya.

Sejak malam itu, Rayyan bangun sepertiga malam untuk melakukan solat sunat tahajjud dan solat sunat istikharah. Dia tidak menyerah dalam meminta petunjuk daripada-Nya. Bahkan dalam solat 5 waktu, doanya tetap sama.

• • •

JAM di dinding menunjukkan 8 pagi. Encik Malique sudah ke pusat tahfiz untuk mengajar seperti biasa. Puan Maryam pula berada di dalam bilik kerana mengalami sakit kepala. Sudahnya, hanya Rayyan dan Ayesha yang berada di ruang tamu sambil menikmati sebungkus nasi lemak.

"Kak Sha rasa, betulkah apa yang saya buat ni?" soal Rayyan secara tiba-tiba.

"What do you mean?".

"Sepanjang seminggu yang Rayyan buat solat sunat istikharah, entah kenapa hati Rayyan lagi rasa nak setuju dengan permintaan Astra. Tapi, Rayyan takut itu sebenarnya nafsu Rayyan. Rayyan takut Rayyan tak dapat nak hadap ujian yang akan datang ketika kami di alam perkahwinan," luahnya panjang lebar.

Ayesha diam, meneguk air teh o yang tersedia di dalam gelas di hadapan mereka. "Kamu dah doa sebanyak yang mungkin, betul?". Soalannya dijawab dengan anggukan oleh Rayyan. "Jadi, apa yang nak dirisaukan?". Rayyan diam, merenung nasi lemak yang telah habis dimakan.

2 | Beza (Hiatus)Where stories live. Discover now