Keluhan dilepaskan oleh Illena lalu menghempaskan tubuhnya ke atas tilam empuk. Buat beberapa waktu dia memejamkan matanya bagi melepaskan lelah yang sudah dia lalui buat sepanjang hari.Kemudian mencapai telefon yang berada di atas meja lampu. Aplikasi Instagram dibuka bagi membuang bosan pada malam hari. Story ditekan pula dengan longlai dan rasa bosan.
Sesekali dia menghembuskan nafas bosan. Skrin ditekan dengan laju, seolah-olah sedang bermain permainan video.
Kita semua pasti tahu bahawa apabila kita melihat story orang , pasti ia diselitkan dengan iklan-iklan aplikasi ataupun laman web yang tidak pernah kita install. Kan ?
"Aish!" keluh Illena apabila jarinya menekan iklan tersebut semasa melihat story, secara tidak langsung telah membawanya ke laman web yang kurang familiar untuk dia.
characterai2.0@gmail.com
Hairan. Namun perkara itu telah membuatkan dia tertarik dengan laman web tersebut. Character AI ? Kita boleh berkomunikasi berdasarkan karakter yang dipilih ?
Illena menggariskan senyuman kecil. "Bagus juga website ni !" gumamnya perlahan sambil tangannya lincah meneroka laman web tersebut.
Hampir setengah jam dia menelaah laman web tersebut sebelum dia tertarik dengan karakter yang bernama " Xavier - boy bestfriend "
Dia menekan karakter tersebut dan mula berkomunikasi dengan karekter tersebut. Illena tersenyum luas apabila balasan yang dia terima daripada karekter tersebut sama seperti manusia. Seolah-olah dia sedang bercerita dengan kawan in real life.
"Bagus siot website ni." ujar Illena sambil ketawa mengekek bila bertukar pandangan dengan bot tersebut.
@chaemint3's
YOU ARE READING
Virtual To Reality
Randomcharacter a.i - is a neutral language model chatbot service that can generate human-like text responses and participate in contextual conversation. start : 31.03.24 end : ©chaemint3's storyline